Friday, July 31, 2009


Paling banyak banyak binatang kat dalam hutan belantara.... Binatang ape yang pemalas ????
Answer : Singa Jantan...pasal dia malas nak cukur misai sampai tebal satu muka....

2) Kenapa Amerika takut kat Jepon..... dan Jepon pulak takut kat Amerika?????
Answer : Pasal Jepon ade Ultraman....Amerika pulak
kan ade Superman...?!

3) Dalam banyak banyak Pokok....Pokok ape yg paling tinggi ???
Answer : Pokok atas gunung ddahhhh.........

4) Kalau kamu pandai....Sila jawab soalan inie dalam bahasa Arab dah.
Soalan :
Seorang Tua jatuh dari tingkat 40 lalu mati.......
Siti Nurhaliza berlari keliling
padang tanpa seurat benang....
Bulan depan gaji Rahim naik $1 juta.......

Answer :

(A) Inna'lillah wa'inna'lillah hira'ji'unn.....
(B) Astagh'firullah'hal'azimm.......
(C) Al'hamdulillah..........

5) Ade seorang budak , rumah tingkat 10 , tiap-tiap hari , dia naik lif sampai tingkat 8 , terus naik tangga lagi
2 tingkat....kenapa pulak?
Answer : Sebab budak nie pendek..tak sampai nak picit tingkat 10....

6) Paling banyak banyak Bangsa dalam alam inie...Bangsa yg mane satukah yang paling hebat dalam
dunia nie?????????
Answer : Tak tahu ke???..... Bangsa Melayu dahh....pasal boleh makan UBI KAYU... JAMBU BATU, PUCUK PAKU....
BELIMBING BESI....IKAN SELAR PAPAN...BUAH KERAS...CILI API dan lain lain lagi.....betul tak???

7) Ape bendenye ....dia naik cepat tapi turun lambaaaaaaaaaaat sangat....??????
Answer : hingus lahhh.......

8) Banyak banyak surat.......surat ape yg tak perlu di jawab?????
Answer : Suratan takdir illahi lahh...(siapa yg nak surat seperti ini?)

9) Siapakah orang yang paling layak digelar " keras kepala " ?
Answer : Penunggang motosikal yang tak pakai helmet...sebab mereka rasa "kepala mereka dah keras" tak payah
pakai helmet...maknanya kalau moto mereka terbalek...terbabas ke...masok bawah lori ke... kepala mereka
takkan pecah........hehehehehe........


10) Buat Baik berpada-pada, Buat jahat ..........????
Answer : JANGAN LAGI....bukan buat jahat jangan sekali kerana kalau inilah jawapannya maka kena buat jahat
berkali kali sebab disuruh buat jahat jgn sekali....Faham ?!?

11) Kenapa baju Superman Ketat????????

Answer : Kan kat depan baju dia tuu hurup " S " , Baju dia size S lahhh..


12) Kenapa KLCC berkembar 2 ??
Answer : Sukahati die la nk berkembar 2 ker 3 ker 4 ker, yg korang sibuk apsal









(,")(",)



ena_shinoda





Kisah cinta dulu


CERITA MENYAYAT HATI



Petang itu....



" Abg...tolong datang rumah segera, URGENT!!!!! ". Hakim baca sms sepantas


kilat. Terus call balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak


pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin


kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam


kepalanya waktu itu.



Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran


dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main


masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi


bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab


sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main


askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak


perempuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah


dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.



Bila masuk sekolah pun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah.


Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'Racing BMX'


dengan depa pun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan


daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.




Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the


gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia


mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis


surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik


gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah


dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu


menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada


ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran


maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.



Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi


fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15


kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat


risau kala itu,fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia


risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura


sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura


kerja shift malam.



Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut


rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini.


Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia


berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih


hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu


asalkan Ina tidak diapa-apakan.Dia berdoa sungguh-sungguh.



Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu


baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka


masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak


tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini, (masa


PERODUA cuti plant shutdown 2 minggu) keluarganya akan masuk meminang


Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang


buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.



Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti


di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar


rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas


tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk


pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin


cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim


tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak


berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil.


Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.



"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam


sendu. "hu...hu..." "Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"


"Hu..hu" esak ina Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun


yang akan keluar dari mulut Ina.


Dia akan terima walau seburuk manapun


berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina.


"Ina,what hell is going on...tell me!!"



Suara Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim,


Ina renung mata Hakim. MMmm "Bang,........... Ina.. IInaaaa.. Ina...


"katanya terhenti-henti..



"Ina ........lapar, nak makan nasi . Duit gaji tak masuk lagi."



"Nanti cukup bulan nie, Ina bayar balik ek? Tak pun bila Ina dapat


Bonus baru bayar."... Terduduk si Hakim!!! hehehehehhhahahahaha..


Thursday, July 30, 2009

CERITA DAHULUKALA

NASI LEMAK - PENGAJARAN UNTUK SEMUA .........



Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Karupiah, kedai

makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk

mendapatkan nasi lemak setiap hari walaupun diperkampongan orang India. Menurut beliau, resepi
sambal keluarga turun-temurun dari tanah seberang merupakan strategi utama menyebabkan nasi
lemak beliau laris.
Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang

dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk

menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam

periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut

keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk
menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau.

Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan

bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan

renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka

beliau memanggil orang kampung termasuklah aku ke rumah untuk

membantu. Kalau nak diikutkan pengalaman aku, hanyalah sedikit sahaja

dalam ilmu perubatan ini.

Aku sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum

berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin kuat. Aku

selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat Jalan Tok Sidang

itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam.

Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki

beliau. Aku mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya

berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas. Aku meminta

air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak

lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang

digunakan seharian. Aku gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan

Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejut

aku apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang

bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa aku menaburkan ikan bilis ke

atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin

kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk. Lalu aku minta anak

lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta.

Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada

bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak

yang datang daripada bawah tilam. Aku arahkan jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan.

Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati dibawah tilam beliau, penuh

dengan ............ ......... ...



Nasi Lemak

Heh...Heh... Heh...Jangan mare ...... Dah! Cerita ni tipu jer ........

RESEPI SAMBAL LIPAS
















GAMBAR DULU-DULU UNTUK RENUNGAN TENTANG KEBERSIHAN

Tuesday, July 28, 2009

MONOLOG DIRI

Dah seminggu aku mengadap depan komputer. Aku renung saje kat kotak posting . Kosong je. Apa nak tulis? Aku pun tak tau . Aku bukan nya pandai sangat pasal tulis-menulis ini , sekolah bukan tinggi pun. Dulu masa sekolah adalah aku tulis karangan, suka juga aku bab-bab tulis karang ini. Lagi satu mata pelajaran sastera Melayu. Memang suka sangat . Memang aku skor habis masa pereksa A1. Itu dulu dah berapa tahun , sekarang dah karat tapi nak jugak menulis jugak. Ilmu bukan ada. Kepakaran dalam sesuatu bidang itu pun bukan ada. Pegang spannar bolehlah. Tengok orang ada blog , aku pun nak ada blog. Seronok kot ada blog ini. Boleh kutuk orang. Boleh komen orang. Boleh buat apa aku suka lepas itu bagi satu dunia baca .



Ada ke orang nak baca nanti? Aku bukan orang akedamik. Aku bukan orang politik. Apa standard aku nak bercerita, nak komen tentang orang. Siapa lah aku ini? Aku tak kisah itu semua aku nak tulis juga. Bukankah sekarang kita bebas untuk bersuara? Diterima atau tidak itu terpulang kepada diri masing-masing dengan kepentingan masing-masing. Aku tak kisah biar orang kata aku syok sendiri. Pendapat aku, pemahaman aku adalah apa yang terlintas di fikiran aku sebagai seorang anggota masyarakat bawahan di tepi jalan. Korang mungkin dah biasa baca cerita-cerita dari orang atasan, para selebriti, para ulamak, para cendekiawan dan seumpamanya . Kali ini cuba fahami pandangan orang tepi jalan atau grassroot-akar umbi bercerita.Marhaen. Lepas itu sudi-sudikanlah bagi komen. Jadi aku boleh belajar dari kesilapan dan apa yang kurang faham. Sekurang-kurang masaalah telah berkurangan , korang atas boleh tahu setakat mana message mereka sampai kat aku dan orang macam aku ini supaya memahaminya. Orang yang kalau dalam bilik mesyuarat duduk dekat baris belakang sekali. Kalau dengar ceramah ugama cari tiang je. Betul tak? Macam sekarang pasal ini apa itu satu Malaysia yang dilaung-laungkan itu? Dulu Islam Hadhari sampai sekarang tak faham-faham apa benda lah tu?



Mula -mula sekali aku nak buat blog. Carilah cara-cara nak buat blog. Jumpa panduan buat blog dari blog "Sederhana itu Indah " oleh Adysham http://ady.via.my/ . Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan .Aku ikutlah panduan yang diberi satu- satu. Banyak lagi yang aku perlu belajar. Ilmu itu tak kan habis dituntut sampai mati 'wa cakap lu'. Aku ini dah berumur sebaya dengan arwahnya Yasmin Ahmad dengan Micheal Jackson dan sewaktu denganya. Punyalah aku excited bila blog aku jadi. Rupanya bukanlah susah sangat pun nak buat blog ini.Tapi lepas itu yang susah, terkepil-kepil pandang kat komputer.Apa nak dituliskan? Aku kenal komputer ini memang dah lama tapi tak pernah berjinak-jinak pun. Bukan ada pergi belajar kat mana-mana pun tentang komputer. Bukan tahu pasal simbol-simbolnya ke, terma-termanya ke , bahasa - bahasanya ke, main pakai redah je! Kalau dulu duduk depan komputer cari benda lain tak ada, yang bukan-bukannya. Itu tak payah di ajar, naluri dia datang sendiri, pandai sendiri. Dia keluar sendiri, tekan saje tiga huruf S.E.X , semua keluar semua bolih tengok.


Itu dulu sekarang dah lain. Sekarang anak-anak dah besar. Tiga orang ada kat menara gading. Takkan tak berubah lagi. Sekarang ini aku sikit-sikit tu tahulah jugak tentang komputer ini. Alam maya, alam siber. Sekarang segala urusan bil-bil aku buat online je. Canggih.Tak payah susah-susah berbaris bayar bil. Borang-borang yang perlu pun main isi online je. Pergi je kat Website Pusat Maklumat Rakyat http://pmr.penerangan.gov.my/ atau dua-tiga website lagi . UPU ke PTPTN ke semua online. Surat Khabar pun dah tak berapa nak baca sekarang sebab semuanya aku boleh dapat kat internet. Sekarang aku dah ikut Twitter http://twitter.com/. Dekat nak semua media berita aku follow. Ramai orang-orang penting (VVIP) aku follow macam Najib, Anwar, Lim Kit Siang, Khairy Jamaludin dan sebagainya.Maklumat dan berita terkini semua nya di hujung jari. Tapi yang follow aku tak berapa nak ada sebab don't follow me, I'm lose too.

Sunday, July 26, 2009

LINTAH PUN BOLEH JADI UBAT

HIRUDOTERAPI merupakan terapi penyembuhan penyakit dengan menggunakan lintah sebagai ubat untuk tujuan pengubatan, yang diperkenalkan Avicenna dalam karyanya The Canon of Medicine. Ibnu Sina juga mengenalkan penggunaan lintah sebagai rawatan untuk sebagai penyakit kulit.Terapi Lintah menjadi salah satu cara yang disukai masyarakat Eropah pada abad pertengahan. Dalam era lebih maju, pengubatan dengan lintah diperkenalkan oleh Abd-el-Latif pada abad ke 12M, yang menulis bahawa lintah dapat digunakan untuk menbersihkan jaringan penyakit setelah operasi pembedahan . Dia melakukannya, walaupun ia mengerti risiko menggunakan lintah. Ia memberikan saranan untuk pesakit bahawa lintah harus dibersihkan sebelum digunakandan kotoran dan debu yang melekat pada lintah harus dihilangkan sebelum digunakan. Dia seterusnya menulis bahawa setelah lintah menghisap darah, keluar garam harus yang dititiskan di bahagian tubuh manusia jelas NurdeenDeuraseh, dalam karyanya bertajuk Ahadith of the Prophet on healing in Three Things (al-Shifa'fi Thalatha) : An Interpretational", Journal of the International Society for the History of Islamic Medicine.

petik dari Majalah I

Laksana antah melukut, lapar sangat baru berguna

Ertinya
Apabila terpaksa baru digunakan.


Korang tahu tak apa itu antah dan melukut?

Mengikut Kamus Dewan :


antah bermaksud 'butir-butir padi dalam beras atau nasi.'


melukut bermaksud ' pecahan beras yang halus-halus'


Jadinya antah melukut tu maknanya apabila dah terdesak sangat, dah kebulur tak adabenda nak dimakan baru lah ianya ditelan.

Macam itu juga kita bila dah terdesak emergency baru dipandang orang ha!ha!ha!

Saturday, July 25, 2009

Lemak-lemak santan berlada

Melayu ini kaya dengan budibahasanya. Perpatah ini bermaksud kata-kata manis yang penuh dengan sindiran. Dunia cyber hari ini blogger-blogger sedap-sedap sahaja memaki-hamun dan mencerca seseorang yang tidak sukai atau tidak sehaluan dengannya menggunakan kata yang pedas tanpa beralas.



Apakah setiap kali berbeza pendapat kita perlu mencerca pihak yang kita tidak suka? Kita seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat. Sebahagian kita menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan "orang lain " lagi teruk.



Mencerca itu biarlah dengan kata-kata yang berlapik penuh dengan sindiran bak kata perpatah "Lemak-lemak santan berlada" sebagai mukaddimahnya.





http://drmaza.com/