Doa yang diucapkan oleh ibu atau bapa untuk anak-anaknya. Kita memang sudah lama tahu, bagaimana hebatnya rasa kasih, sayang dan cinta seorang ibu atau bapak terhadap anak-anaknya. Rasa kasih, sayang dan cinta yang ikhlas,meresapi sekujur jiwa dan raga yang mengakibatkan rasa tanggung jawab yang sempurna lebih-lebih semasa anak-anak itu masih kecil, begitu juga sekalipun anak-anak itu besar dan dewasa. Cinta dan tanggung jawab yang semurni-murninya. Kerana itu kalau seorang ibu atau seorang bapak berdoa kepada Tuhan untuk keselamatan, kebahagiaan dan kemajuan anaknya, pasti doa itu diucapkan dengan sepenuh hati, kadang-kadang malah dengan disertai mengalirnya airmata yang penuh permohonan. Sebab itu doa seorang ibu atau bapa terhadap anaknya sangat didengari dan diperhatikan oleh Allah.
Sebab itu hendaklah seorang ibu atau bapa sering berdoa kepada Allah untuk keselamatan, kebaikan dan kebahagiaan anaknya. Adalah satu kerugian besar menurut ajaran agama kita, bila seorang ibu atau bapa hanya rajin memberi makanan, minuman, pakaian dan memelihara anaknya, tetapi tidak pernah berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan anaknya.
Dan begitu juga sebaliknyanya, doa anak untuk ibu dan bapanya adalah yang amat makbul dengan alasan dan keterangan yang sama seperti diatas. Sebab itu anak yang soleh adalah anak yang sering mendoakan ibubapanya. Doa anak yang soleh itu bukan sahaja besar ertinya bagi ibu dan bapa yang masih hidup tetapi juga besar faedahnya dan pengaruhnya buat ibubapa yang sudah meninggal dunia.
Ibu Bapa selalu mendo'a yang terbaik buat anak nya
ReplyDelete