Oleh keranaa Tuhan Maha Kuasa, Maha Kaya, Maha Pengasih, maka Tuhan amat senang bila hambanya yang bernama manusia itu sering meminta, menadahkan tangan, bermohon atau berdoa kepada Nya.
Sabda Rasuullah saw yang bermaksud :-
"Orang yang tidak pernah meminta kepada Allah, maka marahlah Allah kepadanya"
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :-
Dari hadis di atas ini dapat kita ambil 3 kesimpulan yang amat penting iaitu:-
1. Bahawa doa itu adalah ibadah. Orang yang yang berdoa itu maknanya merendahkan diri terhadap Allah. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi "Doa adalah otaknya ibadah." Ibadah apa sahaja bila dilakukan tanpa berdoa bererti sebagai manusia tanpa otak. Beribadah tanpa otak ertinya adalah suatu perbuatan yang sia-sia.
2. Jika kita berdoa, Allah akan mengabulkan doa kita. Tetapi kenapa ramai orang yang merasa sudah berdoa atau terus menerus berdoa, tetapi merasa tidak dimakbulkan oleh Allah akan doanya itu? Mungkin ada sesuatu yang harus difikirkan dan dipelajari sebabnya.
3. Orang yang tidak pernah berdoa itu bererti orang yang sombong dan kerana kesombongannya itu akan terjerumus ke neraka. Dengan lain perkataan dapat dikatakan bahawa orang-orang yang tidak pernah berdoa itu adalah tanda orang yang akan terjerumus masuk neraka.
Firman Allah surah An-Nashr :-
"Bila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat ramai manusia berduyun-duyun masuk ugama Alah. Maka bertasbihlah memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Dia adalah Maha Penerima taubat"
Sabda Rsulullah s.a.w.
"Sesiapa yang ingin agar dimakbulkan Tuhan doanya ketika didalam kesusahan dan kesulitan, hendaklah dia banyak berdoa ketika senang."
Jadi janganlah kita hanya berdoa ketika didalam kesusahan dan kesulitan sahaja tetapi kita harus juga banyak berdoa dan bersyukur ketika senang, ketika sihat dan ketika kaya agar Tuhan memakbulkan doa kita ketika menghadapi kesulitan.
Diriwayatkan oleh Salman Al-Farisy bahawa Rasulullah bersabda:-
"Tidak ada yang dapat merubah takdir selain doa dan tidak ada yang dapat menambah panjang umur selain kebajikan"
Alangkah hebatnya pengaruh doa itu hingga dengan doa dapat merubah takdir dan alangkah hebatnya pengaruh kebajikan ia dapat memanjangkan usia seseorang.
Oleh kerana itu marilah kita dalam usia yang singkat ini banyak berdoa kepada Allah dan memperbanyakkan amal kebajikan kita.
Berdoa bererti memohon kepada Allah. Sebagaimana kita seharusnya bermohon dan berharap kepada seseorang, maka demikian pulalah seharusnya kita bermohon dan berharap kepada Allah. Malah hendaklah lebih dari itu.
Mudah-mudahan kita dijadikan Allah orang yang sering mengingati dan berdoa keada Allah dan menjadi orang yang makbul doanya. Amin.
No comments:
Post a Comment