Monday, December 21, 2009







Kesan kepanasan global terhadap menpengaruhi gaya kehidupan harian

Monday, November 30, 2009

BERSUJUD LEGAKAN SISTEM PERNAFASAN

Ibadah solat bagi orang Islam adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Dari sefizikalnya pula bersujud mampu melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Berikut adalah beberapa kelebihan yang bakal anda perolehi ketika bersujud:

  1. Memperbaiki kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  2. Melegakan sakit hernia.
  3. Melegakan paru-paru dari ketengangan.
  4. Kedudukan sewaktu bersujud baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
  5. Memudahkan tidur
  6. Mengelakkan pendarahan otak jika komplikasinya berlaku secara tiba-tiba.

Thursday, November 19, 2009

APAKAH KITA SEBENARNYA SEORANG MUSLIM??



Ada beberapa kalimah yang sering bermain di bibir setiap orang, kecil atau besar, tetapi tidak ramai di kalangan mereka yang memahami dengan mendalam dan sungguh-sungguh akan pengertian kalimah-kalimah itu.



Dan oleh kerana terlampau banyak dipertuturkan maka dengan sendirinya terbentuklah suatu pengertian secara singkat di fikiran setiap orang. Bila seseorang menyebut kalimah tersebut maka pengertian itulah yang dimaksudkan olehnya; dan begitu juga bila seseorang mendengar ianya disebut maka yang segera terlintas di fikirannya ialah pengertian yang sempit itu juga, sedangkan makna dan ertinya yang tepat dan padat masih lagi kabur di kalangan golongan terpelajar, apa lagi di kalangan golongan awam yang jahil.



Umpamanya dua kalimah "ISLAM" dan "MUSLIM", alangkah larisnya ia diucapkan. Tetapi berapa ramaikah di kalangan mereka yang menyebutnya itu yang merasakan dengan sungguh-sungguh pengertian yang terkandung di dalam dua kalimah itu. Berapa ramaikah di kalangan mereka yang mendengarnya yang memahami dengan mendalam apa yang tersirat dari maksudnya.


Sesungguhnya di kalangan orang muslimin sendiri - belakangkan yang bukan muslimin - 99% bahkan lebih ramai lagi yang mendakwa diri mereka muslim dan mengaku agama mereka Islam, tetapi mereka tidak mengetahui apakah dia muslim dan apakah dia Islam yang sebenarnya.



Maka hari ini marilah kita mengambil sedikit waktu untuk memahami dua kalimah ini. Jika anda melihat kepada gelagat manusia di segi i'tikad dan amalan, anda akan dapati mereka kebanyakannya terbahagi kepada tiga golongan.



Pertama: Orang yang dengan terang-terang mengagungkan kebebasan berfikir dan beramal. Setiap perkara dalam hidup mereka hanya berpegang kepada pendapat mereka sendiri dan hanya yakin pada apa yang diputuskan oleh fikiran mereka. Cara bekerja bagi mereka ialah apa yang pada pandangan mereka betul. Mereka tidak mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana agama dan tidak mengikutinya.



Kedua: Terdiri dari orang-orang yang zahirnya berpegang pada suatu agama yang tertentu, tetapi pada hakikatnya mereka mematuhi pendapat dan fikiran mereka sendiri. Mereka tidak pernah merujuk kepada agama untuk mengambil pegangan-pegangan atau peraturan hidup. Kadang-kadang mereka mengambil setengah pegangan mengikut kehendak hawa nafsu, kecenderungan dan keperluan diri dan hidup mereka. Mereka bekerja dengan cara sendiri kemudian cuba menyesuaikan agama mengikut rekaan mereka. Maka mereka pada hakikatnya bukan penganut agama, tetapi agama yang menjadi penganut hawa nafsu mereka.



Ketiga: Terdiri dari golongan yang tidak mempergunakan akal mereka, malah memberhentikannya langsung. Lalu mereka pun merangkaklah di belakang manusia dengan mengikut mereka secara membabi-buta; sama ada manusia-manusia itu datuk nenek mereka atau orang-orang yang semasa dengan mereka.



Golongan yang pertama, mereka ini tenggelam dalam kebebasan sehingga mereka tidak mengetahui sempadan yang sebenarnya. Memang kebebasan bekerja dan berfikir itu sesuatu yang betul kalau menurut had-hadnya, tetapi bila sudah melampaui batas dia akan menjadi sesat. Seseorang yang hanya bergantung pada pendapat sendiri sematamata dan menghukum menurut akalnya sahaja dalam semua perkara akan terjerumus dalam salah faham dan kesilapan. Dia merasakan bahawa ilmu dan akalnya telah meliputi semua perkara di dunia ini. Tidak ada suatu hakikat pun dan tidak ada satu kebaikan pun yang terlindung dari pengetahuannya. Dia menyangka bahawa dia mengetahui tanda-tanda di setiap jalan, mengetahui setiap kesudahan suatu perkara sepertimana dia mengetahui permulaannya.



Sebenarnya sangkaan seperti ini - bahawa dia mengetahui serta dapat memikirkan semua perkara - pada hakikatnya adalah salah. Kalau seseorang itu mempergunakan akalnya dengan sebenarnya nescaya akal itu akan menunjukkannya bahawa ia - akal - tidak bersifat sepertimana yang disangkakan. Sesungguhnya seseorang yang memilih akalnya sebagai pemandu dan hanya menuruti jalan yang ditunjukkan oleh akal semata tidak akan terselamat dari kegelinciran, perlanggaran, kebinasaan dan kesesatan. Kebebasan berfikir dan bekerja seperti ini juga merbahaya bagi sesuatu negara/perkumpulan masyarakat. Kerana kebebasan berfikir ertinya seseorang itu tidak akan percaya kecuali apa yang betul menurut fikirannya dan tidak akan menurut suatu jalan kecuali apa yang ditunjukkan oleh akalnya. Sedangkan mengikut kehendak masyarakat pula kebalikan dari itu; iaitu setiap individu yang berada didalam sesuatu


masyarakat wajiblah mengikut prinsip-prinsip dan dasar-dasar pokok yang terdapat dalam masyarakat itu. Tindak-tanduknya mestilah bersesuaian dengan adat dan kebudayaan serta undang-undang yang mengatur kehidupan masyarakat. Ini bererti bahawa kebebasan berfikir dan bekerja itu bertentangan dengan kehendak cara hidup bermasyarakat.



Sesungguhnya kebebasan seperti ini sering mencetuskan sifat-sifat keakuan, keegoan dan kekacauan di kalangan individu, sedangkan masyarakat & negara menghendaki mereka supaya patuh, taat dan setia. Oleh itu di mana ada kebebasan yang mutlak maka tidak adalah tamadun negara dan di mana ada tamadun maka tidak dapat tidak mereka terpaksa mengorbankan sedikit daripada kebebasan berfikir dan beramal demi keuntungan yang lebih banyak.



Golongan yang kedua pula lebih buruk keadaannya dari golongan pertama. Golongan pertama hanya sesat sahaja, tetapi golongan kedua pendusta, penipu serta munafik. Sekiranya seseorang itu dapat menyesuaikan antara agamanya, fikirannya dan kecenderungannya dalam batas-batas yang sihat, maka dia boleh mengikuti agama dengan tidak mengurangkan kebebasannya dalam berfikir dan bekerja. Begitu juga seandainya kecenderungan seseorang berlawanan dengan agama, dia rela menerima hukum agama dan menyalahkan kecenderungannya maka betullah dakwaannya bahawa ia mengikuti agama itu. Tetapi sebaliknya jika prinsipnya dan amalannya terang-terang menyalahi ajaran agama, namun dia tetap menganggap bahawa fikirannyalah yang betul sedang ajaran agarna itu salah, kemudian dia cuba pula mengolah ajaran agama supaya sesuai dengan fikirannya dan tabiatnya; maka orang yang serupa ini kita tidak sahaja menggelarnya bodoh kerana orang yang bodoh tidak mungkin melakukan penipuan dan kepesongan yang seperti ini, bahkan kita akan memanggilnya pendusta dan pembohong. Dan kita akan terpaksa menuduh bahawa dia tidak berani menhentam agama dengan terus-terang lalu dia mendakwa beriman dengan secara munafik. Jika tidak maka apakah gerangan yang menghalangnya berpindah terus dari agama yang ajarannya bertentangan dengan akalnya dan berlawanan dengan fikirannya serta menyekatnya dari mengikuti jalan yang disukai oleh hatinya dengan sepenuhnya, malah jalan yang telah dilaluinya dengan sebenarnya.



Dan golongan yang ketiga adalah paling jelek sekali berbanding dengan golongan yang lain di segi kewarasan akal. Adapun kesalahan dua golongan tadi ialah mereka membebankan akal dengan sesuatu yang di luar kemampuannya, tetapi kesalahan golongan ini mereka tidak mempergunakan akal langsung, atau menggunakannya dengan penggunaan yang tidak dapat dibezakan antara ada dengan tidaknya. Manakah keaiban yang lebih besar dari seorang berakal yang berpegang pada suatu akidah yang tertentu tetapi tidak mempunyai sebarang dalil akan kebenaran akidah yang dipegangnya itu kecuali hanya semata-mata ajaran itu dianuti oleh datuk neneknya atau lantaran itulah yang dipegang oleh sesuatu bangsa yang sedang berada di puncak ketinggian di zaman itu.



Sesungguhnya orang-orang yang memegang suatu jalan dalam hal-hal yang berhubungan dengan keagamaan atau keduniaan yang diwarisinya dari datuk nenek atau generasi yang terdahulu, ataupun ia memilih jalan lain berdasarkan bahawa jalan itulah yang sedang dikagumi di kalangan bangsa-bangsa yang maju ketika itu, maka orang yang seperti ini seolah-olah telah menonjolkan dirinya bahawa dalam kepalanya tidak ada otak atau dalam otaknya tidak ada kekuatan untuk berfikir. Dia tidak punya potensi untuk membezakan antara yang salah dengan yang betul. Andainya dia secara kebetulan dilahirkan di rumah Yahudi maka dia akan percaya akan kebenaran agama Yahudi. Kalau dia dilahirkan di rumah Islam maka dia percaya akan kebenaran Islam. Atau dilahirkan dalam keluarga Kristian maka dia akan menjadi penganut Kristian.



Begitulah dengan secara kebetulan juga, yang berkuasa di zamannya bangsa kulit putih barat maka dia menganggap setiap tradisi barat itu lambang kemajuan dan neraca kehebatan. Kalau yang berkuasa di zamannya orang Cina nescaya baginya tradisi Cinalah yang menjadi lambang kemajuan. Dan kalau yang berkuasa hari ini orang Negro di Afrika maka tidak syak lagi Negrolah yang menjadi lambang ketamadunan manusia di sisi orang yang berfikiran cetek tadi.



Sebenarnya bukanlah suatu bukti yang boleh diterima bahawa sesuatu itu dikatakan betul atau benar kerana ia telah diamalkan oleh datuk nenek atau generasi yang terdahulu atau kerana ia diamalkan oleh dunia hari ini.



Andainya orang-orang bodoh yang dahulu dan sekarang melakukan sesuatu, kita tidak seharusnya mengikuti orang orang itu dengan membuta-tuli. Tidak sepatutnya kita menuruti setiap jejak orang lama atau moden tanpa dikaji dan difikirkan dahulu.



Apakah kita mahu menambatkan diri kita di setiap ekor binatang yang ditunggangi orang tanpa mempersoalkan apakah ia berlari ke jalan yang penuh duri atau sedang menuju kejurang kesesatan?



Sesungguhnya kita telah diberi akal supaya kita dapat membezakan antara yang betul dan yang palsu. Sebelum kita mengikuti seseorang hendaklah kita melihat terlebih dahulu:


Mahu ke manakah orang ini?



Islam telah menganggap ketiga-tiga jenis orang ini sebagai terjerumus dalam kebatilan dan kesesatan.



Adapun golongan yang pertama mereka tidak memilih orang yang membawa cahaya sebagai pemandu bagi mereka dan di tangan mereka sendiri juga tidak mempunyai cahaya yang sebenar untuk menyuluh jalan hidup mereka. Mereka tidak ubahlah seperti melontar benda yang tidak ada atau meraba di dalam gelap-gelita. Tidak boleh melangkah ke mana-mana atau akan terjerumus ke jurang bahaya kerana mereka hanya mengagak-agak sendiri tanpa suatu kepastian. Mereka menghadapi dua kemungkinan; sama ada salah atau betul, tetapi lebih dekat kepada kesalahan.



(Dan orang-orang yang menyeru sekutu-sekutu (sembahan-sembahan) selain Allah, tidak mengikuti suatu keyakinan kecuali prasangka belaka. Dan mereka hanyalah berdusta) Yunus: 66.



(Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka sedang sesungguhnya prasangka itu tidak berguna sedikitpun untuk mencapai kebenaran) An-Najm: 28.



(Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka. Padahal sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari


Tuhan mereka. Atau apakah manusia akan dapat segala yang dicita-citakannya) An-Najm: 23-24.



(Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendengarannya dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberi petunjuk sesudah Allah?) Al-Jaatsiyah: 23.



(Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk orang-orang yang zalim) Al-Qashash: 50.



Pendukung golongan kedua di zaman turunnya Al-Quran ialah Bani Israel yang mendakwa menjadi pengikut Nabi Musa a.s. dan berpegang pada Taurat, tetapi pegangan dan amalan mereka kebanyakannya berlawanan dengan pimpinan Musa a.s. dan ajaran Taurat. Mereka tidak segan-segan dengan penyelewengan mereka itu. Mereka bukan memperbetulkan fikiran dan amalan mereka. Mereka menyembunyikan ajaran Taurat yang asal dan menggantikan di tempatnya fikiran mereka sendiri seolah-olah itulah pengajaran yang diturunkan. Orang-orang yang cuba memberikan kesedaran kepada mereka dari berterusan dalam kesesatan dan maksiat dan mengajak mereka kembali mengikut ajaran Allah yang berlawanan dengan hawa nafsu mereka disambut dengan celaan dan cacian sehingga kadang-kadang ada yang dibunuh.


Kepada mereka ini Allah berfirman:



(Mereka suka merobah perkataan Allah dari tempat-tempatnya dan mereka sengaja melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya dan kamu (Muhammad) sentiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit di antara mereka yang tidak berkhianat) Al-Maaidah: 13.



(Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur-adukkan yang hak dengan yang batil dan menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuil) Al Imran:71.



(Setiap datang seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, maka sebahagian dari Rasul-Rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka dibunuh) Al-Maaidah: 70.



Kemudian dengan terang-terang Allah berkata kepada mereka:



(Katakanlah: Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (Al-Quran) Al Maaidah: 68.



Dan tentang golongan yang ketiga pula Allah berfirman :



(Dan apabila dikatakan kepada mereka: "lkutilah apa yang telah diturunkan Allah!" Mereka rnenjawab: "Tidak! Tetapi kami hanya mengikut apa yang telah kami dapati dari perbuatan nenek rnoyang kami!" Apakah mereka akan mengikuti juga walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun dan tidak mendapat petunjuk) Al-Baqarah: 170.



(Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah mengikut kepada apa yang diturunkan Allah dan kepada Rasul." Mereka menjawab: "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapa-bapa kami mengerjakannya." Apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula rnendapat petunjuk?) Al-Maaidah: 104.



(Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta) Al-An'aam: 116.



Golongan ketiga:


Sesungguhnya orang-orang yang tidak menggunakan akal dan fikiran mereka dan tidak tahu membezakan dengan sendiri antara yang betul dan yang salah, malah mengikut sahaja orang lain dengan buta tuli telah dihukum oleh Al-Quran dengan:



(Mereka tuli, bisu dan buta. Mereka tidaklah akan kembali ke ialan yang benar) Al-Baqarah: 18.



Dan diumpamakan mereka seperti binatang, bahkan lebih jelek darinya, kerana binatang tidak mempunyai akal, sedangkan mereka mempunyai akal tetapi tidak mempergunakannya.



(Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai) Al-A'raaf: 179.



Ketiga-tiga golongan yang melampau dan keterlaluan ini telah ditolak oleh Al-Ouran dan menggantikannya dengan suatu umat yang sederhana dan stabil, umat pertengahan


yang menegakkan keadilan.



Apakah jalan pertengahan dan kestabilan ini? Inilah jalannya!



Pertama-tama tembusilah segala benteng kebudayaan lama dan aliran-aliran baru yang terbentang di hadapan anda. Bukalah mata anda dalam pancaran akal yang sejahtera dan waras dan pandanglah dengan sendiri yang mana haq dan yang mana batil.



Apakah atheisma yang betul atau ketuhanan?



Apakah tauhid yang betul atau syirik?



Apakah untuk merentasi jalan lurus manusia berhajat kepada hidayat Allah Taala atau tidak?



Apakah para Nabi dan Muhammad a.s. semuanya benar atau dusta – barang dijauhkan Allah ?



Apakah jalan yang ditunjukkan oleh Al-Quran itu lurus atau bengkang-bengkok?



Andainya hati anda mengiktiraf bahawa:



fitrah manusia memerlukan keimanan kepada Tuhan dan, Tuhan itu ialah Allah yang tiada sekutu bagi-Nya dan, hati kecil anda mengakui bahawa manusia tidak dapat dinafikan lagi berhajat kepada nur dari sisi Allah demi merentasi jalan yang lurus dalam hidupnya dan nur itu ialah apa yang telah dibawakan oleh para Nabi dan Rasul a.s. yang merupakan petunjuk kebenaran untuk manusia sepanjang zaman dan, sesungguhnya kehidupan murni yang dihayati oleh Nabi Muhammad s.a.w. di dunia ini menunjukkan bahawa manusia yang menjalani kehidupan yang penuh dengan kesucian yang maha tinggi itu tidak mungkin sekali-kali menipu alam sejagat - jika ia telah mendakwa bahawasanya ia seorang Rasul dari sisi Allah maka sudah pasti dakwaannya itu benar - dan, jika anda membaca Al-Quran, akal anda memutuskan bahawa jalan yang lurus untuk dijadikan pegangan dan amalan ialah yang dibentangkan oleh kitab ini dan, kitab ini tidak diragukan lagi datangnya dari sisi Allah, maka seharusnya anda jangan takut lagi kepada celaan orang yang mencela atau keengkaran orang yang degil. Sebaliknya bersihkanlah hati anda dari segala ketakutan akan kekurangan atau ketamakan akan keuntungan dan beriman serta yakinlah dengan apa yang telah diakui oleh diri dan hati anda sendiri akan kebenarannya.



Dan apabila anda telah :


membezakan antara yang benar dengan yang palsu dengan akal yang waras yang dianugerahkan oleh Allah kepada anda dan, anda telah memilih yang benar dari yang palsu, maka telah selesailah tugas akal anda dalam mengkaji dan mengkritik. Lalu berpindahlah kuasa pemerintahan dari akal manusia kepada Allah dan Rasul. Tidak mungkin lagi bagi anda sesudah itu membuat keputusan dengan sendiri dalam seluruh hidup anda. Sebaliknya anda wajib mematuhi setiap apa yang perintahkan oleh Allah dan Rasul.



Memang anda tidak ditegah dari mempergunakan akal untuk memahami hukum-hukum dan mengkaji hikmah hikmahnya untuk dilaksanakan dalam setiap aspek kehidupan, tetapi anda tidak harus meragui dan mengungkit-ungkit apa yang disuruh oleh Allah, sama ada:



1 anda memahami hikmatnya atau tidak,


2 sama ada ianya secocok dengan ukuran akal anda atau tidak,


3 sama ada diputuskan oleh Allah dan Rasul itu mendatangkan keuntungan untuk


dunia anda atau tidak dan,


4 sama ada perintah Rasul itu sesuai dengan adat dan cara hidup yang diminati oleh


orang ramai di dunia atau bertentangan dengannya;



MAKA tidak harus lagi bagi anda dalam semua keadaan itu kecuali tunduk dan patuh. Kerana apabila anda beriman kepada Allah, percaya akan Rasul serta yakin bahawasanya setiap apa yang diseru oleh Rasul itu adalah datangnya dari Allah, bukan dari dirinya sendiri



(Dan dia tidak berkata menurut kemahuan hawa nafsunya sendiri, perkataan itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.)An Najm: 3-4,



maka logiknya dari penyerahan dan keyakinan ini anda mengutamakan apa yang diputuskan oleh Allah dan Rasul dari apa yang diputuskan oleh akal anda dan tidak seharusnya anda engkritik dan mengomen perintah-perintah dan larangan larangan yang dibawa oleh Nabi dari sisi Allah dengan mempergunakan keintelekan dan percubaan ujikaji orang lain.



Sesungguhnya orang yang berkata: “Aku orang yang beriman”, kemudian selepas itu ia meragui dan mengungkit-ungkit apa yang didatangkan dari Allah maka ertinya ia telah menolak dakwaannya sendiri dan membatalkan apa yang telah diucapkannya. Ia tidak mengetahui bahawa iman dan ragu adalah dua perkataan yang berlawanan yang tidak mungkin dicantumkan.



Setiap peraturan dan disiplin itu dibina diatas asas taat dan patuh, sedangkan keraguan dan ungkitan tidak mendatangkan sesuatu kecuali kekacauan dan kezaliman. Maka jalan yang sederhana dan stabil inilah yang dinamakan sebagai 'ISLAM' dan golongan yang mengikuti jalan inilah yang digelar 'MUSLIM'.



Sesungguhnya Islam bererti tunduk, patuh dan redha. Dan muslim ialah orang yang patuh kepada perintah pemerintah dan larangan pelarang dengan kepatuhan yang penuh redha. Maka penamaan ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa tidak dibangkitkan golongan yang keempat ini di dunia berasingan dari tiga golongan di atas serta jalan-jalan mereka yang sesat, kecuali supaya mereka mengikuti perintah Allah dan Rasul dan tunduk kepadanya. Sesungguhnya:



tidak harus bagi golongan ini mengikuti akalnya pada setiap urusan, tidak harus baginya mempermainkan hukum Allah dengan mengambil apa yang sesuai dengan nafsunya dan meninggalkan apa yang tidak sesuai,


tidak harus baginya melemparkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul ke belakang dan melencong mengikut manusia-manusia dengan buta tuli, sama ada manusia-manusia yang masih hidup atau sudah mati.



Hakikat ini telah disebut oleh Al-Quran dengan jelas. la berkata bahawa apabila dating perintah Allah kepada orang mukmin maka tiada lagi pilihan baginya.



(Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul telah manetapkan suatu ketetapan, maka ada lagi bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barang siapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya rnaka dia telah sesat, sesat yang nyata) Al-Ahzab: 36.



Dan ia berkata bahawa seorang yang mengambil sebahagian dari Kitab Allah dan meninggalkan sebahagian yang lain akan membawa kepada kehinaan di dunia dan akhirat.



(Apakah karnu beriman kepada sebahagian Al-Kitab dan engkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan pada hari kiamat mereka akan dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. Allah tidak lalai dari apa yang kamu perbuat) Al-Baqarah: 85.



Dan Al-Quran berkata lagi bahawa hukuman orang mukmin pada sesuatu kes tertentu wajiblah berpandu kepada Kitab Allah sekalipun sesuai dengan kehendak hawa nafsunya ataupun bertentangan dengannya.



(Putuskanlah perkara mereka rnenurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah dating kepadamu) Al-Maaidah:48.



la berkata juga sesiapa yang tidak menghukum menurut Kitab Allah maka ia adalah fasik.



(Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan oleh Allah maka rnereka itu adalah orang-orang yang fasik) Al-Maaidah: 47.



Dan setiap hukuman yang berlawanan dengan Kitab Allah maka itu adalah hukuman Jahiliah.



(Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki Dan hukum siapakah yang lebih balk daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakinl) Al-Maaidah: 50.



Kamudian Al-Quran berkata:



(Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan orang-orang yang memegang kekuasaan di antara kamu. Kemudian jika kamu barlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikan lah ia kepada Allah (Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kapada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya. Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan mengengkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan kapada mereka: "Marilah kamu tunduk kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul," nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi manusia


dengan sekuat-kuatnya dari mendekati kamu. Maka bagaimanakah halnya apabila mereka ditimpa sesuatu musibah disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian meraka datang kepadamu sambil bersumpah: Demi Allah, kami sekali-kali tidak menghendaki selain penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna.



Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka, kerana itu berpalinglah kamu daripada mereka dan berilah mareka pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka. Dan kami tidak mengutus seseorang Rasul melainkan untuk ditaati dangan izin Allah. Sesungguhnya jikalau mereka ketika menganiayai dirinya datang kepadamu lain memohon ampun kepada Allah dan Rasul pun memohonkan ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. Maka demi Tuhanmu. mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya.) An Nisaa': 59-65.



Sesungguhnya telah nyatalah dari ayat-ayat yang jelas ini sudut penamaan Islam dan Muslim. Dan kini wajiblah di atas kita yang nama-nama kita tercatat di dalam senarai Muslimin/muslimah melihat dan berfikir sejauh manakah kalimah muslim ini telah menepati diri kita dan sejauh manakah benarnya cara hidup yang kita ikuti sekarang boleh dinamakan ISLAM !




Tuesday, November 10, 2009

Kisah seorang pelayar







Kisah berlaku di sebuah kampung. Seorang suami bekerja sebagai kelasi



kapal telah pulang ke rumah setelah tiga bulan berada di atas kapal.



Dalam perjalanan pulang dia telah berkira-kira untuk melepaskan rindu



bersama-sama isterinya.



Setibanya di rumah, dia terus meluru ke arah isterinya sambil berkata



"Yang.....abang nak lah !!". Isterinya pun menjawab : "malam sikitlah



bang... kan anak ada tu" sambil menunjuk anak mereka yang berusia 12



tahun itu. Si suami tak puas hati...mana tak, dah tiga bulan tahan,



balik-balik tak dapat! bengang beb.



Last-last, si suami mencari idea untuk menyuruh anak nya keluar dari





rumah...sejam pun jadilah. Habis tu, dia pun mendapat idea, dipanggilnya



si Amin, anaknya.

" Min...abah dah lama tak makan udang, engkau boleh belikan udang



galah kat kedai tak? Tapi, aku nak seekor udang betina dan seekor udang



jantan"



Si amin mengerut dahi " Macam mana saya nak kenal udang jantan dengan



betina ayah ?"



"Alah....kau pandai2 lah carik!"



Begitulah muslihat si ayah. Fikirnya dengan cara begini bolehlah dia

melengah-lengahkan masa anak nya...so bolehlah dia melayan isterinya.



Si anak yang dari tadi kebingungan telah keluar dari rumah dan duduk


seketika di bawah rumah. Sambil-sambil berfikir macam nak bezakan udang


jantan dengan betina, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi yang amat asing



dari atas rumah dan terdengarlah dia perbualan antara si ayah dengan si ibu.



Sambil kedengaran bunyi-bunyi yang asing itu, tiba-tiba terdengarlah dia



ibunya berkata-kata kepada si ayah....

" Hai bang...panjang tangan nampak" Kata si ibu, apabila dilihatnya



tangan suaminya merayap begitu rakus sekali.


" Mestilah....tengah stim !!" Jawab suaminya....anaknya terkedu!!!!



Selepas beberapa seketika Amin terdengar lagi perbualan


" Hai yang....terjegil mata nampak" Kata si suami apabila melihatkan


gelagat isterinya menjegilkan mata kerana menahan keseronokan semasa si


suami sedang mendayung.


" Mestilah tengah stim !!" Jawab pula si isteri....anaknya makin kebingungan.


Selepas tu, si amin terdengar satu bunyi yang begitu kuat dari bilik


ayahnya...dan tiba-tiba suasana sunyi.


Selang beberapa ketika dia terdengar ibunya berkata " Bang jangan



rendam lama-lama sangat!"


Suaminya menjawab: "Alah...rendam lama-lama pun bukannya reput"



Si anak tersenyum...dia bangun dan terus kekedai membeli pesanan bapanya.





Apabila pulang ke rumah, bapanya sudah menanti kepulangan anaknya,



maka terjadilah satu perbualan antara anak dan ayah. " Kau dah beli udang ?"





"Dah sambil menunjukkan dua ekor udang kepada ayah nya?"



" Mana satu udang jantan?" Tanya ayahnya.





" Yang ni....sebab tangan dia panjang!"...jawab anaknya dengan



confident. Bapanya mengerut dahi.





" Mana satu udang betina?" Tanya ayahnya lagi



"Yang ni...sebab mata dia terjegil" jawab anaknya.





" Kurang ajar...kau mengendap ye..." Kata si ayah sambil menampar anaknya.



Maka tersungkurlah si anak....bertaburlah udang yang dibelinya



sehingga jatuh ke dalam longkang .





Dengan marah bapanya berkata " Kutip udang dalam longkang tu...karang



terendam pulak !"





Anak nya menjawab " TERENDAM PUN BUKAN NYA REPUT!!!!!"






...

Sunday, November 1, 2009





Melayu Hari Ini?

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan , dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, merempit motor tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan syabu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam dirasuk hantu


Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan
Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye, takpe la makan nasi kosong je dengan tokyu


Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu memang gitu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan bengkok atau siapa nak jadi penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!



Wednesday, October 21, 2009

LAWAK KE ?


Kalau anda fikir anda masih seorang Islam bacalah...kalau tidak......Allah saja yang tahu....
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....kalau lebih dua minit itu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"


Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu... Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:



"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"



.... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas.Selain terhibur anda fikirlahlah. ..


" Lawak kah
, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yang betul-betul beriman.... ?"


" Lawakkah berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."


"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat orangg kampung.. ada tu lagi dashyat setahun cuma dua kali sahaja.. bila time sembahyang raya..."


"Lawakkah, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh
surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"


"Lawak
kah , berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel-artikel yang
berunsur ugama


Lawak
kah???/ Kenapa gelak/ tu kah realiti.. tapi yang paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan pada orang lain... berapa orang yang akan buka blog ni
untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????
wallahuaallam


*p/s orang sesat je jumpa blog ni............

Wednesday, October 7, 2009

KISAH DAM AJI....

Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, terpaksa dia menumpang di rumah bapa mertuanya...
Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...'

Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok tengok TV ... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari.

Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik.Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja...melantak kuat pulak tu...

Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga..." kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu.

Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi...

"Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum..

"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa...

Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit...

Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...) kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji...

Apa lagi....

"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?"

Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya laa..

Thursday, October 1, 2009

CERITA MALAM JUMAAT



sekadar gurauan..
kalau da nk bace quran tu teruskan larh..
bkn bini xleh tunggu yer dakk..

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu.

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinya yang sedang menyusu anak bongsu mereka.

"Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya
tidurkan mereka dulu."

"Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran"

balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapatkan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?

"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"

"Bang!! Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.

" SODAQALLAHULAZEEM "

Tu la dahsyatnya malam Jumaat




Wednesday, September 23, 2009

JAM DINDING






Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding

oleh kumpulan pendakwah sempena lawatan kerja amal mereka. Alangkah

bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut digantungkan di

depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam

tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu

bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu

telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat

halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun

konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari

tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang.

Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak

sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.Entah macam mana

ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau

pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya.

"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tersyhepittttt. ...!!"



p/s mandu berhati-hati dijalanraya jangan sampai tersepit....


Wednesday, September 16, 2009



"ALLAH YANG MAHA BESAR, ALLAH YANG MAHA BESAR, ALLAH YANG MAHA BESAR ,TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, ALLAH MAHA BESAR DAN SEGALA PUJI BAGI ALLAH, ALLAH MAHA BESAR DAN MAHA AGUNG DAN SEGALA PUJI BAGI ALLAH. MAHA SUCI ALLAH PADA PAGI DAN PETANG TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DENGAN IKHLAS KAMI BERAGAMA KEPADANYA, WALAUPUN ORANG-ORANG KAFIR MEMBENCI, TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH SENDIRINYA , BENAR JANJINYA DAN DIA MENOLONG AKAN HAMBANYA DAN DIA MENGUSIR MUSUH NABINYA DENGAN DIRINYA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH , ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR DAN BAGINYA SEGALA PUJI"

Sunday, September 13, 2009

ZAKAT FITRAH



Zakat fitrah bertujuan untuk menyucikan diri orang yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan-perbuatan yang keji.


Zakat fitrah ini diwajidkan ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan, besar dan kecil, merdeka atau hamba sebanyak 3.1 liter atau lima kati dari makanan yang mengenyangkan bagi sesebuah negara. DiMalaysia ialah beras atau kadar harga yang sama dengannya. Ini ditetapkan oleh negeri masing-masing (untuk tahun ini negeri Selangor menetapkan kadar bayarannya iaitu sebanyak RM7.00)


Syarat-syarat wajib zakat fitrah


a) Mestilah dia seorang Islam.


b) Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaan untuk dirinya dan orang di bawah tanggungannya pada Hari Raya Aidil Fitri dan malamnya.


c) Wajibnya zakat fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan. Tidak wajib zakat fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari Ramadhan atau bagi seorang mualaf yang baru memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam matahari terakhir Ramadhan.


Waktu-waktu membayar zakat


a) Waktu yang dibolehkan iaitu dari awal Ramdhan sehingga hari akhir bulan Ramadhan.


b) Waktu wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.


c) Waktu yang afdal iaitu selepas sembahyang Subuh pada hari akhir Ramadhan.


d) Waktu makruh iaitu selepas sembahyang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya waktu Maghrib (iaitu selepas terbenamnya Matahari)


e) Waktu haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri itu.

Friday, September 11, 2009

Perkara yang harus dilakukan bila batal puasa

Orang yang batal puasanya harus melakukan empat perkara:





1) Qadha': Kewajipannya umum ke atas setiap Muslim Mukallaf yang meninggalkan puasa dengan uzur ataupun tanpa uzur. Umpamanya perempuan yang datang darah haid harus mengqadhakan puasanya demikian pulalah orang yang murtad. Adapun orang kafir, anak kecil dan orang gila tidak wajib menqadha'kan puasanya. Dan hukum mengadha'kannya tidak wajib berturut-turut tetapi bolehlah menqadhakannya sesuka hatinya samada terpisah-pisah ataupun terkumpul.



2)Kiffarah: Kewajibannya berlaku hanya ke atas orang yang bersetubuh pada siang hari Ramadhan selainnya tidak dikenakan kiffarah. Adapun kiffarah itu ialah memerdekakan seorang hamba sahaya. Kiranya ia tidak mempunyai wang untuk menebus seorang hamba sahaya maka berpuasalah ia dua bulan berturut-turut. Jika ia tidak mampu maka hendaklah ia memberi makan kepada 60 orang miskin setiap seorang satu mud.



3)Berhenti dari makan-minum dan sebagainya pada sisa harinya. Ini diwajibkan ke atas orang yang menderhaka perintah Allah kerana tiada berpuasa ataupun kerana cuai pada perintah puasa (berbuka tanpa sebab atau seumpamanya). Maka hendaklah ia berhenti dari makan-minum apabila ternyata ada seorang adl yang menyaksikan anak bulan pada hari syak (iaitu 30 Sya'ban) sedangkan orang ramai semuanya tiada berpuasa pula maka hendaklah sekaliannya berhenti dari makan-minum dan sebagainya. Bagi orang sedang dalam pelayaran berpuasa adalah lebih utama daripada daripada berbuka melainkan jika dia tiada tahan berpuasa.



4)Mengeluarkan fidyah iaitu bagi orang yang mengandung atau ibu yang masih menyusukan bayinya kerana khuatir kemudharatan ke atas bayi jika ia berpuasa. Maka dikeluarkanlah fidyah kerana tiada berpuasa itu setiap hari satu mud gandum (beras) kepada seorang miskin kemudian puasa itu diqadha'kan Begitu pula dengan orang tua yang sudah lanjut umurnya tiada mampu untuk berpuasa dikeluarkan fidyah satu mud juga.

Wednesday, September 9, 2009

Untuk renungan semua.

Ibuku seorang pembohong ???

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya . Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya,

ibu berkata : ' ' Makanlah nak ibu tak lapar. ' – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya.

Ibu berkata : ' Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan. ' – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : ' Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula. '

Ibu tersenyum dan berkata : ' Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi. ' – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum.

Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : ' Minumlah nak, ibu tak haus!! ' – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.

Ibu berkata : ' Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki. ' – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : ' Jangan susah-susah, ibu ada duit. ' – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan

berkata ; ' Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang. ' – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata . Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : ' Jangan menangis nak, ibu tak sakit. ' – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

BERINGAT LAH KETIKA KEDUA IBU BAPA KITA MASIH ADA ....................


Zulkifeli Md Yunus

Sunday, September 6, 2009

RAHSIA PUASA


Sebesar-besar nikmat yang pernah dikurnia Allah ke atas hamba-hambaNya ialah dengan menjadikan puasa itu benteng bagi para wali, dan perlindungan bagi mereka dari tipuya syaitan dan angan-angannya, sebagaimana Rasullah s.a.w pernah bersabda:


" Puasa itu separuh kesabaran"


Adapun rahsia-rahsia puasa dan syarat-syarat kebatinannya semuanya ada enam iaitu:


1) Memejamkan mata dan menahannya dari meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, seperti melalaikannya dari berzikir dan mengingat kepada Allah.


2) Memelihara lidah dari omong kosong, bohong, mencaci-maki bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan riya'.


3) Memelihara pendengaran dari mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firmanNya


"Mereka itu suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram"


4) Memelihara seluruh anggota yang lain dari membuat dosa seperti tangan dan kaki,dan memeliharanya juga dari segala yang dibenci. Demikin pula menahan perut dari memakan barang-barang yang bersyubhat waktu berbuka puasa. Apalah gunannya berpuasa dari memakan makanan yang haram. Orang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana yang indah, kemudian dia menghancurkan sebuah kota.


Rasulullah s.a.w bersabda: "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

Ada yang mengatakan bahawa orang itu adalah orang yang berbuka puasanya dengan makanan yang haram. Yang lain pula mengatakan orang itu ialah orang yang menahan dirinya (berpuasa) dari makanan yang halal, lalu ia berbuka dengan memakan daging manusia; iaitu mencaci-maki orang kerana yang demikian itu adalah haram hukumnya. Ada yang mengertikan dengan orang tiada memelihara anggota-anggotanya dari dosa.


5) Janganlah dia membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun dari makanan yang halal sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah swt daripada perut yang penuh dari makanan halal. Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menetang musuh Allah (syaitan) dan melawan syahwat, kiranya apa dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencahnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-macam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya. Sebagaimana yang termaklum bahawa maksud berpuasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat dan sehingga perut kekenyangan tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul dari syahwat pula keinginan yang baru yang kalau tidak dibiasakan sebelumnya mungkin ia tetap pada kebiasannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya dalah untuk melemahkan kemahuan dn keinginan, yang digunakan oleh syaitan sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kajahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan maka terlindung dari kerajaan langit.


6) Hendaklah hatinya merasa bimbang antara takut dan harapan kerana ia tiada mengetahui apakah amalan puasanya itu diterima oleh Allah sehingga tergolonglah ia ke dalam puak mugarrabin (hampir kepada Allah ) ataupun puasanya tertolak maka terkiralah ia ke dalam golongan orang yang terjauh dari rahmat Allah Ta'ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Ta'ala.