Saturday, July 25, 2009

Lemak-lemak santan berlada

Melayu ini kaya dengan budibahasanya. Perpatah ini bermaksud kata-kata manis yang penuh dengan sindiran. Dunia cyber hari ini blogger-blogger sedap-sedap sahaja memaki-hamun dan mencerca seseorang yang tidak sukai atau tidak sehaluan dengannya menggunakan kata yang pedas tanpa beralas.



Apakah setiap kali berbeza pendapat kita perlu mencerca pihak yang kita tidak suka? Kita seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat. Sebahagian kita menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan "orang lain " lagi teruk.



Mencerca itu biarlah dengan kata-kata yang berlapik penuh dengan sindiran bak kata perpatah "Lemak-lemak santan berlada" sebagai mukaddimahnya.





http://drmaza.com/

No comments:

Post a Comment