Mula -mula sekali aku nak buat blog. Carilah cara-cara nak buat blog. Jumpa panduan buat blog dari blog "Sederhana itu Indah " oleh Adysham http://ady.via.my/ . Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan .Aku ikutlah panduan yang diberi satu- satu. Banyak lagi yang aku perlu belajar. Ilmu itu tak kan habis dituntut sampai mati 'wa cakap lu'. Aku ini dah berumur sebaya dengan arwahnya Yasmin Ahmad dengan Micheal Jackson dan sewaktu denganya. Punyalah aku excited bila blog aku jadi. Rupanya bukanlah susah sangat pun nak buat blog ini.Tapi lepas itu yang susah, terkepil-kepil pandang kat komputer.Apa nak dituliskan? Aku kenal komputer ini memang dah lama tapi tak pernah berjinak-jinak pun. Bukan ada pergi belajar kat mana-mana pun tentang komputer. Bukan tahu pasal simbol-simbolnya ke, terma-termanya ke , bahasa - bahasanya ke, main pakai redah je! Kalau dulu duduk depan komputer cari benda lain tak ada, yang bukan-bukannya. Itu tak payah di ajar, naluri dia datang sendiri, pandai sendiri. Dia keluar sendiri, tekan saje tiga huruf S.E.X , semua keluar semua bolih tengok.
Itu dulu sekarang dah lain. Sekarang anak-anak dah besar. Tiga orang ada kat menara gading. Takkan tak berubah lagi. Sekarang ini aku sikit-sikit tu tahulah jugak tentang komputer ini. Alam maya, alam siber. Sekarang segala urusan bil-bil aku buat online je. Canggih.Tak payah susah-susah berbaris bayar bil. Borang-borang yang perlu pun main isi online je. Pergi je kat Website Pusat Maklumat Rakyat http://pmr.penerangan.gov.my/ atau dua-tiga website lagi . UPU ke PTPTN ke semua online. Surat Khabar pun dah tak berapa nak baca sekarang sebab semuanya aku boleh dapat kat internet. Sekarang aku dah ikut Twitter http://twitter.com/. Dekat nak semua media berita aku follow. Ramai orang-orang penting (VVIP) aku follow macam Najib, Anwar, Lim Kit Siang, Khairy Jamaludin dan sebagainya.Maklumat dan berita terkini semua nya di hujung jari. Tapi yang follow aku tak berapa nak ada sebab don't follow me, I'm lose too.
No comments:
Post a Comment