Friday, July 31, 2009

Kisah cinta dulu


CERITA MENYAYAT HATI



Petang itu....



" Abg...tolong datang rumah segera, URGENT!!!!! ". Hakim baca sms sepantas


kilat. Terus call balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak


pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin


kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam


kepalanya waktu itu.



Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran


dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main


masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi


bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab


sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main


askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak


perempuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah


dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.



Bila masuk sekolah pun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah.


Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'Racing BMX'


dengan depa pun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan


daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.




Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the


gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia


mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis


surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik


gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah


dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu


menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada


ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran


maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.



Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi


fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15


kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat


risau kala itu,fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia


risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura


sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura


kerja shift malam.



Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut


rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini.


Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia


berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih


hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu


asalkan Ina tidak diapa-apakan.Dia berdoa sungguh-sungguh.



Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu


baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka


masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak


tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini, (masa


PERODUA cuti plant shutdown 2 minggu) keluarganya akan masuk meminang


Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang


buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.



Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti


di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar


rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas


tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk


pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin


cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim


tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak


berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil.


Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.



"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam


sendu. "hu...hu..." "Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"


"Hu..hu" esak ina Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun


yang akan keluar dari mulut Ina.


Dia akan terima walau seburuk manapun


berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina.


"Ina,what hell is going on...tell me!!"



Suara Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim,


Ina renung mata Hakim. MMmm "Bang,........... Ina.. IInaaaa.. Ina...


"katanya terhenti-henti..



"Ina ........lapar, nak makan nasi . Duit gaji tak masuk lagi."



"Nanti cukup bulan nie, Ina bayar balik ek? Tak pun bila Ina dapat


Bonus baru bayar."... Terduduk si Hakim!!! hehehehehhhahahahaha..


No comments:

Post a Comment