Islam sangat menganjurkan umatnya untuk sering menziarah tanah perkuburan. Ziarah tanah perkuburan hukumnya sunat, ertinya berpahala jika kita kerjakan dan tidak berdosa jika meninggalkannya.
Tetapi jangan sekali-kali kita lupa bahawa ziarah kubur yang di anjurkan Islam ini hanya dengan dua maksud:-
Pertama untuk mengingat kepada kematian. Kalau kita pergi ziarah kubur, kita pasti akan ingat kepada kematian. Mengingat mati adalah ibadat yang baik, pelajaran yang berkesan untuk menghilangkan kesombongan dan keserakahan hidup. Bila kita menziarahi tanah perkuburan, kita akan melihat di hadapan kita terbentang kubur dan batu-batu nisan. Manusia yang dimasa hidupnya menjadi VVIP dan ternama atau orang yang hidupnya melarat dan hina. Bukan hanya teringat akan mati tetapi dengan menziarah kubur ini, kita pasti akan turut memikirkan pula perkara yang lebih dalam, jauh lebih agong iaitu soal sesudah mati. Kita akan memikirkan sesuatu yang selama ini kita lupakan sahaja iatu bahawa di sebalik kubur dan batu nisan yang terjajar itu, terbentang alam ghaib yang lebih luas, yang bernama alam barzah dan alam akhirat dimana roh-roh orang-orang yang sudah mati itu akan kembali hidup sebagaimana kehidupan di dunia ini juga, tetapi dalam waktu yang tidak terbatas, kekal dan abadi. Ada di antara roh-roh itu yang gembira dan ada pula yang sengsara.
Adapun tujuan kedua dari menziarah ke tanah perkuburan yang di anjurkan oleh ugama Islam ialah agar kita turut bermohon dan berdoa kehadirat Allah SAW agar arwah teman dan keluarga kita yang telah meninggal dunia diberi kerahmatan dan keampunan oleh Allah.
Hanya dengan dua tujuan atau maksud itulah kita dibolehkan ziarah, kita tidak boleh marasa takut terhadap kubur, kita tidak boleh ke kubur dengan niat ingin jadi kaya, ingin pangkat atau sebagainya.
Untuk selamat, kaya dan terhindar dari marabahaya kita harus terus bermohon dan berdoa kepada Allah dimana sahaja kita berada, di masjid, di pejabat atau dirumah. Tidak perlu kita pergi ke kubur untuk berdoa. Dimanapun sama sahaja.
Oleh kerana maksud dan tujuan ziarah kubur, maka kita disuruh oleh ugama bukan hanya menziarahi kubur orang tua kita atau para wali sahaja tetapi semua kubur, kubur siapa sahaja tidak ada perbezaan di antara kubur orang alim dengan kubur orang biasa.
No comments:
Post a Comment