Zakat fitrah bertujuan untuk menyucikan diri orang yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan-perbuatan yang keji.
Zakat fitrah ini diwajidkan ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan, besar dan kecil, merdeka atau hamba sebanyak 3.1 liter atau lima kati dari makanan yang mengenyangkan bagi sesebuah negara. DiMalaysia ialah beras atau kadar harga yang sama dengannya. Ini ditetapkan oleh negeri masing-masing (untuk tahun ini negeri Selangor menetapkan kadar bayarannya iaitu sebanyak RM7.00)
Syarat-syarat wajib zakat fitrah
a) Mestilah dia seorang Islam.
b) Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaan untuk dirinya dan orang di bawah tanggungannya pada Hari Raya Aidil Fitri dan malamnya.
c) Wajibnya zakat fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan. Tidak wajib zakat fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari Ramadhan atau bagi seorang mualaf yang baru memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam matahari terakhir Ramadhan.
Waktu-waktu membayar zakat
a) Waktu yang dibolehkan iaitu dari awal Ramdhan sehingga hari akhir bulan Ramadhan.
b) Waktu wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
c) Waktu yang afdal iaitu selepas sembahyang Subuh pada hari akhir Ramadhan.
d) Waktu makruh iaitu selepas sembahyang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya waktu Maghrib (iaitu selepas terbenamnya Matahari)
e) Waktu haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri itu.
No comments:
Post a Comment