Friday, February 25, 2011

SYIRIK (kisah sebatang pen)


Cuba kita bayangkan sebatang pen sebagai contoh. Kita mempunyai sebatang pen yang baik, sebab itu sejak lama kita jaga dan perlihara dengan sebaik mungkin. Kita menulis atau menandatangani surat permohonan dengan pen itu. Dengan takdir Tuhan semua surat dan permohonan yang kita tulis dan tandatangani menggunakan pen itu berjaya dimakbulkan. Akhirnya kita bertambah cinta dan sayang terhadap pen itu. Lama kelamaan cinta kita bertambah sehingga melampaui batas masuk ke dalam lingkungan hormat sehingga pen itu tidak kita letak di sembarang tempat, tetapi kita letakkan di tempat yang istimewa, bahkan kita amanatkan kepada anak dan isteri kita supaya memelihara pen itu sebaik-baiknya. Setelah kita meninggal dunia anak-anak kita menjaga pen itu dengan lebih berhati-hati. Mereka bukan hanya cinta atau hormat tetapi memandang pen itu agak lain, agak sedikit memuja dan mensucikan atau mengkeramatkan pen itu. Lama-kelamaan dari anak-anak ke cucu-cicit kita akan bukan sahaja mencintai dan hormati pen itu, tetapi dipuja, mereka merendahkan diri mereka terhadap pen itu, mereka meminta selamat kepada pen itu, mereka mohon kebahagian kepada pen itu. Maka ketika itu pen itu diakui atau tidak diakuinya sudah menjadi tuhan baginya dan syirik lah mereka sebatang pen tadi.



Demikian juga halnya dengan keris dan tongkat pusaka atau apa sahaja barang pusaka, termasuk benda-benda yang dijadikan tangkal . Kita boleh menyimpan, menyintai, menghormati barang itu, apalagi barang pusaka peninggalan nenek moyang kita. Tetapi kita tidak boleh memujanya, kita tidak boleh merasa rendah diri terhadap barang itu. Dan ini harus kita peringatkan kepada semua anak-anak dan isteri yang akan menjaga barang-barang itu seterusnya. Dan bila kita khuatir harta pusaka itu akan menyesatkan anak cucu kita di belakang hari dan syirik namanya.

No comments:

Post a Comment