NASI LEMAK - PENGAJARAN UNTUK SEMUA .........
Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Karupiah, kedai
makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk
mendapatkan nasi lemak setiap hari walaupun diperkampongan orang India. Menurut beliau, resepi

sambal keluarga turun-temurun dari tanah seberang merupakan strategi utama menyebabkan nasi
lemak beliau laris.
Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang
dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk
menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam
periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut
keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk

menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau.
Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan
bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan
renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka
beliau memanggil orang kampung termasuklah aku ke rumah untuk
membantu. Kalau nak diikutkan pengalaman aku, hanyalah sedikit sahaja
dalam ilmu perubatan ini.
Aku sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum
berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin kuat. Aku
selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat Jalan Tok Sidang
itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam.
Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki
beliau. Aku mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya
berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas. Aku meminta
air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak
lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang
digunakan seharian. Aku gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan
Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejut
aku apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang
bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa aku menaburkan ikan bilis ke
atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin
kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk. Lalu aku minta anak
lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta.
Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada
bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak
yang datang daripada bawah tilam. Aku arahkan jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan.
Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati dibawah tilam beliau, penuh
dengan ............ ......... ...

Nasi Lemak
Heh...Heh... Heh...Jangan mare ...... Dah! Cerita ni tipu jer ........
Soalan - Kg Karupiah tu kat daerah mana? Jai
ReplyDelete