Wednesday, September 23, 2009

JAM DINDING






Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding

oleh kumpulan pendakwah sempena lawatan kerja amal mereka. Alangkah

bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut digantungkan di

depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam

tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu

bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu

telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat

halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun

konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari

tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang.

Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak

sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.Entah macam mana

ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau

pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya.

"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tersyhepittttt. ...!!"



p/s mandu berhati-hati dijalanraya jangan sampai tersepit....


Wednesday, September 16, 2009



"ALLAH YANG MAHA BESAR, ALLAH YANG MAHA BESAR, ALLAH YANG MAHA BESAR ,TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, ALLAH MAHA BESAR DAN SEGALA PUJI BAGI ALLAH, ALLAH MAHA BESAR DAN MAHA AGUNG DAN SEGALA PUJI BAGI ALLAH. MAHA SUCI ALLAH PADA PAGI DAN PETANG TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DENGAN IKHLAS KAMI BERAGAMA KEPADANYA, WALAUPUN ORANG-ORANG KAFIR MEMBENCI, TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH SENDIRINYA , BENAR JANJINYA DAN DIA MENOLONG AKAN HAMBANYA DAN DIA MENGUSIR MUSUH NABINYA DENGAN DIRINYA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH , ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR DAN BAGINYA SEGALA PUJI"

Sunday, September 13, 2009

ZAKAT FITRAH



Zakat fitrah bertujuan untuk menyucikan diri orang yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan-perbuatan yang keji.


Zakat fitrah ini diwajidkan ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan, besar dan kecil, merdeka atau hamba sebanyak 3.1 liter atau lima kati dari makanan yang mengenyangkan bagi sesebuah negara. DiMalaysia ialah beras atau kadar harga yang sama dengannya. Ini ditetapkan oleh negeri masing-masing (untuk tahun ini negeri Selangor menetapkan kadar bayarannya iaitu sebanyak RM7.00)


Syarat-syarat wajib zakat fitrah


a) Mestilah dia seorang Islam.


b) Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaan untuk dirinya dan orang di bawah tanggungannya pada Hari Raya Aidil Fitri dan malamnya.


c) Wajibnya zakat fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan. Tidak wajib zakat fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari Ramadhan atau bagi seorang mualaf yang baru memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam matahari terakhir Ramadhan.


Waktu-waktu membayar zakat


a) Waktu yang dibolehkan iaitu dari awal Ramdhan sehingga hari akhir bulan Ramadhan.


b) Waktu wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.


c) Waktu yang afdal iaitu selepas sembahyang Subuh pada hari akhir Ramadhan.


d) Waktu makruh iaitu selepas sembahyang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya waktu Maghrib (iaitu selepas terbenamnya Matahari)


e) Waktu haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri itu.

Friday, September 11, 2009

Perkara yang harus dilakukan bila batal puasa

Orang yang batal puasanya harus melakukan empat perkara:





1) Qadha': Kewajipannya umum ke atas setiap Muslim Mukallaf yang meninggalkan puasa dengan uzur ataupun tanpa uzur. Umpamanya perempuan yang datang darah haid harus mengqadhakan puasanya demikian pulalah orang yang murtad. Adapun orang kafir, anak kecil dan orang gila tidak wajib menqadha'kan puasanya. Dan hukum mengadha'kannya tidak wajib berturut-turut tetapi bolehlah menqadhakannya sesuka hatinya samada terpisah-pisah ataupun terkumpul.



2)Kiffarah: Kewajibannya berlaku hanya ke atas orang yang bersetubuh pada siang hari Ramadhan selainnya tidak dikenakan kiffarah. Adapun kiffarah itu ialah memerdekakan seorang hamba sahaya. Kiranya ia tidak mempunyai wang untuk menebus seorang hamba sahaya maka berpuasalah ia dua bulan berturut-turut. Jika ia tidak mampu maka hendaklah ia memberi makan kepada 60 orang miskin setiap seorang satu mud.



3)Berhenti dari makan-minum dan sebagainya pada sisa harinya. Ini diwajibkan ke atas orang yang menderhaka perintah Allah kerana tiada berpuasa ataupun kerana cuai pada perintah puasa (berbuka tanpa sebab atau seumpamanya). Maka hendaklah ia berhenti dari makan-minum apabila ternyata ada seorang adl yang menyaksikan anak bulan pada hari syak (iaitu 30 Sya'ban) sedangkan orang ramai semuanya tiada berpuasa pula maka hendaklah sekaliannya berhenti dari makan-minum dan sebagainya. Bagi orang sedang dalam pelayaran berpuasa adalah lebih utama daripada daripada berbuka melainkan jika dia tiada tahan berpuasa.



4)Mengeluarkan fidyah iaitu bagi orang yang mengandung atau ibu yang masih menyusukan bayinya kerana khuatir kemudharatan ke atas bayi jika ia berpuasa. Maka dikeluarkanlah fidyah kerana tiada berpuasa itu setiap hari satu mud gandum (beras) kepada seorang miskin kemudian puasa itu diqadha'kan Begitu pula dengan orang tua yang sudah lanjut umurnya tiada mampu untuk berpuasa dikeluarkan fidyah satu mud juga.

Wednesday, September 9, 2009

Untuk renungan semua.

Ibuku seorang pembohong ???

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya . Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya,

ibu berkata : ' ' Makanlah nak ibu tak lapar. ' – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya.

Ibu berkata : ' Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan. ' – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : ' Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula. '

Ibu tersenyum dan berkata : ' Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi. ' – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum.

Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : ' Minumlah nak, ibu tak haus!! ' – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.

Ibu berkata : ' Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki. ' – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : ' Jangan susah-susah, ibu ada duit. ' – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan

berkata ; ' Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang. ' – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata . Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : ' Jangan menangis nak, ibu tak sakit. ' – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

BERINGAT LAH KETIKA KEDUA IBU BAPA KITA MASIH ADA ....................


Zulkifeli Md Yunus

Sunday, September 6, 2009

RAHSIA PUASA


Sebesar-besar nikmat yang pernah dikurnia Allah ke atas hamba-hambaNya ialah dengan menjadikan puasa itu benteng bagi para wali, dan perlindungan bagi mereka dari tipuya syaitan dan angan-angannya, sebagaimana Rasullah s.a.w pernah bersabda:


" Puasa itu separuh kesabaran"


Adapun rahsia-rahsia puasa dan syarat-syarat kebatinannya semuanya ada enam iaitu:


1) Memejamkan mata dan menahannya dari meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, seperti melalaikannya dari berzikir dan mengingat kepada Allah.


2) Memelihara lidah dari omong kosong, bohong, mencaci-maki bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan riya'.


3) Memelihara pendengaran dari mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firmanNya


"Mereka itu suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram"


4) Memelihara seluruh anggota yang lain dari membuat dosa seperti tangan dan kaki,dan memeliharanya juga dari segala yang dibenci. Demikin pula menahan perut dari memakan barang-barang yang bersyubhat waktu berbuka puasa. Apalah gunannya berpuasa dari memakan makanan yang haram. Orang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana yang indah, kemudian dia menghancurkan sebuah kota.


Rasulullah s.a.w bersabda: "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

Ada yang mengatakan bahawa orang itu adalah orang yang berbuka puasanya dengan makanan yang haram. Yang lain pula mengatakan orang itu ialah orang yang menahan dirinya (berpuasa) dari makanan yang halal, lalu ia berbuka dengan memakan daging manusia; iaitu mencaci-maki orang kerana yang demikian itu adalah haram hukumnya. Ada yang mengertikan dengan orang tiada memelihara anggota-anggotanya dari dosa.


5) Janganlah dia membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun dari makanan yang halal sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah swt daripada perut yang penuh dari makanan halal. Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menetang musuh Allah (syaitan) dan melawan syahwat, kiranya apa dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencahnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-macam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya. Sebagaimana yang termaklum bahawa maksud berpuasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat dan sehingga perut kekenyangan tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul dari syahwat pula keinginan yang baru yang kalau tidak dibiasakan sebelumnya mungkin ia tetap pada kebiasannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya dalah untuk melemahkan kemahuan dn keinginan, yang digunakan oleh syaitan sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kajahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan maka terlindung dari kerajaan langit.


6) Hendaklah hatinya merasa bimbang antara takut dan harapan kerana ia tiada mengetahui apakah amalan puasanya itu diterima oleh Allah sehingga tergolonglah ia ke dalam puak mugarrabin (hampir kepada Allah ) ataupun puasanya tertolak maka terkiralah ia ke dalam golongan orang yang terjauh dari rahmat Allah Ta'ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Ta'ala.

Sepekan berlalu......

Minggu ini dimulai dengan sambutan Hari Kebangsaan yang ke 52 . Sudah 52 tahun negara kita merdeka dan sudah kali ke berapa aku menyambut hari Kemerdekaan ini aku pun tak ingat. Sudah banyak kali rasanya aku turut serta dalam perarakkan dan perbarisan Hari Kebangsaan semasa sekolah dan didalam angkatan Tentera. Rasa megah dapat turut serta meraikannya untuk negara. Tapi tahun ini lain dari yang lain. Penuh dengan kesederhaan dengan alasan menghormati bulan Ramadhan. Macam tak ada apa-apa. Jalur Gemilang tak banyak kelihatan berkibar. Semangat patriotik bagai sudah malap. Mungkin turut berpuasa.

Kes kepada lembu di Shah Alam kian panas begitu juga dengan kes Kg. Buah Pala. Lembu-lembu di Shah Alam dan lembu-lembu Kg. Buah Pala masih melembu olih lembu-lembu. Berapa banyak lembu lah !

Untuk sebulan dua ini Bagan Pinang akan menjadi tumpuan umum berikutan kematian ADUNnya . Pengundi-pengundi disana boleh mula berangan untuk mengambil kesempatan apa yang patut. Minta projek ke, minta jamban tan ke. minta anak ikan emas ke .

Ketibaan kapal selam pertama negara KD Tuanku Abdul Rahman di Pulau Indah boleh dibanggakan tapi ada juga cerita-cerita disebaliknya........

Friday, September 4, 2009

Rakan Muslim sekalian,

Mungkin sekarang tengah heboh tentang Influenza A H1N1 yang sedang melanda dunia..

Di Malaysia sahaja, jumlah kematian lebih dari 60 org, hampir 2000 dijangkiti. Di seluruh dunia pula lebih kurang 180 ribu dijangkiti dengan jumlah kematian lebih dari 1500 org. Jadi perbagai persoalan yang timbul akibat jangkitan ini.

Saya telah berbicara dengan beberapa Ustaz dan Doktor Muslim berkaitan Jangkitan ini. Ada
beberapa perkara menarik yang saya ingin sentuhkan di sini melalui perbualan yang telah terjadi.

1.H1N1 adalah penyakit CIPTAAN GENETIK (SENJATA BIOLOGI)

Bila salah seorang sahabat saya seorang doktor berkata demikian, saya sendiri terpegun dan tertanya-tanya....betul ker? Dan dia memberi satu alasan yang tidak dapat saya tolak kemungkinannya.

1... Mula2 dikatakan jangkitan ini dari ladang babi di
Mexico, dan dinamakan SWINE FLU ( SELSEMA BABI), kemudian perkataan itu ditarik balik dan dinamakan Influenza A H1N1. Kini, pihak WHO mengadakan ianya bukan dari babi, tetapi dari satu jangkitan yang tidak diketahui dari mana datangnya. kemungkinan besar adalah mutate dari semua jenis penyakit yang dibawa oleh babi. Tiada kepastian yang dapat diberi dari mana datangnya penyakit ini. Soalannya dari mana ia datang?

2.. Jangkitan ini mempunyai masa pemusnah yang hampir tepat...maksud saya ialah, jangkitan pertama dalam 3 hari, jika tiada rawatan dalam 7 hari mangsa akan mati!!! Satu lagi perkara yang memeningkan kepala ialah ketepatan masa yang diberi untuk MATI!!! Sedangkan kita sendiri tahu, penyakit yang lebih berbahaya seperti AIDS, EBOLA, SARS dan lain2, pesakit juga akan mati....tetapi bukan dalam masa yang terancang seperti ini.

3.. Bagaimana sesuatu penyakit yang baru terjadi, pihak terlibat boleh mencipta vaksin dalam masa yang sekejap? Sekarang sebanyak 1800 sukarelawan sedang mencuba sejenis vaksin yang dicipta TAK SAMPAI satu bulan virus ini tersebar. Harga jualan vaksin ini pula.........kita pun tidak tahu, tapi kenapa WHO menyatakan bahawa sebanyak US60b diperlukan, kemana duit itu pergi?

4.. rakan saya juga berkata, ada pihak yang mengaut keuntungan dari penyakit ini sebab ubatnya memang telah ada, tetapi dibiarkan terlebih dahulu supaya lebih ramai pengidapnya dn lebih banyak wang yang masuk. UBATNYA TELAH ADA, jika betul mereka ini cekap, kenapa masih tiada vaksin untuk AIDS, Vaksin untuk SARS? Kita terus memandang tinggi manusia yang mencipta vaksin ini

5.. Yang penting dari perbualan kami tadi ialah......apa kata jika virus ini digunakan dalam peperangan oleh orang KAFIR menentang ISLAM?... yang pastinya mereka tidak perlu mengangkat senjata, Cuma sebarkan sahaja penyakit ini......tunggu.......dan dalam masa tak sampai sebulan mencapai kemenangan!!! Dan kemudian pihak KAFIR mengatakan "PIHAK KAMI MENANG TANPA MENGANGKAT SENJATA, DAN DALAM MASA YANG SAMA KAMI SEDIA MEMBANTU MUSUH KAMI YANG DIJANGKITI!..."..... so... apa yang ada dapt dari ayat ini?, macam biasa dengar di
IRAQ & AFGHANISTAN kan?

2. H1N1 adalah sejenis ASAP NERAKA yang diturunkan kepada MANUSIA

Perkara ini juga tidak dapat saya nafikan atau tolak kemungkinannya.Pendapat ini diberi oleh seorang ustaz ketika perbualan tadi. Banyak dalil yang disertakan, Cuma yang ingin saya sentuh ialah......dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan yang ALLAH S.W.T telah menjatuhkan pelbagai penyakit kepada kaum2 terdahulu kerana menolak dakwah Nabi & Rasul NYA. Kemungkinan salah satu penyakit itu adalah H1N1. Kita pula?........

Persoalan kedua yang di timbulkan oleh Ustaz ini pula menarik perhatian saya....... Kalau API, lawannya AIR, Kalau HIDUP Lawannya MATI, kalau SIHAT lawannya SAKIT.......tapi kalau ASAP......apa lawannya? Mari kita fikir bersama dan mungkin kita boleh refer pada yang arif tentang perkara ini. Lawan asap mesti ada, sebab telah dinyatakan yang ianya adalah ASAP NERAKA untuk manusia....walluhualam...

3. PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN)

Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan kepada semua rakan Muslim kita.

Kebanyak kes kematian di
MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan penyakitnya jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan terus dengan BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah diamalkan oleh bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita. Kalau ada sesiapa mendengar RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya. Ceramah H1N1 disampaikan oleh seorang Ustaz di radio tersebut.

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................. Bawang Putih!!!!!

Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.

1.. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2.. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?
3.. Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya.... kalau kena bisul,
cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.
4.. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas, kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala
5.. Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan?

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari kita.

Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?

Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya

1.. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah
2.. perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan
3.. Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.
4.. dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya......


Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya. Tak salah kita mencubanya. Insya-Allah



Tuesday, September 1, 2009

Minggu ini sudah masuk minggu kedua kita berpuasa. Sudah masuk fasa kedua setelah berjaya melepasi 10 hari yang pertama berpuasa di bulan Ramadhan. Kalau sekadar berjaya menahan dari lapar dan dahaga , saya rasa itu tidak menjadi masaalah.







Anda lapar ketika berpuasa? Rasanya tidak. Sendawa pun belum hilang. Cuma renungkan waktu sahur tadi makanan penuh semeja dihidangkan dan untuk berbuka nanti sudah sedia difikiran kita apa yang hendak yang hendak dimakan , apa yang hendak dibeli dibazar Ramadhan atau hari di hotel mana majlis berbuka puasa kita. Ada orang yang berkata antara nikmat Ramadhan adalah dapat menjamah juadah yang jarang-jarang diperolehi di bulan-bulan lain. Bukankah Ramadhan mengajar kita berjimat cermat, bersederhana dalam berbelanja. Adakah ini bentuk nikmat yang di cari dari Allah di bulan Ramadhan Al-Mubarrak ini. Makan! makan!.makan !





Cuba pula kita lihat di surau-surau dan di masjid-masjid ketika majlis berbuka puasa. Peggh! hidangannya. Murah sungguh rezekinya, itu termasuk morehnya senarai nama penyumbang penuh satu papan kenyataan. Dimana laparnya kita kalau makanan melimpah-ruah ? Dan dimana takwa kita di bulan Ramadhan......







Dalam masa yang sama kita mungkin telah merancang persiapan untuk menyambut Aidilfitri