Friday, April 29, 2011

APA ITU KANSER

Sudah hampir setahun aku disahkan olih doktor mengidap penyakit kanser NHL (Non-Hodgkin Lymphoma ) tahap 2e. Tapi tahu tak anda apa itu kanser? Mari kita sama berkongsi infomasi tentang kanser.




The body is made up of hundreds of millions of living cells. Normal body cells grow, divide, and die in an orderly way. During the early years of a person's life, normal cells divide faster to allow the person to grow. After the person becomes an adult, most cells divide only to replace worn-out, damaged, or dying cells.


Cancer begins when cells in a part of the body start to grow out of control. There are many kinds of cancer, but they all start because of this out-of-control growth of abnormal cells.


Cancer cell growth is different from normal cell growth. Instead of dying, cancer cells keep on growing and form new cancer cells. These cancer cells can grow into (invade) other tissues, something that normal cells cannot do. Being able to grow out of control and invade other tissues are what makes a cell a cancer cell.


In most cases the cancer cells form a tumor. But some cancers, like leukemia, rarely form tumors. Instead, these cancer cells are in the blood and bone marrow.


When cancer cells get into the bloodstream or lymph vessels, they can travel to other parts of the body. There they begin to grow and form new tumors that replace normal tissue. This process is called metastasis (muh-tas-tuh-sis).


No matter where a cancer may spread, it is always named for the place where it started. For instance, breast cancer that has spread to the liver is still called breast cancer, not liver cancer. Likewise, prostate cancer that has spread to the bone is called metastatic prostate cancer, not bone cancer.


Different types of cancer can behave very differently. For example, lung cancer and breast cancer are very different diseases. They grow at different rates and respond to different treatments. That is why people with cancer need treatment that is aimed at their own kind of cancer.


Not all tumors are cancerous. Tumors that aren't cancer are called benign (be-nine). Benign tumors can cause problems-- they can grow very large and press on healthy organs and tissues. But they cannot grow into other tissues. Because of this, they also can't spread to other parts of the body (metastasize). These tumors are almost never life threatening.

Friday, April 22, 2011

PENAWAR PENYAKIT KANSER















POKOK BELALAI GAJAH




Jangan berputus asa dan putus harapan untuk hidup sekiranya disahkan oleh pakar perubatan bahawa anda menghidap kanser payudara atau apa-apa penyakit berkenaan kanser kerana ada penyakit ada penawarnya. Berita baik untuk pesakit kanser yang kronik pada peringkat 3 dan 4. Selalunya bila disahkan oleh pakar perubatan pada tahap ini. Sudah dianggap terlambat untuk diubati lagi. Pesakit hanya akan diberitahu oleh doktor berapa lama jangka hayat pesakit itu boleh hidup sahaja.




Sedikit infomasi untuk dikongsi bersama sebagai panduan dan pengetahuan tentang pokok Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass ini. InsyaAllah ada yang sembuh dari pemakanannya.




Tengok cara untuk makan daunnya. Sehat dan sakit seseorang itu adalah ketentuan Ilahi. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan seeorang itu jika hambaNya berusaha untuk mencari penawarnya yang dianugerahkan kepada kita diatas muka bumi ini. Pokok ini hanya sebab musabab untuk menyembuh penyakit sahaja.





Sabah Snake Grass




Saya disah menghidap penyakit kanser Non-Hodgkin Lymphoma Cancer- DLBCL- Stage 2e with various lymph nodes affected. Penyakit cancer bermula pada bulan September 2009 and confirm by doctor on May 2010. Setelah usus besar yang membengkak di operate dibuang sepanjang 13cm pada 12 May 2010(RIGHT HEMICOLECTOMY). Rawatan chemotherapies yang pertama bermula pada 11 June 2010 sebanyak 6 kali (1 complete cycle) selama hampir 5 bulan. CT scan pada 27 Oktober 2010 menunjukkan 'no evidence of tumor'





Today, after almost 1 year, I have recovered and is still living. Alhamdulillah !.Thanks to Allah and with Sabah Snake Grass (Clinacanthus) which I planted outside my house. My wife blended the leaves with green apple (minus skin and seeds) and drank them after breakfast everyday. It was as an alternative treatment besides modern treatment, I went for a blood test and P.E.T (Positrion Emission Tomoraphy) scan. The oncologist said that there was no scan evidence of active lymphoma.






Number of leaves used for treatment for Cancer:




Stage 1 : 30 leaves everyday




Stage 2 : 50 leaves everyday




Stage 3 : 100 leaves everyday







Stage 4 : 150 - 200 leaves everyday





When the patients get better, reduce the number of leaves.








Direction for juicing SSG




a) Pour half cup of clean water in a blender




b) Add 1 or 2 ice cubes to prevent heating during blending







c) Add 1 quarter of lemon or half a lime juice (provide Vitamin C and prevent oxidization )




d) Wash the required fresh SSG leaves and put them into the blender




e) Peel a green apple and remove the core/seeds




f ) Cut the apple into 8 pieces




g) Put in the pieces of apple




h) Blend and drink immediately or within 5 minutes. (consume daily)




i ) If your body is "cooling" add a few slices of ginger or drink warming herbs




For Muslim, sila amalkan membaca surah Al-Fatihah 1X, surah Al-Ikhlas 3X, Selawat Nabi 3X sebelum meminumnya. Insya-Allah

(Sila hubungi e-mail aikay46@yahoo.com untuk keterangan lanjut dan mencuba daun pokok ini)






Food to avoid :




Sugar and products made with sugar, honey, ikan kembong , chicken meat, duck meat, yam, glutenous rice, margarine, durians, bird nest, ginseng and other rejuvenating herbs. Besides SSG, apricot seeds, lemon grass and many types of fresh raw vegetable and fruit juices can also be used for treating cancer.







I believe all chronic diseases can be cured with the combination of detoxification, maintaing blood Ph 7.35-7.4, increasing body oxygen, eating natural nutrients and herbs, a healthy lifestyle and good eating habits.There are quite a number of patients with cancer and other chronic diseases recovering and got cured based on the above and natural treatments.







Friday, April 15, 2011

DOA ii

Doa ibu bapa





Doa yang diucapkan oleh ibu atau bapa untuk anak-anaknya. Kita memang sudah lama tahu, bagaimana hebatnya rasa kasih, sayang dan cinta seorang ibu atau bapak terhadap anak-anaknya. Rasa kasih, sayang dan cinta yang ikhlas,meresapi sekujur jiwa dan raga yang mengakibatkan rasa tanggung jawab yang sempurna lebih-lebih semasa anak-anak itu masih kecil, begitu juga sekalipun anak-anak itu besar dan dewasa. Cinta dan tanggung jawab yang semurni-murninya. Kerana itu kalau seorang ibu atau seorang bapak berdoa kepada Tuhan untuk keselamatan, kebahagiaan dan kemajuan anaknya, pasti doa itu diucapkan dengan sepenuh hati, kadang-kadang malah dengan disertai mengalirnya airmata yang penuh permohonan. Sebab itu doa seorang ibu atau bapa terhadap anaknya sangat didengari dan diperhatikan oleh Allah.





Sebab itu hendaklah seorang ibu atau bapa sering berdoa kepada Allah untuk keselamatan, kebaikan dan kebahagiaan anaknya. Adalah satu kerugian besar menurut ajaran agama kita, bila seorang ibu atau bapa hanya rajin memberi makanan, minuman, pakaian dan memelihara anaknya, tetapi tidak pernah berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan anaknya.








Dan begitu juga sebaliknyanya, doa anak untuk ibu dan bapanya adalah yang amat makbul dengan alasan dan keterangan yang sama seperti diatas. Sebab itu anak yang soleh adalah anak yang sering mendoakan ibubapanya. Doa anak yang soleh itu bukan sahaja besar ertinya bagi ibu dan bapa yang masih hidup tetapi juga besar faedahnya dan pengaruhnya buat ibubapa yang sudah meninggal dunia.

Friday, April 8, 2011

DOA YANG MAKBUL

Allah itu Maha Kaya. Allah itu Maha Pemurah. Allah menyuruh kita sering meminta dan berdoa kepadaNya. Allah berjanji akan memakbulkan doa kita. Tetapi seringkali kita tertanya mengapakah doa tidak dimakbulkan oleh Allah atau bilakah doa kita akan dimakbulkan oleh Allah. Mari kita sama-sama merenung diri kita sendiri dan berfikir sejenak tentang persoalan tadi.


1. Pada suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasululah : Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya:


Rasulullah menjawab:-


"Hi Saad, makanlah makanan yang halal tentu menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad, sesungguhnya seorang yang pernah menelan sesuap makanan yang haram ke perutnya, maka tidaklah akan dikabulkan doanya selama 40 hari. Sesiapa sahaja manusia yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram maka nerakalah yang berhak untuk orang itu"


Dalam hadis ini ditegaskan betapa sesuap makanan yang haram masuk kedalam perut kita akan menjadi penghalang kepada doa kita. Cuba kita fikir dan bayangkan andai perut kita bukan diisi dengan sesuap makanan haram sahaja tetapi saban hari kita mengisi perut kita dengan makanan dan minuman yang haram itu. Jadi sampai akhir hayat kita pun berdoa, namun doa kita mungkin tidak akan dimakbulkan Allah.


2. Menurut Abu Umamah, pernah seorang bertanya pula bertanya pula kepada Rasulullah saw: " Ya Rasulullah, doa macam mana yang paling didengar oleh Allah?"


Rasulullah menjawab:-


"Iaitu doa yang diucapkan di tengah bahagian terakhir dari malm dan doa yang diucapkan di akhir setiap sembahyang fardu"


Ya, walaupun kita boleh berdoa di setiap waktu dan tempat tetapi yang terbaik adalah di malam hari sesudah dua pertiga malam dan diakhir setiap sembahyang fardhu yang kita lakukan.


3. Diriwayatkan oleh Ahmad dari Abdullah Bin Umar bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya:-


"Kalau kamu bermohon kepada Allah wahai manusia, bermohonlah dengan penuh berkeyakinan bahawa doamu itu akan dikabulkan Allah. Dan Allah tidak akan memakbulkan doa seseorang yang hatinya kosong atau lalai tanpa keyakinan penuh kepadaNya"


Kita berdoa selalu kepada Allah tetapi kita tidak mengerti apa yang kita pohon dariNya sedang hati kita melayang entah kemana dan sambil lewa sahaja tanpa kesungguhan dan keyakinan. Doa yang demikian pasti tidak direstukan Allah.


Friday, April 1, 2011

DOA i



Kita semua tahu dan yakin bahawa Tuhan itu maha Kuasa kerana Dialah menciptakan langit dan bumi dengan segala isinya. Dari debu, nyamuk dan kuman yang paling halus hingga kepada bumi, matahari dan alam semesta seluruhnya. Kemudian janganlah lupa bahawa Tuhan yang maha Kuasa dan Maha Kaya itu bersifat Maha Pengasih, Maha Penyayang. Ertinya Tuhan kasih dan sayang terhadap semua makhlukNya, lebih-lebih terhadap makhluk Nya yang bernama manusia. Lebih-lebih lagi terhadap manusia-manusia yang selalu ingat, taat, patuh dan selalu memujaNya siang malam, pagi petang.

Oleh keranaa Tuhan Maha Kuasa, Maha Kaya, Maha Pengasih, maka Tuhan amat senang bila hambanya yang bernama manusia itu sering meminta, menadahkan tangan, bermohon atau berdoa kepada Nya.







Sungguh berbeza sekali dengan kebanyakan kita manusia. Kebanyakan kita tidak suka kalau terlalu sering orang menadahkan tangan meminta bantuan kepada kita kerana kita manusia bersifat lemah dan miskin. Kita khuatir akan berkurangan wang dan harta kita, yang akan menyebabkan kita menjadi miskin andai orang selalu datang meminta dari kita. Tetapi Allah yang Maha Kuasa dan Maha Kaya amat senang kalau sering di pohon oleh manusia. Malah menjadi marah terhadap manusia yang tidak pernah meminta (berdoa) KepadaNya kerana dianggap oleh Allah sombong atau kurang percaya kepadaNya.







Sabda Rasuullah saw yang bermaksud :-





"Orang yang tidak pernah meminta kepada Allah, maka marahlah Allah kepadanya"







Maka selain Allah suka namaNya dibesarkan dan dipuji oleh manusia, Allah juga amat senang kalau manusia memohon dari Nya. Sebab itu selain zikir, doa yang diucapkan dari mulut manusia sangat diperhatikan oleh Allah.







Adalah suatu kerugian besar, kalau boleh dikatakan suatu kebodohan besar, bila kita tidak sering menadahkan tangan berdoa dan memohon kepada Allah.





Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :-





" Sesungguhnya doa itu adalah ibadah, berdoalah kamu kepada Ku, akan Aku kabulkan doamu itu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong diri sehingga tidak melakukan ibadah iaitu berdoa kepadaKu akan tercampaklah ke dalam neraka jahanam."








Dari hadis di atas ini dapat kita ambil 3 kesimpulan yang amat penting iaitu:-




1. Bahawa doa itu adalah ibadah. Orang yang yang berdoa itu maknanya merendahkan diri terhadap Allah. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi "Doa adalah otaknya ibadah." Ibadah apa sahaja bila dilakukan tanpa berdoa bererti sebagai manusia tanpa otak. Beribadah tanpa otak ertinya adalah suatu perbuatan yang sia-sia.






2. Jika kita berdoa, Allah akan mengabulkan doa kita. Tetapi kenapa ramai orang yang merasa sudah berdoa atau terus menerus berdoa, tetapi merasa tidak dimakbulkan oleh Allah akan doanya itu? Mungkin ada sesuatu yang harus difikirkan dan dipelajari sebabnya.






3. Orang yang tidak pernah berdoa itu bererti orang yang sombong dan kerana kesombongannya itu akan terjerumus ke neraka. Dengan lain perkataan dapat dikatakan bahawa orang-orang yang tidak pernah berdoa itu adalah tanda orang yang akan terjerumus masuk neraka.






Firman Allah surah An-Nashr :-



"Bila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat ramai manusia berduyun-duyun masuk ugama Alah. Maka bertasbihlah memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Dia adalah Maha Penerima taubat"



Sabda Rsulullah s.a.w.



"Sesiapa yang ingin agar dimakbulkan Tuhan doanya ketika didalam kesusahan dan kesulitan, hendaklah dia banyak berdoa ketika senang."



Jadi janganlah kita hanya berdoa ketika didalam kesusahan dan kesulitan sahaja tetapi kita harus juga banyak berdoa dan bersyukur ketika senang, ketika sihat dan ketika kaya agar Tuhan memakbulkan doa kita ketika menghadapi kesulitan.



Diriwayatkan oleh Salman Al-Farisy bahawa Rasulullah bersabda:-



"Tidak ada yang dapat merubah takdir selain doa dan tidak ada yang dapat menambah panjang umur selain kebajikan"



Alangkah hebatnya pengaruh doa itu hingga dengan doa dapat merubah takdir dan alangkah hebatnya pengaruh kebajikan ia dapat memanjangkan usia seseorang.



Oleh kerana itu marilah kita dalam usia yang singkat ini banyak berdoa kepada Allah dan memperbanyakkan amal kebajikan kita.



Berdoa bererti memohon kepada Allah. Sebagaimana kita seharusnya bermohon dan berharap kepada seseorang, maka demikian pulalah seharusnya kita bermohon dan berharap kepada Allah. Malah hendaklah lebih dari itu.



Mudah-mudahan kita dijadikan Allah orang yang sering mengingati dan berdoa keada Allah dan menjadi orang yang makbul doanya. Amin.