Orang yang batal puasanya harus melakukan empat perkara:
1) Qadha': Kewajipannya umum ke atas setiap Muslim Mukallaf yang meninggalkan puasa dengan uzur ataupun tanpa uzur. Umpamanya perempuan yang datang darah haid harus mengqadhakan puasanya demikian pulalah orang yang murtad. Adapun orang kafir, anak kecil dan orang gila tidak wajib menqadha'kan puasanya. Dan hukum mengadha'kannya tidak wajib berturut-turut tetapi bolehlah menqadhakannya sesuka hatinya samada terpisah-pisah ataupun terkumpul.
2)Kiffarah: Kewajibannya berlaku hanya ke atas orang yang bersetubuh pada siang hari Ramadhan selainnya tidak dikenakan kiffarah. Adapun kiffarah itu ialah memerdekakan seorang hamba sahaya. Kiranya ia tidak mempunyai wang untuk menebus seorang hamba sahaya maka berpuasalah ia dua bulan berturut-turut. Jika ia tidak mampu maka hendaklah ia memberi makan kepada 60 orang miskin setiap seorang satu mud.
3)Berhenti dari makan-minum dan sebagainya pada sisa harinya. Ini diwajibkan ke atas orang yang menderhaka perintah Allah kerana tiada berpuasa ataupun kerana cuai pada perintah puasa (berbuka tanpa sebab atau seumpamanya). Maka hendaklah ia berhenti dari makan-minum apabila ternyata ada seorang adl yang menyaksikan anak bulan pada hari syak (iaitu 30 Sya'ban) sedangkan orang ramai semuanya tiada berpuasa pula maka hendaklah sekaliannya berhenti dari makan-minum dan sebagainya. Bagi orang sedang dalam pelayaran berpuasa adalah lebih utama daripada daripada berbuka melainkan jika dia tiada tahan berpuasa.
4)Mengeluarkan fidyah iaitu bagi orang yang mengandung atau ibu yang masih menyusukan bayinya kerana khuatir kemudharatan ke atas bayi jika ia berpuasa. Maka dikeluarkanlah fidyah kerana tiada berpuasa itu setiap hari satu mud gandum (beras) kepada seorang miskin kemudian puasa itu diqadha'kan Begitu pula dengan orang tua yang sudah lanjut umurnya tiada mampu untuk berpuasa dikeluarkan fidyah satu mud juga.
No comments:
Post a Comment