Tuesday, September 13, 2011

PENYAKIT KENCING MANIS

AL-QURAN ITU PENAWAR






"Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya. Setiap penyakit jika suatu ubat itu tepat dan serasi untuk suatu penyakit, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah"










Di antara penyakit paling biasa yang cukup ditakuti manusia sama ada yang kaya atau miskin, berpangkat atau orang biasa adalah penyakit kencing manis atau diabetes. Hal ini disebabkan perubatan moden belum menemukan ubat atau penawar yang paling mujarab untuk menyembuhkannya sehingga pulih seperti sediakala. Pakar perubatan dan ahli sains tidak berdiam diri untuk mencari penawar yang mujarab Pelbagaihasil penemuan dijadikan ubat dan penawar sama berbentuk pil, kapsul dan cecair. Usaha manusia untuk mencari penawar bagi penyakit kencing manis masih diteruskan tetapi hanya Allah SWT yang memberi hidayah dan sama ada ubat itu boleh mengawal menyembuhkan penyakit berkenan.










Harus diketahui bahawa mula terbentuk dan terjadinya penyakit kencing manis pada diri seseorang adalah disebabkan kerosakan organ penting pada tubuh manusia , seperti buah pinggang dan organ dalam perut iaitu usus kecil dan besar. Dua jenis organ ini sangat penting dalam menghadamkan dan menyaring makanan dan minuman di dalam perut. Apabila kedua-kedua organ itu rosak, dan ia bermasalah sewaktu menghadamkan dan mencerna makanan maka peranan organ lain dikhuatiri turut tergendala dan kurang berfungsi dalam memproseskan makanan dan minuman yang masuk ke dalam perut.










PERINGKAT PENGUBATAN









Ada beberapa peringkat pengubatan kencing manis yang boleh dilakukan sendiri oleh orang yang telah dijangkiti penyakit berkenaan dan juga bahan-bahan ramuan herba yang mudah diperolehi.






Peringkat Pertama






Bagi orang yang telah menghidap kencing manis pada tahap bacaan 10 ke atas, maka cubalah amalkan ramuan ubat-ubatan seperti dibawah ini.






Ambil tujuh biji buah jambu batu yang masih muda sebesar ibu jari kaki, kesemuanya diketuk sampai pecah dan lumat lalu dimasukkan ke dalam periuk. Ambil tujuh biji ciku muda juga diketuk sampai pecah dan lumat dan masukkan ke dalam periuk yang sama dan diisikan air sebanyak 40 gelas lalu rebuslah sampai mendidih sehingga tinggal 28 gelas sahaja barulah api dimatikan. Setelah sejuk tapis dan ambil airnya. Selepas itu amalkan dengan membaca surah Al-Fatihah (sekali), surah Al-Ikhlas (tiga kali) dan semua bacaan surah tersebut kirimkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw dan kepada para sahabatnya dan sekalian Muslimin yang mengikutinya sampai akhir zaman dengan niat dalam hati supaya dengan berkat kemuliaan mereka dikabulkan Allah swt segala hajat dan harapan kita.






Setelah itu bacakan pula pada air rebusan yang 28 gelas itu surah Al-Fatihah (sekali) surah Al-Ikhlas (tiga kali) surah Al-Falaq (sekali) surah An-Nas (sekali) dan ayat Kursyi (sekali) dengan diniatkan dalam hati "Berbangkit berbangun semua saraf organ tubuhku dengan berkat kemuliaan surah-surah dan kalam Allah tersebut dan berkat kemuliaan Nabi Muhammad saw serta berkat sekalian kaum Muslimin dan Muslimat yang hidup atau yang telah mati"






Setelah selesai, minumlah air tersebut satu gelas pada waktu pagi, satu gelas padawaktu petang. Setiap satu gelas air tersebut sebelum diminum hendaklah dicampur dan dimasukkan satu atau dua biji kuning telur ayam kampung. Sila amalkan selama tujuh hari berturut-turut, yakni sampai habis ubat sebanyak 28 gelas itu. Memang agak merumitkan tapi amalkan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keazaman. Insya-Allah akan membuahkan hasil positif.






Peringkat Kedua






Dalam masa tujuh hari sewaktu minum ubat yang diterangkan pada peringkat pertama di atas hendaklah dilakukan selepas menunaikan solat fardu lima waktu. Kalau mahu wirid biasa berwiridlah terlebih dahulu dan selepas itu hendaklah amalkan aturan dibawah ini ia salah satu amalan khas untuk mengubati penyakit kencing manis bagi menguatkan, menghidupkan urat-urat saraf organ buah pinggang dan organ perut (usus).






Baca surah Al-Fatihah (sekali) surah Al-Ikhlas (tiga kali) Selawat atas Nabi (tiga kali) lalu terus baca Ya Allah (tiga kali) dan Ya Hayyun Qayyum terus menerus sekurang-kurangnya 100 kali. Setelah cukup membaca 100 kali dan sebelum mengakhirinya hendaklah kecutkan perut sambil menarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan fadilat isim Ya Hayyun Qayyum itu ke dalam tubuh kita sehingga perut terasa agak penuh dan padat, lalu tahan nafas seberapa boleh. Apabila mengeluarkan nafas, keluarkan perlan-lahan dan ulangi sehingga tujuh kali selepas solat fardu lima waktu. Insya Allah anda akan merasa sendiri hasilnya.






Kaedah amalan






1. Solat Fardu



2. Baca Wirid biasa



3. Baca surah Al-Fatihah (sekali)



4. Baca surah Al-Ikhlas (tiga kali)



5. Baca Selawat keatas Nabi (tiga kali)



6. Baca Ya Allah (tiga Kali)



7. Baca Ya Hayyun Ya Qayyum (100 kali)



8. Kecutkan perut sambil tarik nafas perlahan -lahan



9. Tahan nafas dan keluarkan perlahan-lahan (tujuh kali)



10. Amalkan selama tujuh hari berturut-turut.









PERINGKAT KETIGA






Ambil 21 helai daun kacang tujuh urai, segenggam kecil daun rumput rawa ( atau salah satu dari tumbuhan ini kerana daun kacang tujuh urai agak sukar diperolehi) suku biji buah limau nipis, semuanya digabung jadi satu lalu dicampurkan dengan tiga cawan air masak suam dan diblender sampai halus lalu ditapis dan ambil airnya. Selepas itu masukkan ke dalam satu gelas dan dimasukkan sebutir kuning telur itik lalu diadun dan lakukan solat tahajud atau solat hajat dua rakaat.






Selepas memberi salam bacakan pada ubat tersebut surah Al-Fatihah (sekali) surah Al Ikhlas (tiga kali) Selawat keatas Nabi (tiga kali) dan surah Al-Mukminun ayat 12 hingga 14 (tujuh kali) dan diakhiri dengan membaca berkat kalimat La ilaha illaallah Muhammad Rasulullah (100 kali).






PERINGKAT KEEMPAT






Peringkat ini adalah untuk berubat secara rohani. Setelah mematuhi peraturan makan dan minum seharian seperti yang dinasihatkan doktor dan tidak lupa menunaikan solat fardu lima waktu dengan tidak mengabaikannya maka amalkan kaedah berikut.






Biasakan bangun dalam sepertiga malam lalu solat taubat dua rakaat. Bagi rakaat pertama sesudah membaca surah Al-Fatihah, bacalah surah Al-Ikhlas dan pada rakaat kedua sesudah membaca surah Al-Fatihah, bacalah surah Al-Kafirun. Selepas salam ingat segala dosa dan kesalahan mana-mana yang dapat diingat terutama dosa meninggalkan solat dan dosa kepada ibubapa. Selepas itu bacalah istighfar (tiga, lima atau seratus kali).






Selepas itu lakukan solat sunat tahajud dua rakaat. Rakaat pertama baca surah Al-Ikhlas dan ayat Kursyi selepas membaca surah Al-Fatihah. Selepas salam ubah cara duduk dengan bersila dan baca istighfar (tiga atau lima kali) dan baca Selawat (satu kali atau tiga kali), lalu terus bulatkan fikiran dan tumpukan kepada hati (jantung) yang bergerak-gerak dan memalu-malu di bawah renggang dua jari pada dada, lalu hati menghadap kepada Allah swt dengan benar-benar minta pertolongab kepadaNya sepenuh jiwa danraga, lalu bacalah kalimat dibawah ini (tujuh kali) iaitu






"LA ILAHA ILA ALLAHU MUHAMMADUR RASULULLAH'



FI KULLI LAMHATIN WA NAFASIN 'ADA DAMA WASIAHU 'ILMULLAH



(jangan terputus bacaan dua kalimat ini)









Setelah selesai membaca kalimat itu tujuh kali lalu terus membaca dua kalimat tauhid






"LA ILAHA ILLA ALLAHU MUHAMMADUR RASULULLAH"






terus menerus dalam keadaan penuh tumpuan dengan suara berbisik yang seakan-akan terbit dari lubuk hati dan memancarkan suara tersebut ke dalam badan dengan mengecutkan sedikit perut serta mengembangkan dada. Biasakan diri melakukan dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh sehingga peluh membasahi badan.






Friday, July 29, 2011

TEGUR MENEGUR

Rasulullah SAW bersabda:


Perumpamaan orang-orang yang berpegang kepada kebenaran dan orang-orang yang melakukan kesalahan adalah seumpama penumpang-penumpang di atas sebuah kapal yang besar. Sebahagian penumpang berada di atas kapal dan sebahagian berada di dalam perut kapal. Sekiranya orang-orang yang berada di bawah ingin mengambil air dan mereka malas untuk mengambilnya daripada bahagian atas kapal sebaliknya mereka menebuk dinding kapal dan mendapatkan air terus daripada lautan. Sekiranya orang yang berada di atas hanya melihat sahaja (tindakan menebuk dinding kapal), maka lambat laun seluruh kapal tersebut akan tenggelam, tetapi sekiranya mereka menegur dan mencegah perbuatan tersebut maka semua penumpang kapal tersebut selamat (kapal tidak karam)” (riwayat al Bukhari).

Daripada hadith ini, terserlah suatu pengajaran yang amat bermakna; budaya saling nasihat-menasihati dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri dan rakan sepasukan akan menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi. Analogi yang dibuat dalam hadith di atas sangat accurate.



Sebuah kapal yang besar sekalipun, akan karam sekiranya ada antara anak kapal tersebut yang menebuk dinding kapal untuk mendapatkan air. Mungkin yang melakukan perbuatan tersebut hanya 10 orang daripada 5000 anak kapal, tetapi sekiranya 4990 orang hanya melihat perbuatan yang dilakukan oleh 10 orang tersebut akhirnya semua anak kapal berkemungkinan mati lemas.



MENEGUR DAN DITEGUR




Dalam membudayakan sifat memberi dan menerima dalam konteks memajukan diri dan organisasi, ada dua sudut yang perlu dilihat.





PERTAMA: orang yang menegur atau menasihati dan KEDUA: orang yang ditegur atau dinasihati.


Orang yang menegur hendaklah sentiasa ikhlas dalam menegur atau menasihati sesiapa. Janganlah teguran ini disebabkan konflik peribadi. Ingat, teguran bukan HENTAMAN. Teguran yang ikhlas dari hati, pasti akan memberikan kesan yang membekas di hati, insha Allah. Orang yang menegur juga sebaik mungkin mencari jalan yang terbaik untuk menasihati orang yang hendak dinasihatinya supaya nasihat itu dapat disampaikan dengan berkesan.





Bagi orang yang ditegur, terima sesuatu teguran dan nasihat secara positif dan konstruktif. Analisalah setiap teguran dan nasihat yang diterima. Percayalah, kita tidak rugi sesenpun sekiranya berubah untuk memajukan sendiri. Cuma kadang-kadang ubat yang mujarab biasanya agak pahit, tetapi kesannya SUPERB!







Bagi seorang Muslim, teguran jujur dan baik yang diterima oleh seseorang itu adalah tanda kasih sayang Allah. Janganlah berdendam kepada orang yang menegur dan menasihati kita dan sekiranya teguran tersebut dirasakan tidak betul, anggaplah orang yang menegur itu punya niat yang baik walaupun tersalah.







Hakikatnya kita manusia; nobody is perfect!




Friday, July 22, 2011

KERJA, MAKAN DAN DOA




Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah Maha Baik dan tidak menerima sesuatu kecuali yang baik jua. Sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kamu apa yang telah diperintahkan kepada Para Rasul di mana Allah berfirman: "Wahai sekalian Rasul, makanlah makanan yang baik (halal) dan beramallah dengan amalan soleh". Allah juga berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dan minumlah kamu daripada makanan dan minuman yang suci dan halal". Baginda menyambung ucapannya dengan menceritakan kisah seorang lelaki yang dalam perjalanan yang panjang; rambutnya kusut dan badannya berdebu. Lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya ke langit dan berdoa; Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Rasulullah berkata: Sedangkan makanannya daripada harta yang haram, minumannya daripada harta yang haram, pakaiannya daripada harta yang haram, dan segala yang masuk ke dalam mulutnya daripada harta yang haram. Bagamana Allah akan memakbulkan doanya?!" (riwayat Muslim dan Termizi).




Hadith di atas mengaitkan antara pekerjaan dan ibadah yang diperolehi oleh seseorang itu. Seorang Muslim wajib mencari pekerjaan yang halal dan melaksanakan pekerjaan tersebut secara berkualiti. Daripada pekerjaan yang halal inilah datangnya hasil pendapatan yang BARAKAH. Malangnya dalam zaman yang serba maju ini, ada segelintir yang tidak begitu prihatin persoalan sumber pendapatannya samada halal ataupun tidak, janji KAYA!




Pendapatan yang halal bukan semata-mata dilihat kepada jenis pekerjaan seperti bertugas di perbankan Islam, tetapi ada aspek yang menjadikan pendapatan kita tercemar dengan perkara haram walaupun kita bertugas di sebuah institusi Islam. Contohnya apabila mengemukan tuntutan (claim) lebih daripada yang sepatutnya, tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sengaja, rasuah dan banyak lagi unsur-unsur yang lain.




Justeru, makanan daripada pendapatan yang tidak bersih ini akan mengotori zahir dan batin kita walaupun kekotoran ini tidak dapat dilihat oleh mana-mana teropong atau mikroskop di dunia ini. Kekotoran inilah yang sentiasa menjadi penghalang kita daripada menerima hidayah dari Allah. Kita mungkin kaya dan mewah dengan 'income' yang bercampur-baur tersebut, tetapi kita jauh daripada kebahagiaan dan ketenangan yang hadir sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita. Ketenangan dan kebahagiaan ini tidak dapat dibeli walaupun oleh seorang billionaire! Bukankah sekarang ramai orang yang ketawa tapi tidak gembira??? Bukankah ramai orang yang gembira tetapi tidak bahagia???




Kita juga bimbang, apabila kita berada dalam kesempitan dan kesusahan, doa kita juga tidak didengari Allah seperti kisah lelaki di dalam hadith tersebut. Alangkah malangnya kita, sudah jatuh ditimpa tangga!




Friday, July 15, 2011

sabda Rasulullah S.a.w
barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. bismillahhirrahmann irrahim:



pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. alhamdulliah:



pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. astagfirrullah:



jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaallah:



jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. lahaulawalaquataill ahbillah :



bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.innalillah:



jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.laailaahaillallah :



bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Friday, July 8, 2011

DOA iii

Doa orang yang berpuasa







Ketika kita berpuasa dari sebelum fajar terbit diwaktu pagi hingga terbenam matahari diwaktu petang hari dengan menahan lapar dan dahaga mematuhi perintah Allah. Suatu penderitaan jasmani dan rohani yang tidak ringan.Oleh itu Allah sangat bangga terhadap hambanya yang melakukan ibadah puasa karena Allah. Maka doa orang yang berpuasa itu sangat diperhatikan dan diterima oleh Allah.












Andai kita ingin agar doa kita dimakbulkan oleh Allah maka hendaklah kita berbuka puasa sunat lalu kita berdoa dalam melakukan puasa itu lebih-lebih lagi diwaktu berbuka puasa.












Dan hendaklah selama kita berpuasa di bulan Ramadan dan diwaktu berbuka puasa kita berdoa. Amatlah rugi bagi orang yang berpuasa tetapi tidak berdoa umpama seorang pekerja yang kita mengambil upahnya (gaji).

Friday, July 1, 2011

60 PINTU PAHALA DAN PENEBUS DOSA

Segala puji bagi Allah Rabb alam semesta, selawat dan salam semoga tetap tercurah kepada Nabi dan utusan yang paling mulia.

1. TAUBAT
"Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah akan mengampuninya" HR. Muslim, No. 2703.
"Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menerima taubat seorang hamba selama ruh belum sampai ketenggorokan
".

2. KELUAR UNTUK MENUNTUT ILMU

"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya dengan (ilmu) itu jalan menuju surga" HR. Muslim, No. 2699.

3. SENANTIASA MENGINGAT ALLAH

"Inginkah kalian aku tunjukkan kepada amalan-amalan yang terbaik, tersuci disisi Allah, tertinggi dalam tingkatan darjat, lebih utama daripada mendermakan emas dan perak, dan lebih baik daripada menghadapi musuh lalu kalian tebas batang lehernya, dan mereka pun menebas batang leher kalian. Mereka berkata: "Tentu", lalu beliau bersabda: (( Zikir kepada Allah Ta`ala ))" HR. At Turmidzi, No. 3347.

4. BERBUAT YANG MA`RUF DAN MENUNJUKKAN JALAN KEBAIKAN

"Setiap yang ma`ruf adalah sedekah, dan orang yang menunjukkan jalan kepada kebaikan (akan mendapat pahala) seperti pelakunya" HR. Bukhari, Juz. X/ No. 374 dan Muslim, No. 1005.

5. BERDAKWAH KEPADA ALLAH

"Barangsiapa yang mengajak (seseorang) kepada petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun" HR. Muslim, No. 2674.

6. MENGAJAK YANG MAKRUF DAN MENCEGAH YANG MUNGKAR.

"Barangsiapa diantara kalian melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, jika ia tidak mampu (pula) maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman" HR. Muslim, No. 804.

7. MEMBACA AL QUR`AN

"Bacalah Al Qur`an, kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafa`at kepada pembacanya" HR. Muslim, No. 49.

8. MEMPELAJARI AL QUR`AN DAN MENGAJARKANNYA

"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Qur`an dan mengajarkannya" HR. Bukhari, Juz. IX/No. 66.

9. MENYEBARKAN SALAM

"Kalian tidak akan masuk surga sehingga beriman, dan tidaklah kalian beriman (sempurna) sehingga berkasih sayang. Mahukah aku tunjukan suatu amalan yang jika kalian lakukan akan menumbuhkan kasih sayang di antara kalian? (iaitu) sebarkanlah salam" HR. Muslim, No.54.

10. MENCINTAI KERANA ALLAH

"Sesungguhnya Allah Ta`ala berfirman pada hari kiamat: ((Di manakah orang-orang yang mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Aku akan menaunginya dalam naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan selain naungan-Ku))" HR. Muslim, No. 2566.

11. MENZIARAH ORANG SAKIT

"Tiada seorang muslim pun melawat orang muslim yang sedang sakit pada pagi hari kecuali ada 70.000 malaikat bershalawat kepadanya hingga petang hari, dan apabila ia menjenguk pada petang harinya mereka akan shalawat kepadanya hingga pagi hari, dan akan diberikan kepadanya sebuah taman di syurga" HR. Tirmidzi, No. 969.

12. MEMBANTU MELUNASKAN HUTANG

"Barangsiapa meringankan beban orang yang dalam kesulitan maka Allah akan meringankan bebannya di dunia dan di akhirat" HR. Muslim, No.2699.

13. MENUTUP AIB ORANG LAIN

"Tidaklah seorang hamba menutup aib hamba yang lain di dunia kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat" HR. Muslim, No. 2590.

14. MENYAMBUNG TALI SILATURAHIM

"Silaturahim itu tergantung di `Arsy (Singgasana Allah) seraya berkata: "Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambung hubungan dengannya, dan barangsiapa yang memutuskanku maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya"
HR. Bukhari, Juz. X/No. 423 dan HR. Muslim, No. 2555.

15. BERAKHLAK YANG BAIK

"Rasulullah SAW ditanya tentang apa yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, maka beliau menjawab: "Bertakwa kepada Allah dan berbudi pekerti yang baik" HR. Tirmidzi, No. 2003.

16. JUJUR

"Hendaklah kalian berlaku jujur kerana kejujuran itu menunjukan kepada kebaikan, dan kebaikan menunjukan jalan menuju syurga"
HR. Bukhari Juz. X/No. 423 dan HR. Muslim., No. 2607.

17. MENAHAN MARAH

"Barangsiapa menahan marah padahal ia mampu menampakkannya maka kelak pada hari kiamat Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk dan menyuruhnya untuk memilih bidadari yang ia sukai" HR. Tirmidzi, No. 2022.

18. MEMBACA DO`A PENUTUP MAJLIS

"Barangsiapa yang duduk dalam suatu majlis dan banyak terjadi di dalamnya pertelingkahan lalu sebelum berdiri dari duduknya ia membaca doa:

(Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji-Mu aku bersaksi bahwa Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu)

melainkan ia akan diampuni dari dosa-dosanya selama ia berada di majlis tersebut" HR. Tirmidzi, Juz III/No. 153.

19. SABAR

"Tiadalah suatu musibah menimpa seorang muslim baik berupa malapetaka, kegundahan, rasa letih, kesedihan, rasa sakit, kesusahan bagai duri yang menusuknya kecuali Allah akan melebur dengannya kesalahan-kesalahannya" HR. Bukhari, Juz. X/No. 91.

20. BERBAKTI KEPADA KEDUA ORANG TUA

"Sangat celaka, sangat celaka, sangat celaka...! Kemudian ditanyakan: Siapa Ya Rasulullah?, beliau bersabda: ((Barangsiapa yang menjaga kedua orang tuanya atau salah satunya di masa lanjut usia kemudian ia tidak bisa masuk syurga))" HR. Muslim, No. 2551.

21. BERUSAHA MEMBANTU PARA JANDA DAN MISKIN

"Orang yang berusaha membantu para janda dan fakir miskin sama halnya dengan orang yang berjihad di jalan Allah" dan saya (perawi-pent) mengira beliau berkata: ((Dan seperti orang melakukan qiyamullail yang tidak pernah jenuh, dan seperti orang berpuasa yang tidak pernah berbuka" HR. Bukhari, Juz. X/No. 366.

22. MENANGGUNG BEBAN HIDUP ANAK YATIM

"Saya dan penanggung beban hidup anak yatim itu di syurga seperti begini," seraya beliau menunjukan kedua jarinya: jari telunjuk dan jari tengah.
HR. Bukhari, Juz. X/No. 365.

23. WUDHU`

"Barangsiapa yang berwuduk, kemudian ia memperbaiki wuduknya maka keluarlah dosa-dosanya dari jasadnya, hingga keluar dari hujung kukunya"
HR. Muslim, No. 245.

24. BERSYAHADAT SETELAH BERWUDUK

((Barangsiapa berwuduk lalu memperbaiki wuduk nya kemudian ia mengucapkan:
أشْهَدُ أنْ لاَّ إلهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأشْهَدُ أنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ ورَسُوْلُُُهُ،
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ

(Saya bersaksi bahwa tiada Tuhan yang haq selain Allah tiada sekutu bagi-Nya, dan saya bersaksi bahwa Muhammad hamba dan utusan-Nya, Ya Allah jadikanlah aku termasuk orang yang bertaubat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bersuci," maka dibukakan baginya pintu-pintu syurga dan ia dapat memasukinya dari pintu mana sahaja yang ia kehendaki" HR. Muslim, No. 234.

25. MENGUCAPKAN DOA SETELAH AZAN

"Barangsiapa mengucapkan doa ketika ia mendengar seruan azan:
اَللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ والصَّلاَةِ القَائِمَةِ, آتِ مُحَمَّداً الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَاماً مَّحْمُوْداً الَّذِيْ وَعَدتَّهُ
((Ya Allah,tuhan yang mensyariakan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan, berilah Muhammad wasilah (darjat paling tinggi di syurga) dan kelebihan, dan bangkitkanlah ia dalam kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya))


maka ia berhak mendapatkan syafa`atku pada hari kiamat"
HR. Bukhari, Juz. II/No. 77.

26. MEMBANGUN MASJID

"Barangsiapa memdirikan sebuah masjid kerana mengharapkan keredhaan Allah maka dibangunkan baginya yang serupa di syurga" HR. Bukhari, No. 450.

27. BERSIWAK

"Seandainya aku tidak mempersulit umatku niscaya aku perintahkan mereka untuk bersiwak pada setiap solat" HR. Bukhari II/No. 331 dan HR. Muslim, No. 252.

28. PERGI KE MASJID

"Barangsiapa berangkat pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang, nescaya Allah mempersiapkan baginya tempat persinggahan di syurga setiap kali ia berangkat pergi pada waktu pagi atau petang" HR. Bukhari, Juz. II/No. 124 dan HR. Muslim, No. 669.

29. SOLAT LIMA WAKTU

"Tiada seorang muslim bila tiba waktu solat fardhu kemudian ia memperbaharui wuduknya, kekhusyu`annya dan ruku`nya kecuali hal itu menjadi pelebur dosa-dosa yang dilakukan sebelumnya selama ia tidak melakukan suatu dosa besar. Dan yang demikian itu berlaku sepanjang masa" HR. Muslim, No. 228.

30. SOLAT SUBUH DAN ASAR
"Barangsiapa solat pada dua waktu pagi dan petang (subuh dan asar) maka ia masuk syurga" HR. Bukhari, Juz. II/No. 43.

31. SOLAT JUMAAT

"Barangsiapa berwuduk lalu memperindahnya, kemudian ia menghadziri sembahyang Jumaat, mendengar dan menyimak (khutbah) maka diampuni dosanya yang terjadi antara Jumaat pada hari itu dengan Jumaat yang lain dan ditambah lagi tiga hari" HR. Muslim, 857.

32. SAAT DIKABULKANNYA PERMOHONAN PADA HARI JUMAAT

"Pada hari ini terdapat suatu saat bilamana seorang hamba muslim bertepatan dengannya sedangkan ia berdiri solat seraya bermohon kepada Allah sesuatu, tiada lain ia akan dikabulkan permohonannya"
HR. Bukhari, Juz. II/No. 344 dan HR. Muslim, No. 852.

33. MENGIRINGI SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNNAT RAWATIB
"Tiada seorang hamba muslim solat kerana Allah setiap hari 12 rakaat sebagai solat sunnat selain solat fardhu, kecuali Allah membangunkan baginya rumah di syurga" HR. Muslim, No. 728.

34. SOLAT 2 (DUA) RAKAAT SETELAH MELAKUKAN DOSA

"Tiada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu ia berwuduk dengan sempurna kemudian berdiri melakukan solat 2 rakaat, lalu memohon ampunan Allah, melainkan Allah mengampuninya" HR. Abu Daud, No.1521.

35. SOLAT MALAM

"Solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (tahajud)"
HR. Muslim, No. 1163.

36. SOLAT DHUHA

"Setiap persendian dari salah seorang di antara kalian pada setiap paginya memiliki kewajiban sedekah, sedangkan setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah, setiap tahlil itu sedekah, setiap takbir itu sedekah, memerintahkan kepada yang makruf itu sedekah dan mencegah dari yang mungkar itu sedekah, tetapi semuanya itu dapat terpenuhi dengan melakukan solat 2 rakaat dhuha" HR. Muslim, No. 720.

37. SELAWAT KEPADA NABI SAW

"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali maka Allah membalas selawatnya itu sebanyak 10 kali" HR. Muslim, No. 384.

38. PUASA
"Tiada seorang hamba berpuasa satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkannya kerana puasa itu dari neraka selama 70 tahun" HR. Bukhari, Juz. VI/No. 35.

39. PUASA 3 (TIGA) HARI PADA SETIAP BULAN

"Puasa 3 (tiga) hari pada setiap bulan merupakan puasa sepanjang masa"
HR. Bukhari, Juz. IV/No. 192 dan HR. Muslim, No. 1159.

40. PUASA 6 (ENAM) HARI PADA BULAN SYAWAL

"Barangsiapa melakukan puasa Ramadhan, lalu ia mengiringinya dengan puasa 6 hari pada bulan Syawal maka hal itu seperti puasa sepanjang masa"
HR. Muslim, 1164.

41. PUASA `ARAFAT
"Puasa pada hari `Arafat (9 Dzulhijjah) dapat melebur (dosa-dosa) tahun yang lalu dan yang akan datang" HR. Muslim, No. 1162.

42. PUASA `ASYURA

"Dan dengan puasa hari `Asyura (10 Muharram) aku berharap kepada Allah dapat melebur dosa-dosa setahun sebelumnya" HR. Muslim,No. 1162.

43. MEMBERI HIDANGAN BERBUKA BAGI ORANG YANG BERPUASA

"Barangsiapa yang memberi hidangan berbuka puasa bagi orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang berpuasa itu, dengan tidak mengurangi pahalanya sedikitpun" HR. Tirmidzi, No. 807.

44. SOLAT DI MALAM LAILATUL QADR

"Barangsiapa mendirikan solat di (malam) Lailatul Qadr kerana iman dan mengharap pahala, necaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"
HR. Bukhari Juz. IV/No. 221 dan HR. Muslim, No. 1165.

45. SEDEKAH
"Sedekah itu menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api"
HR. Tirmidzi, No. 2616.

46. HAJI DAN UMRAH

"Dari umrah ke umrah berikutnya merupakan kaffarah (penebus dosa) yang terjadi di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada balasan baginya kecuali syurga" HR. Muslim, No. 1349.

47. BERAMAL SOLEH PADA 10 HARI BULAN DZULHIJJAH

"Tiada hari-hari, beramal soleh pada saat itu lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini, iaitu 10 hari pada bulan Dzulhijjah. Para sahabat bertanya: "Dan tidak (pula) jihad di jalan Allah? Beliau bersabda: "Tidak (pula) jihad di jalan Allah, kecuali orang yang keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian ia tidak kembali lagi dengan membawa sesuatu apapun"
HR. Bukhari, Juz. II/No. 381.

48. JIHAD DI JALAN ALLAH
"Bersiapsiaga satu hari di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya, dan tempat pecut salah seorang kalian di syurga adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya" HR. Bukhari, Juz. VI/No. 11.

49. INFAQ DI JALAN ALLAH

"Barangsiapa membantu persiapan orang yang berperang maka ia (termasuk) ikut berperang, dan barangsiapa membantu menguruskan keluarga orang yang berperang, maka iapun (juga) termasuk ikut berperang" HR. Bukhari, Juz.VI/No. 37 dan HR. Muslim, No. 1895.

50. MENYEMBAHYANGKAN MAYAT DAN MENGIRINGI JENAZAH
"Barangsiapa ikut menyaksikan jenazah sampai disolatkan maka ia memperoleh pahala satu qirat, dan barangsiapa yang menyaksikannya sampai dikubur maka baginya pahala dua qirat. Lalu dikatakan: "Apakah dua qirat itu?", beliau menjawab: ((Seperti dua gunung besar))" HR. Bukhari, Juz. III/No. 158.

51. MENJAGA LIDAH DAN KEMALUAN

"Siapa yang menjamin bagiku "sesuatu" antara dua dagunya dan dua selangkangannya, maka aku jamin baginya syurga"
HR. Bukhari, Juz. II/No. 264 dan HR. Muslim, No. 265.

52. KEUTAMAAN MENGUCAPKAN LAA ILAHA ILLALLAH DAN SUBHANALLAH WA BI HAMDIH

"Barangsiapa mengucapkan:
((لاَ إلهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ)) sehari seratus kali, maka baginya seperti memerdekakan 10 hamba, dan dicatat baginya 100 kebaikan,dan dihapus darinya 100 kesalahan, serta doanya ini menjadi perisai baginya dari syaitan pada hari itu sampai petang. Dan tak seorangpun yang mampu menyamai hal itu, kecuali seseorang yang melakukannya lebih banyak darinya". Dan beliau bersabda: "Barangsiapa mengucapkan: (( سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ )) satu hari 100 kali, maka dihapuskan dosa-dosanya sekalipun seperti buih di lautan"
HR. Bukhari, Juz. II/No. 168 dan HR. Muslim, No. 2691.

53. MENYINGKIRKAN GANGGUAN DARI JALAN

"Saya telah melihat seseorang bergelimang di dalam kenikmatan syurga disebabkan ia memotong pohon dari tengah-tengah jalan yang mengganggu orang-orang" HR. Muslim.


54. MENDIDIK ANAK PEREMPUAN

"Barangsiapa memiliki tiga anak perempuan, di mana ia melindungi, menyayangi, dan menanggung beban kehidupannya maka ia pasti akan mendapatkan syurga" HR. Ahmad dengan sanad yang baik.

55. BERBUAT BAIK KEPADA HAIWAN

"Ada seseorang melihat seekor anjing yang menjilat-jilat debu kerana kehausan maka orang itu mengambil sepatunya dan memenuhinya dengan air kemudian meminumkannya pada anjing tersebut, maka Allah berterimakasih kepadanya dan memasukkannya ke dalam syurga" HR. Bukhari.

57. MENINGGALKAN PERDEBATAN

"Aku adalah pemimpin rumah di tengah syurga bagi siapa saja yang meninggalkan perdebatan padahal ia dapat memenangkannya"HR. Abu Daud.

58. MENGUNJUNGI SAUDARA-SAUDARA SEIMAN

(Mahukah aku beritahukan kepada kalian tentang para penghuni syurga? Mereka berkata: "Tentu wahai Rasulullah", maka beliau bersabda: "Nabi itu di syurga, orang yang jujur di syurga, dan orang yang mengunjungi saudaranya yang sangat jauh dan dia tidak mengunjunginya kecuali kerana Allah maka ia di syurga")) Hadits hasan, riwayat At-Thabrani.

59. KETAATAN SEORANG ISTERI TERHADAP SUAMINYA

"Apabila seorang perempuan menjaga solatnya yang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menjaga kemaluannya serta menaati suaminya maka ia akan masuk syurga melalui pintu mana saja yang ia kehendaki" HR. Ibnu Hibban, hadits shahih.

60. TIDAK MEMINTA-MINTA KEPADA ORANG LAIN

"Barangsiapa yang menjamin dirinya kepadaku untuk tidak meminta-minta apapun kepada manusia maka aku akan jamin ia masuk surga"
Hadits shahih, riwayat Ahlus Sunan.

Judul Asli: 60 باباً من أبواب الأجر وكفارات الخطايا - دار الوطن
Diterjemahkan oleh: Abdurrauf Amak Lc

Friday, June 24, 2011

Cuba kita renung kata kata ini..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu....

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ....insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba….Allahhuakhbar. ..

Insya Allah
Allahu Akbar !

Friday, June 17, 2011

PENYAKIT JANTUNG

Penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun untuk terbentuk didalam dada secara tidak disedari. Sakit jantung adalah satu penyakit yang mempunyai spektrum yang luas kerana ia berkait dengan masalah lain seperti tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung berfungsi dengan sempurna. Namun, yang paling penting ialah mengawal tekanan darah tinggi supaya jantung tidak terbeban atau tidak terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah keseluruh badan. Apabila jantung dipaksa bekerja lebih kuat daripada sepatutnya, ia boleh menjadi besar (kembang) dan kurang cekap, akhirnya menyebabkan kegagalan jantung bekerja.



Jantung atau kalbu terbahagi kepada dua bahagian iaitu rohani dan jasmani. Jantung yang berupa rohani terbahagi tujuh peringkat atau tahap kehalusan (latihaif) yakni latihaif qalbi, lathaif roh, lathaif sir, lathaif khafi, lathaif akhfa, lathaif natiqah dan lathaif kulu jasad. Jantung adalah pusat atau sumber hidup bagi setiap manusia. Dengan jantunglah manusia atau badan dapat hidup dan bernafas.





Bengkak jantung



Apabila seseorang terbiasa atau membiasakan dirinya bersikap pemarah dalam menghadapi sesuatu perkara yang menyebabkan otak terpaksa berfikir dengan terpaksa, maka ia lah ciri-ciri awal terbentuknya bengkak jantung. Apabila marah itu terbantut dan tidak dapat dilepaskan maka marah tersebut akan bergumpal di dalam ruang bebola jantung. Wap panas daripada perasaan marah yang tidak lepas itu akan melembikkan urat atau saraf-saraf jantung. Disebabkan panas ruang kamar jantung akan berubah membesar dan bengkak.



Seseorang yang pemarah, pada hakikatnya telah memelihara anak iblis atau syaitan. dari masa ke semasa, anak iblis tersebut akan beransur-ansur menjadi remaja dan dewasa. Seterusnya ia akan menguasai seseorang itu dan apabila iblis itu telah menguasai diri seseorang maka perjalanan seseorang itu akan gersang . Justeru, dalam ajaran Islam dilarang keras umatnya bersifat pemarah dan panas baran kerana orang yang bersifat begitu lazimnya dipengaruhi iblis yang dijadikan daripada api yang bernyala-nyala. Maka umat Islam wajib menjauhi sifat pemarah supaya terhindar daripada penyakit bengkak jantung.



"Bukankah Aku telah memerintahkan kamu wahai anak Adam supaya kamu jangan patuh kepada syaitan,

Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu"





Kembalikan fungsi asal jantung

Cara Pertama



Ambil air daripada cucian beras sebanyak tiga gelas, dikisar dengan sebiji buah keras. Bacakan surah Al-Kautsar tujuh kali lalu minum air tersebut sampai habis. Amalkan sekali setiap hari sekurang-kurangnya selama tujuh hari berturut-turut.



Cara Kedua



Selain minum air suam yang mencukupi sukatannya setiap hari yakni enam hingga tujuh gelas sehari, maka dalam masa tujuh hari hendaklah membisakan makan atau minum yang pahit-pahit seperti buah peria, pucuk daun betik dan rebusan air daripada daun hempedu ular kerana darah yang mengandungi campuran pahit tidak mudah dihinggapi kuman, malah ia boleh membantu menguatkan organ.



Di samping membiasakan diri beramal dengan membaca wirid selepas solat fardu lima waktu, ketika menghadapi sesuatu masalah atau perkara yng dipandang agak berat dan rumit, maka hendaklah didahulukan dengan membaca Aauzubilla himinassyaitan nirrajiim (21 kali) lalu tarik nafas perlahan-lahan. Amalan ini adalah sebagai benteng atau taming (perisai) supaya jiwa tidak dipengaruhi bisikan syaitan dalam menghadapi masalah atau perkara rumit tersebut. Insya-Allah sifat pemarah dan perkara rumit tersebut akan beransur-ansur lenyap dan kita akan menjadi manusia yang berfikiran normal, menjadi lebih waras dan bijaksana.



Saluran Pembuluh Tersumbat


Pertama


Pembuluh jantung yang tersumbat kerana lemak dan minyak yang melekat menampal pada dinding saluran pembuluh bahagian dalam jantung. Kebanyakan orang yang menghidapi masalah sumbatan lemak pada dinding bahagian dalam pembuluh jantung adalah orang darahnya bersifat sejuk melebihi daripada sifat panas. Apabila seseorang itu tidak membiasakan diri memanaskan badan dengan bekerja, berjoging, bersenam dan sebagainya, maka sudah tentu minyak dan lemak daripada makanan dan minuman yang dimakan setiap hari akan membeku pada saluran jantung. Apabila sudah terbiasa begini dan tidak ssgera diatasi apa lagi semakin menebal sehingga saluran jantung tersumbat dan tertutup yang berisiko dan bahaya besar pada seseorang termasuk boleh membawa maut secara mengejut.


Kedua


Pembuluh jantung yang tersumbat kerana darah yang membeku di dalam ruang kamar jantung berpunca kerana beberapa faktor termasuk disebabkan seseorang itu pernah terkejut mendengar sesuatu berita atau masalah yang datang secara tiba-tiba atau melihat sesuatu yang memeranjatkan. Maka aliran darah didalam tubuh akan mengejut dan berhimpun masuk ke dalam jantung secara tidak normal. Apabila darah tersebut mengalir untuk keluar dari jantung, dipam oleh organ jantung darah tersebut tersekat-sekat, maka ketika itu jantung akan terasa sakit kerana sekatan daripada darah yang bergumpal dan membeku tersebut.


Kaedah amalan


Ambil serbuk tepung senamaki (sejenis tumbuhan renek) sebanyak tiga sudu teh, kulit limau nipis (tiga biji). Selepas itu dikisar atau ditumbuk lumat, lalu masukkan air sembilan gelas dan panaskan sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis dan ambil airnya, kemudian masukkan sembilan sudu madu lebah asli, lalu gaulkan hingga sebati. Setelah itu bacakan padanya surah Al-Fatihah (sekali), surah Al-Ikhlas (tiga kali) surah Al-Falaq (sekali) surah An-Nas (sekali), ayat Kursyi (sekali) dan surah Al-Hasyir ayat 21 (sekali), lalu minum air tersebut, segelas setiap kali mahu tidur malam selama sembilan malam berturut-turut.


Kaedah amalan rohani


Cara pertama


* Memadailah sekali dalam sehari mengamalkannya atau sekali dalam seminggu iaitu pada sepertiga malam antara jam dua pagi hingga sebelum masuk waktu solat Subuh. Selepas bangun dari tidur, terus melakukan mandi taubat. Baca niat taubat dalam hati, "Nauwwaitul gushlu taubata 'annjami'izzunuubyi sunatan lillaahi Taala". maksudnya, "Sahaja aku mandi taubat daripada sekalian dosa aku (zahir batin) sunat kerana Allah Taala" Dan terus mandi menyiram air bermula dari kepala.


* Selesai mandi, terus ambil wuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Surah yang dibaca dalam rakaat pertama selepas membaca surah Al-Fatihah ialah surah Al-Kafirun dan rakaat kedua surah Al-Ikhlas. Setelah selesai salam, terus lakukan solat sunat tahajud dua rakaat pula dengan membaca ayat Kursyi dan surah Al-Ikhlas selepas membaca Surah Al-Fatihah.


* Selepas salam, duduk bersila dan tetap menghadap ke arah kiblat, lalu tumpukan kepada niat dan tujuan iaitu; "Semoga Allah lenyapkan segala sumbatan yang menyumbat pembuluh jantung dengan Keagungan dan Kebesaran Kalamullah". Lalu baca surah Al-Fatihah (sekali) dengan niat dikirimkan kepada Nabi Muhammad, keluarganya, para sahabatnya dan sekalian Muslimin yang hidup dan yang telah meninggal dunia supaya mendapat limpah syafaat daripada mereka yang menjadi kekasih Allah.


* Selepas itu, ulangi membaca surah Al-Fatihah (sekali) diikuti surah Al-Ikhlas (tiga kali), surah Al-Falaq (sekali), surah An-Nas (sekali), ayat Kursyi (sekali) dan surah Al-Hasyir ayat 21 (tujuh kali). Setiap kali ketika membaca surah Al-Hasyir ayat 21 itu, maka hendaklah tarik nafas ke dalam badan perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan semua surah-surah yang telah dibaca itu ke dalam tubuh kita supaya lenyap segala yang menyumbat saluran pembuluh jantung, lenyap segala kuman perosak itu.



*Setelah selesai tujuh kali baca, maka akhiri dengan bacaan berkat La illaha illaah Muhammad Rasulullah semampunya, tapi jangan kurang daripada 100 kali. Lakukan amalan ini, sebaik-baiknya 21 hari berturut-turut. Insya-Allah anda akan merasa mamfaat dan kesannya.


Cara Kedua



Kaedah dan perturannya hampir sama dengan cara rohani pertama di atas, cuma sedikit berbeza iaitu setelah selesai membaca semua surah di atas dan ketika membaca surah Al-Hasyir ayat 21, kita harus tingkatkan konsentrasi dan tumpuan sehingga seaakan-akan meresap ke dalam lubuk hati/jantung anda sendiri. Itulah tempat sumber hidup atau injap yang berdenyut dan bergerak-gerak.



Apabila jiwa dan fikiran kita meresap ke dalam hati dengan tumpuan terhadap Allah SWT, yakni melupakan ingatan dari enam arah atau enam penjuru - kiri kanan, hadapan belakang, atas bawah - minda kita semata-mata konsentrasi atau khusyuk hanya satu pandangan sahaja, yakni seakan-akan kita berada di pintu hati atau dalam hati kita sendiri sambil melaungkan bacaan Laailahaillaah Hulmalikul Haqqulmubin bermaksud Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Memerintahi Haq lagi Nyata. Dan maksud yang tersirat, Tiada Tuhan melainkan Allah yang melenyapkan, menghapuskan, menyembuhkan penyakit yang dihidap dengan KekuasaanNya Yang Mutlak lagi Nyata.



Kalimat itu harus dibaca terus-menerus dalam hati tanpa mengeluarkan huruf dan suara hanya dengan lafaz dan iktikad perasaan yang penuh konsentrasi sahaja dan lakukan paling kurang selama satu jam atau lebih sehingga rasa dan perasaan kita mengalami seakan-akan (ihsan/yaraahu) tubuh badan kita seakan-akan habis, lenyap dan tidak ada tubuh lagi dan yang tinggal hanya sebutan Laailahaillaah Hulmalikul Haqqulmubin sahaja.



Apabilakita telah penat atau mahu mengakhri wirid amalan ini, kita hendaklah tetap dalam konsentrasi itu sambil menarik nafas perlahan-lahan dengan mengecutkan perut sedikit dan mengembangkan bahagian dada hingga perut dan dada kita terasa agak pehuh. Setelah itu, tahan nafas tersebut seberapa lama yang boleh. Lakukan berulang kali sehingga tujuh kali ulang. Begitulah diamalkan seterusnya hingga penyakit jantung atau sumbatan jantung anda kembali sihat seperti sediakala.

Friday, June 10, 2011

SEMANGAT JUANG MELAWAN MUSIBAH/PENYAKIT

Kita akan berasa khuatir dan cemas sewaktu menanggung musibah yang datang kepada kita sekiranya kita tidak menyedari bahawa kesenangan duniawi ini hanyalah impian atau bayang-bayang yang akan hilang. Jika kesedaran itu dapat menyerap ke dalam jiwa kita, maka kita akan terhibur dalam menanggung musibahnya, maka hati dan jiwa kita akan bangkit dengan kuat untuk melawan musibah dengan hati yang lapang. Menerusi panduan Al-Quran dan hadis dapatlah difahami bahawa tidak satu ummah di dunia ini membawa banyak kebajikan dan kesenangan melainkan akhirnya dipenuhi dengan airmata. Pada hakikatnya, disamping kegembiraan, dunia ini juga dipenuhi dengan dukacita. Begitulah hakikat yang nyata bagi manusia yang mengetahui.



Berkata Ibnu Mas'ud ra "Setiap kesenangan berhubungan dengan kesusahan dan tidak satu rumah pun yang penuh dengan kesenangan kecuali akan penuh pula dengan kesusahan." Berkata pula Ibnu Sirin: Tidak suatu gelak ketawa pun kecuali akan diikuti pula oleh tangis sesudahnya." Bermakna seseorang itu tidak akan dapat menerima derita musibah yang menimpa jika dia tidak mengerti hakikat hidup ini. Semua keterangannya terdapat dalam Al-Quran dan hadis Nabi SAW.



Al-Quran adalah kata-kata Allah SWT dan dapatlah disimpulkan bahawa Al-Quran adalah penawar segala penyakit menjadi ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit hati dan badan. Menjadi tempat kehidupan dan tempat kembali dunia dan akhirat. Tidak ada ubat yang lebih bermanfaat untuk menyembuhkan hati selain Al-Quran. Dialah ubat penyakit hati yang penuh sempurna. Ia tidak pernah meninggalkan suatu pun di dalam hati melainkan disembuhkannya. Ia memelihara kesihatan yang mutlak dan melindungi dengan sempurna segala penyakit dan bahaya.






Namun, hati orang Islam, kebanyakannya berpaling dari Al-Quran kerana mereka tidak mengamalkan resipinya sebagaimana orang sakit mematuhi arahan dan aturan doktor. Mereka meninggalkan Penyembuh, padahal mereka sakit dan minta disembuhkan. Hakikatnya, orang Islam yang tidak mengendahkan ubat teragung ini untuk mengubati penyakit jiwa dan raga mereka akan menyebabkan penyakit mereka bertambah kronik yang sukar diubati, malah jiwa mereka akan lebih parah jika ditimpa suatu musibah.






Justeru kembalilah kepada Al-Quran dan Hadis sebagai ubat teragung yang boleh menyembuhkan penyakit yang belum dapat disembuhkan manusia sendiri.






Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami bermohon dan berdoa kepadaMU, doa yang berserta ayat-ayat Engkau, dengan berkat kemuliaan dan keagungan kalam Engkau Al-Quran, dengan berkat setiap surah dari Al-Quran, dengan berkat setiap kalimat dari ayat-ayat Al-Quran dan dari berkat yang terkandung dari setiap huruf dari Al-Quran,



Maka lenyaplah sekalian penyakit yang sedang kami deritai/hidapi, lenyaplah sekalian serta bibit-bibitnya dan terhindar kami daripada segala penyakit dan musibah lainnya.



Ampuni sekalian dosa kami dari dunia sampai akhirat.



Jadikanlah kami orang Mukmin yang benar-benar bergantung harap kepadaMu sahaja.



Jadikanlah hidup kami ini sentiasa sihat walafiat, tenteram dan bahagia.



Ya Allah Ya Tuhan kami, rahmat Engkaulah yang kami harapkan, keredhaan Engkaulah yang kami tuntut dalam hidup ini !!!



Amin Ya Robbalalamin...



Friday, June 3, 2011

KAEDAH PENGUBATAN GUNA AYAT-AAT SUCI

Bagi kita yang menghidap penyakit kronik, cubalah menyelami ke dalam nadi Al-Quran itu yang berada dalam lubuk hati anda sendiri. Selepas itu amalkan kaedah seperti di bawah ini.






Baca surah Al -Fatihah (sekali), surah Al-Ikhlas (tiga kali) dan Selawat Nabi (tiga kali ), lalu tumpukan perhatian anda kepada hati dan jantung anda sendiri. Setelah khusyuk terhadapnya, ikutilah gerak nadi jantung dengan menyebut-nyebut kalimah Allah, Allah, Allah terus menerus sehinggahlah hati kita itu sendiri yang ingin berhenti atau istirehat menyebut kalimat isbat tersebut. Jangan izinkan nafsu mempengaruhi hati untuk berhenti menyebut-nyebut nama Allah, Allah. Allah. Lakukan amalan wirid ini tanpa jemu dan malas kerana ia berupa perintah tegas daripada Allah SWT sebagaimana FirmanNya dalam surah Al-Muzammil ayat 8-9 yang bermaksud: "Dan berzikirlah menyebut nama Allah dan tumpukan perhatianmu kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan (khusyuk). Dialah Tuhan timur dan barat. Tiada Tuhan melainkan Dia. maka jadilah Dia penjaga, pemelihara dan menyempurnakan urusanmu"






Cara pengubatan seperti ini sebenarnya sudah dilakukan sejak turun-temurun oleh ahli syufah di Madinah di zaman Rasulullah dahulu, walaupun di zaman sekarang diabaikan oleh kebanyakkan umat Islam. Begitu juga dengan jiwa atau rohani manusia , jika tubuh badan sihat tetapi batin atau jiwanya sakit maka hidupnya tetap sengsara, seumpama sengsaranya tubuh yang sakit itu. Sebagai seorang Islam yang mukhlis dan jujur, Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW agar disampaikan berita gembira kepada umat Islam, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: "Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu)orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'innalillahi wainna ilahirajiun'. Mereka itulah orang-orang yang mendapat keberkatan yang sempurna dari Tuhan mereka". surah Al-Baqarah ayat 155-157.






Disebutkan di dalam Al-Musnad bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud; "Tidak seseorang pun yang tertimpa musibah lalu dia mengucapkan: "Sesunguhnya aku adalah milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali. Ya Allah, berilah aku pahala daripada musibah yang aku deritai sekarang dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya". Kalimat-kalimat ini merupakan ubat yang paling berpengaruh bagi orang-orang yang ditimpa musibah dan paling bermanfaat baginya di dunia dan akhirat. Hal ini disebabkan kalimat-kalimat itu mengandungi dua kekuatan yang besar dan jika difahami dengan fikiran yang waras dan sedar sebagai seorang Muslim, maka dia akan terhibur terhadap musibah yang dideritanya, sama ada musibah zahir atau batin.

Friday, May 27, 2011

PENYAKIT KANSER PAYUDARA

"Dan Kami turunkan Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman"




Penyakit kanser payudara memang digeruni terutama wanita. Setiap wanita dewasa sudah pasti gementar apabila disahkan doktor menghidap barah payudara kerana penyakit itu memang sukar diubati dan boleh membawa maut. Penyakit kanser payudara ini mungkin terjadi disebabkan apabila saluran sel-sel atau jaringan organ payudara tersumbat oleh minyak dan lemak daripada makanan dan minuman yang membeku pada jaringan dalam payudara. Justeru bagi isteri dianjurkan agar suaminya rajin melihat dan merawat payudaranya terutama pada sekeliling buah dada sebelum tidur dan sebagainya. Bagi wanita yang masih mempunyai bayi yang sedang menyusu, seharusnya rajin memberi anaknya susu ibu dengan teratur selama dua tahun dan jangan terlalu bergantung pada susu dalam tin (sama ada tepung atau cecair).




Berdasarkan pengubatan al-Quran, kanser payudara terbahagi kepada dua jenis iaitu kanser segar yang berupa daging yang bercampur lemak membeku dan berakar laksana akar bijidaripada buah kedondong. Jenis kedua adalah ketumbuhan dalam jaringan payudara yang mengandungi unsur panas membara dan berdenyut laksana disentuh api. Pada peringkat awal, kanser tidak terasa sakit. Semakin lama kian membesar dan apabila urat-urat atau saluran darah terhalang kerana bengkaknya semakin membesar, maka ketika itu barulah menyedari bahawa dia menghidap kanser payudara.





KAEDAH MERAWAT SENDIRI



Sebelum mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan atau dirawat dengan pelbagai peralatan canggih di hospital termasuk membuang payudara yang sudah rosak atau dikemoterapi, adalah lebih baik merawat sendiri dan mengubati dulu dengan mengamalkan petua di bawah ini.




PERTAMA




Sebelum tidur malam, rebus beras kira-kira segenggam sampai bertukar hampir menjadi lontong atau nasi himpit. Dalam keadaan panas masukkan ke dalam satu plastik ikat dengan getah dan bungkus kali kedua dengan kain yang agak tebal. Selepas itu ikat semula dengan tali atau supaya tidak terburai.




1. Bacakan surah Al-Fatihah sekali



2. Bacakan surah Al-Al-Ikhlas tiga kali



3.Selawat Nabi tiga kali




Dengan niat bersungguh-sungguh di dalam hati supaya penyakit kanser itu dilenyapkan oleh Allah SWT dengan berkat kemuliaan surah-surah yang telah dibaca itu dan setelah selesai membaca bacaan tersebut , lalu urut-urutkan bungkusan nasi panas itu ke payudara hingga panasnya meresap ke dalam payudara sambil membaca kalimat takbir - Allahu Akbar terus menerus sampai nasi itu dingin. Lakukan kaedah ini setiap malam sebelum tidur selama 21 malam. Insya-Allah anda akan melihat manfaatnya.




KEDUA




Ambil sepotong halia tua sebesar ibu jari dikisar (blender) dengan segelas air lalu panaskan sehingga mendidih. Setelah dingin tapis dan ambil airnya lalu masukkan tiga sudu madu lebah yang asli, tiga sudu air rebusan daun sanna, lalu bacalah;


1. Surah Al-Fatihah- sekali



2. Surah Al-Ikhlas - sekali



3. Surah Al-Falaq - sekali



4. Surah An-Nas - sekali



5. Ayat Kuryi - sekali



6 Surah Al-Hasyir ayat 21 -tujuh kali




Selepas itu minumlah air ramuan ubat tersebut sekali sahari selama 21 hari.





KETIGA




Semasa mengamalkan minum ubat tersebut diatas, bangun pada sepertiga malam (jam dua pagi hingga menjelang Subuh), lakukan dahulu mandi taubat, baca niat dalam hati sebelum menyiram air mandi yang niatnya:-




" Nawwaitu ghuslu taubata 'annjamiizzunuubi sunnatan lillaahi Taala"



bermaksud



"Sahaja aku mandi taubat dari sekelian dosa aku sunat kerana Allah Taala"




lalu terus bersiram mandi dan selepas mandi terus ambil wuduk dan lakukan solat taubat kerana dua rakaat yang niatnya;



"Ushalli sunnatat taubata, rakaataini sunnatan lillahi Taala"



bermaksud



"Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala"



Pada rakaat pertama selepas baca surah Al-Fatihah, bacalah surah Al-Kafirun , rakaat kedua selepas baca surah AlFatihah, bacalah surah Al-Ikhlas dan selepas salam, duduk bersila sambil membaca surah Al-Fatihah sekali, surah Al-Ikhlas tiga kali dengan niat dikirimkan bacaan surah-surah tersebut kepada Nabi SAW, kepada ahli keluarganya para sahabatnya dan sekaliankaum Muslimin dan Muslimat.





KEEMPAT





Selepas itu baca kembali surah Al-Fatihah (sekali), surah Al-Ikhlas (tiga kali), surah Al-Fil (21 kali) dan ketika setiap kali baca surah Al-Fil tersebut maka hendaklh dihembuskan atau ditiup pada ketulan kanser pada payudara tersebut dan diingat dalam hati maksud atau erti ayat terakhir dari surah Al-Fil itu, yakni maka hancurluluh penyakit kanser payudara tersebut laksana daun dimakan ulat. Begitu diulang-ulang bacaan tersebut sebanyak 21 kali selama meminum ubat tersebut.




Sebagai manusia kita hanya berusaha dan berikhtiar. Kita wajib yakin bahawa Allah SWT amat mudah bagiNya untuk melenyapkan penyakit itu kembali menjadi air, menjadi angin, menjadi peluh dan sebagainya, dengan berkat kemuliaan dan keagungan wahyuNya yang berupa surah-surah yang dibaca itu dan berkat kemuliaan Nabi Muhammad SAW. Dan sebagai seorang Islam kita wajib meyakini bahawa tidak ada suatu penyakit pun yang mampu melawan Firman Allah SWT .








Friday, May 20, 2011

PENYAKIT KANSER USUS

AL-QURAN ITU PENAWAR




"Dan setiap penyakit itu ada ubatnya, maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah Azza Wajalla."








Doa-doa yang dibaca, pada hakikatnya bukan merupakan faktor utama kesembuhan. Doa-doa yang dilafazkan hanya salah satu usaha rawatan, ataupun usaha untuk memperoleh kesihatan yang baik. Kesembuhan yang sebenar adalah kemakbulan dari Allah SWT apabila doa-doa yang dibaca itu dikabulkan. Kemustajaban doa yang dibaca pula berkait rapat dengan tahap ataupun kualiti diri seseorang di sisi Allah. Semakin dekat seseorang itu kepada Allah, maka semakin mudah doa-doa yang dipohon itu dikabulkan. Orang yang hampir kepada Allah ialah mereka yang bersifat ikhlas warak, zuhud dan taqwa. Apabila seorang hamba itu hampir kepada Allah, maka Allah akan mengasihinya. Orang-orang yang dikasihi Allah ialah merka yang melakukan amalan-amalan yang difardukan, juga amalan sunat secara istiqamah selain memiliki akhlak mulia. Allah akan memberi kekuatan dan memperkenankan doa-doa seandainya seseorang itu memohon keselamatan dan perlindungan daripada pelbagai jenis penyakit.










Kaedah Rawatan Penyakit Kanser Usus








Pertama







1. Ambil 21 helai pucuk daun jambu batu.







2. Satu biji buah keras







3. Diblender dengan segelas air masak suam, kedua bahan tadi.







4. Ditapis ambil airnya







5. Bacakan padanya satu kali surah Al-Fatihah







6. Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali







7. Surah Al-Kautsar sebanyak tiga kali







8. Selawat keatas Nabi tiga kali .








Lalu minum tatkala mahu tidur malam sahaja. Amalkan sekali setiap malam selama tujuh malam berturut-turut.











Kedua







1. Tiga sudu kecil (sudu teh ) serbuk teh asli







2. Tiga potong sebesar ibu jari tangan kulit manggis yang masak hitam







3. Diremdam kedua-duanya dengan segelas air panas







4. Setelah sejuk/dingin tapis air ambil airnya







5. Diblender satu biji isi buah keras bersama dengan bahan-bahan tadi






6. Bacakan padanya satu kali surah Al-Fatihah







7. Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali







8. Surah Al-Kautsar sebanyak tiga kali







9. Selawat keatas Nabi tiga kali .







Lalu minum tatkala mahu tidur malam sahaja. Amalkan sekali setiap malam selama tujuh malam berturut-turut.

Friday, May 13, 2011

PENYAKIT KANSER (BAHAGIAN LUAR)

AL-QURAN ITU PENAWAR





"Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya, maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin dengan izin Allah Azza Wajallah"




Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Segala puji-pujian ke hadrat Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam semesta. Kita berharap dan memanjatkan doa agar sentiasa di dalam keadaan sihat walafiat sepanjang masa namun jika kita jatuh sakit - sama ada ringan atau berat - itu adalah ujian daripada Allah. Kita tidak harus sedih dan berduka kerana setiap penyakit ada ubatnya. Allah SWT yang menjadikan penyakit dan Dialah yang menyediakan penawarnya. Setiap sesuatu yang terjadi termasuk ditimpa penyakit mempunyai sebab musabab yang secara langsung berkait dengan rahsia Ilahi yang tidak difahami manusia atau tidak terjangkau minda manusia untuk memikirnya. Allah menyuruh setiap hambanya agar berikhtiar, berdoa dan memohon kepadaNya dan Allah akan memperkenankannya, sama ada cepat atau lambat, dikabulkan ketika seseorang itu hidup di dunia ataupun di akhirat kelak. Justeru, bukan sesuatu yang mustahil doa-doa yang dibaca oleh seseorang itu boleh membantu menyembuhkan penyakit dengan izin Allah biar betapa berat derita yang ditanggung atau betapa besar masalah yang terpaksa digalas.



Mari kita sama-sama berkongsi petua amalan-amalan yang perlu dilakaukan untuk penawar beberapa penyakit.



PENYAKIT KANSER (BAHAGIAN LUAR)




Cara Pertama



Setiap kali selepas solat fardu lima waktu:-



1. Bacalah surah Al-Fatihah - satu kali



2. Baca pula surah Al-Ikhlas - tiga kali



3. Selawat Nabi - tiga kali



4. Teruskan membaca surah Al-Fil - 21 kali



(Setiap satu kali baca surah Al-Fil tersebut hendaklah ditiupkan atau dihembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut dan setiap menghembuskan itu hendaklah ingat maksud niat dalam hati seperti, "Ya Allah lenyapkanlah penyakit kanser ini" sebagaimana hancur dan lenyapnya tentera pasukan bergajah seperti yang dinyatakan dalam ayat terakhir dalam surah Al-Fil. Lakukan 21 kali tiupan.)



Begitulah dilakukan setiap kali selepas solat lima waktu selama 21 hari!





Cara Kedua



1. Ambil tujuh gelas air dari tempat yang deras/jeram.



2. Letakkan dalam satu bekas



3. Lalu masukkan tujuh butir garam kasar.



4. Bacakan surah Al-Fil - tujuh kali



5. Baca ayat ke-105 dari surah Thaha - 21 kali


(yang ertinya "Dan mereka bertanya kepada engkau tentang gunung-gunung -bengkak, - maka katakan, 'Tuhan akan menghancurkan dengan sehancur-hancurnya.")



6. Setelah selesai dibacakan surah dan ayat tersebut, setiap kali selepas menunaikan solat Asar, sapukan air ubat tersebut pada penyakit kanser itu, dan lakukan selama 21 hari berturut-turut.



Friday, May 6, 2011

DOA ORANG YANG TERANIAYA

Doa yang diucapkan oleh seseorang yang teraniaya itu, baik penganiayaan itu bersifat jasmani atau fisikal disakiti badannya, dipukul, dilukai dan diinjak-injak mahupun bersifat rohani atau jiwanya terganggu dicemari namanya atau yang bersifat material dirampas harta bendanya atau kedudukannya secara tidak halal atau adil sehingga hidupnya menderita, terlantar dan ketika disaat itu dia bermohon dan berdoa kepada Allah maka doanya itu sangat makbul ertinya dikabulkan oleh Allah. Apalagi kalau penganiayaan sampai menyengsarakan hidup anak-anak dan isterinya atau keturunannya yang tidak turut bersalah, maka doanya orang yang teraniaya itu akan lebih makbul. Pada suatu ketika nanti orang yang menganiaya itu akan dapat merasa pembalasan Tuhan terhadap dirinya.






Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-






"Doa orang yang teraniaya itu diangkatkan Tuhan ke langit menembus segala awan dan menembus akan pintu-pintu langit, lalu doa itu diterima langsung oleh Allah dengan berfirman : Demi seluruh kekuasaan yang ada padaKu suatu waktu Aku akan membelamu"






Oleh kerana itu hindarkanlah diri dari membuat aniaya terhadap orang lain siapa jua pun kerana penganiayaan itu sangat dimurkai Allah dan orang yang sudah melakukan penganiayaan pasti tidak akan dibiarkan terlepas begitu sahaja oleh Allah, pasti akan mendapat kutukkan dan balasan siksa dari Allah. Dan barangsiapa yang merasa dirinya teraniaya haruslah berdoa kepada Allah meminta pertolongan dan perlindungan dari kekejaman penganiayaan itu.






Dari zaman dahulukala hingga zaman sekarang yang serba maju dan modern ini penganiayaan-penganiayaan bukan semakin berkurangan malah bertambah. Di dunia sekarang ini makin ramai orang yang teraniaya dalam hidupnya. yang kebanyakan terdiri dari mereka yang lemah, bodoh dan melarat. Disinilah letaknya rahsia mengapa dunia ini tidak sunyi dari malapertaka yang silih berganti. Itu mungkin kutukan dari Allah kerana masih ramai manusia yang teraniaya.






Marilah kita hindarkan diri kita masing-masing dari sifat dan perbuatan menganiaya terhadap mereka yang lemah agar kita dan keturunan kita terhindar dari kutukan Allah.



Friday, April 29, 2011

APA ITU KANSER

Sudah hampir setahun aku disahkan olih doktor mengidap penyakit kanser NHL (Non-Hodgkin Lymphoma ) tahap 2e. Tapi tahu tak anda apa itu kanser? Mari kita sama berkongsi infomasi tentang kanser.




The body is made up of hundreds of millions of living cells. Normal body cells grow, divide, and die in an orderly way. During the early years of a person's life, normal cells divide faster to allow the person to grow. After the person becomes an adult, most cells divide only to replace worn-out, damaged, or dying cells.


Cancer begins when cells in a part of the body start to grow out of control. There are many kinds of cancer, but they all start because of this out-of-control growth of abnormal cells.


Cancer cell growth is different from normal cell growth. Instead of dying, cancer cells keep on growing and form new cancer cells. These cancer cells can grow into (invade) other tissues, something that normal cells cannot do. Being able to grow out of control and invade other tissues are what makes a cell a cancer cell.


In most cases the cancer cells form a tumor. But some cancers, like leukemia, rarely form tumors. Instead, these cancer cells are in the blood and bone marrow.


When cancer cells get into the bloodstream or lymph vessels, they can travel to other parts of the body. There they begin to grow and form new tumors that replace normal tissue. This process is called metastasis (muh-tas-tuh-sis).


No matter where a cancer may spread, it is always named for the place where it started. For instance, breast cancer that has spread to the liver is still called breast cancer, not liver cancer. Likewise, prostate cancer that has spread to the bone is called metastatic prostate cancer, not bone cancer.


Different types of cancer can behave very differently. For example, lung cancer and breast cancer are very different diseases. They grow at different rates and respond to different treatments. That is why people with cancer need treatment that is aimed at their own kind of cancer.


Not all tumors are cancerous. Tumors that aren't cancer are called benign (be-nine). Benign tumors can cause problems-- they can grow very large and press on healthy organs and tissues. But they cannot grow into other tissues. Because of this, they also can't spread to other parts of the body (metastasize). These tumors are almost never life threatening.