Sunday, July 26, 2009

LINTAH PUN BOLEH JADI UBAT

HIRUDOTERAPI merupakan terapi penyembuhan penyakit dengan menggunakan lintah sebagai ubat untuk tujuan pengubatan, yang diperkenalkan Avicenna dalam karyanya The Canon of Medicine. Ibnu Sina juga mengenalkan penggunaan lintah sebagai rawatan untuk sebagai penyakit kulit.Terapi Lintah menjadi salah satu cara yang disukai masyarakat Eropah pada abad pertengahan. Dalam era lebih maju, pengubatan dengan lintah diperkenalkan oleh Abd-el-Latif pada abad ke 12M, yang menulis bahawa lintah dapat digunakan untuk menbersihkan jaringan penyakit setelah operasi pembedahan . Dia melakukannya, walaupun ia mengerti risiko menggunakan lintah. Ia memberikan saranan untuk pesakit bahawa lintah harus dibersihkan sebelum digunakandan kotoran dan debu yang melekat pada lintah harus dihilangkan sebelum digunakan. Dia seterusnya menulis bahawa setelah lintah menghisap darah, keluar garam harus yang dititiskan di bahagian tubuh manusia jelas NurdeenDeuraseh, dalam karyanya bertajuk Ahadith of the Prophet on healing in Three Things (al-Shifa'fi Thalatha) : An Interpretational", Journal of the International Society for the History of Islamic Medicine.

petik dari Majalah I

No comments:

Post a Comment