Friday, June 17, 2011

PENYAKIT JANTUNG

Penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun untuk terbentuk didalam dada secara tidak disedari. Sakit jantung adalah satu penyakit yang mempunyai spektrum yang luas kerana ia berkait dengan masalah lain seperti tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung berfungsi dengan sempurna. Namun, yang paling penting ialah mengawal tekanan darah tinggi supaya jantung tidak terbeban atau tidak terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah keseluruh badan. Apabila jantung dipaksa bekerja lebih kuat daripada sepatutnya, ia boleh menjadi besar (kembang) dan kurang cekap, akhirnya menyebabkan kegagalan jantung bekerja.



Jantung atau kalbu terbahagi kepada dua bahagian iaitu rohani dan jasmani. Jantung yang berupa rohani terbahagi tujuh peringkat atau tahap kehalusan (latihaif) yakni latihaif qalbi, lathaif roh, lathaif sir, lathaif khafi, lathaif akhfa, lathaif natiqah dan lathaif kulu jasad. Jantung adalah pusat atau sumber hidup bagi setiap manusia. Dengan jantunglah manusia atau badan dapat hidup dan bernafas.





Bengkak jantung



Apabila seseorang terbiasa atau membiasakan dirinya bersikap pemarah dalam menghadapi sesuatu perkara yang menyebabkan otak terpaksa berfikir dengan terpaksa, maka ia lah ciri-ciri awal terbentuknya bengkak jantung. Apabila marah itu terbantut dan tidak dapat dilepaskan maka marah tersebut akan bergumpal di dalam ruang bebola jantung. Wap panas daripada perasaan marah yang tidak lepas itu akan melembikkan urat atau saraf-saraf jantung. Disebabkan panas ruang kamar jantung akan berubah membesar dan bengkak.



Seseorang yang pemarah, pada hakikatnya telah memelihara anak iblis atau syaitan. dari masa ke semasa, anak iblis tersebut akan beransur-ansur menjadi remaja dan dewasa. Seterusnya ia akan menguasai seseorang itu dan apabila iblis itu telah menguasai diri seseorang maka perjalanan seseorang itu akan gersang . Justeru, dalam ajaran Islam dilarang keras umatnya bersifat pemarah dan panas baran kerana orang yang bersifat begitu lazimnya dipengaruhi iblis yang dijadikan daripada api yang bernyala-nyala. Maka umat Islam wajib menjauhi sifat pemarah supaya terhindar daripada penyakit bengkak jantung.



"Bukankah Aku telah memerintahkan kamu wahai anak Adam supaya kamu jangan patuh kepada syaitan,

Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu"





Kembalikan fungsi asal jantung

Cara Pertama



Ambil air daripada cucian beras sebanyak tiga gelas, dikisar dengan sebiji buah keras. Bacakan surah Al-Kautsar tujuh kali lalu minum air tersebut sampai habis. Amalkan sekali setiap hari sekurang-kurangnya selama tujuh hari berturut-turut.



Cara Kedua



Selain minum air suam yang mencukupi sukatannya setiap hari yakni enam hingga tujuh gelas sehari, maka dalam masa tujuh hari hendaklah membisakan makan atau minum yang pahit-pahit seperti buah peria, pucuk daun betik dan rebusan air daripada daun hempedu ular kerana darah yang mengandungi campuran pahit tidak mudah dihinggapi kuman, malah ia boleh membantu menguatkan organ.



Di samping membiasakan diri beramal dengan membaca wirid selepas solat fardu lima waktu, ketika menghadapi sesuatu masalah atau perkara yng dipandang agak berat dan rumit, maka hendaklah didahulukan dengan membaca Aauzubilla himinassyaitan nirrajiim (21 kali) lalu tarik nafas perlahan-lahan. Amalan ini adalah sebagai benteng atau taming (perisai) supaya jiwa tidak dipengaruhi bisikan syaitan dalam menghadapi masalah atau perkara rumit tersebut. Insya-Allah sifat pemarah dan perkara rumit tersebut akan beransur-ansur lenyap dan kita akan menjadi manusia yang berfikiran normal, menjadi lebih waras dan bijaksana.



Saluran Pembuluh Tersumbat


Pertama


Pembuluh jantung yang tersumbat kerana lemak dan minyak yang melekat menampal pada dinding saluran pembuluh bahagian dalam jantung. Kebanyakan orang yang menghidapi masalah sumbatan lemak pada dinding bahagian dalam pembuluh jantung adalah orang darahnya bersifat sejuk melebihi daripada sifat panas. Apabila seseorang itu tidak membiasakan diri memanaskan badan dengan bekerja, berjoging, bersenam dan sebagainya, maka sudah tentu minyak dan lemak daripada makanan dan minuman yang dimakan setiap hari akan membeku pada saluran jantung. Apabila sudah terbiasa begini dan tidak ssgera diatasi apa lagi semakin menebal sehingga saluran jantung tersumbat dan tertutup yang berisiko dan bahaya besar pada seseorang termasuk boleh membawa maut secara mengejut.


Kedua


Pembuluh jantung yang tersumbat kerana darah yang membeku di dalam ruang kamar jantung berpunca kerana beberapa faktor termasuk disebabkan seseorang itu pernah terkejut mendengar sesuatu berita atau masalah yang datang secara tiba-tiba atau melihat sesuatu yang memeranjatkan. Maka aliran darah didalam tubuh akan mengejut dan berhimpun masuk ke dalam jantung secara tidak normal. Apabila darah tersebut mengalir untuk keluar dari jantung, dipam oleh organ jantung darah tersebut tersekat-sekat, maka ketika itu jantung akan terasa sakit kerana sekatan daripada darah yang bergumpal dan membeku tersebut.


Kaedah amalan


Ambil serbuk tepung senamaki (sejenis tumbuhan renek) sebanyak tiga sudu teh, kulit limau nipis (tiga biji). Selepas itu dikisar atau ditumbuk lumat, lalu masukkan air sembilan gelas dan panaskan sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis dan ambil airnya, kemudian masukkan sembilan sudu madu lebah asli, lalu gaulkan hingga sebati. Setelah itu bacakan padanya surah Al-Fatihah (sekali), surah Al-Ikhlas (tiga kali) surah Al-Falaq (sekali) surah An-Nas (sekali), ayat Kursyi (sekali) dan surah Al-Hasyir ayat 21 (sekali), lalu minum air tersebut, segelas setiap kali mahu tidur malam selama sembilan malam berturut-turut.


Kaedah amalan rohani


Cara pertama


* Memadailah sekali dalam sehari mengamalkannya atau sekali dalam seminggu iaitu pada sepertiga malam antara jam dua pagi hingga sebelum masuk waktu solat Subuh. Selepas bangun dari tidur, terus melakukan mandi taubat. Baca niat taubat dalam hati, "Nauwwaitul gushlu taubata 'annjami'izzunuubyi sunatan lillaahi Taala". maksudnya, "Sahaja aku mandi taubat daripada sekalian dosa aku (zahir batin) sunat kerana Allah Taala" Dan terus mandi menyiram air bermula dari kepala.


* Selesai mandi, terus ambil wuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Surah yang dibaca dalam rakaat pertama selepas membaca surah Al-Fatihah ialah surah Al-Kafirun dan rakaat kedua surah Al-Ikhlas. Setelah selesai salam, terus lakukan solat sunat tahajud dua rakaat pula dengan membaca ayat Kursyi dan surah Al-Ikhlas selepas membaca Surah Al-Fatihah.


* Selepas salam, duduk bersila dan tetap menghadap ke arah kiblat, lalu tumpukan kepada niat dan tujuan iaitu; "Semoga Allah lenyapkan segala sumbatan yang menyumbat pembuluh jantung dengan Keagungan dan Kebesaran Kalamullah". Lalu baca surah Al-Fatihah (sekali) dengan niat dikirimkan kepada Nabi Muhammad, keluarganya, para sahabatnya dan sekalian Muslimin yang hidup dan yang telah meninggal dunia supaya mendapat limpah syafaat daripada mereka yang menjadi kekasih Allah.


* Selepas itu, ulangi membaca surah Al-Fatihah (sekali) diikuti surah Al-Ikhlas (tiga kali), surah Al-Falaq (sekali), surah An-Nas (sekali), ayat Kursyi (sekali) dan surah Al-Hasyir ayat 21 (tujuh kali). Setiap kali ketika membaca surah Al-Hasyir ayat 21 itu, maka hendaklah tarik nafas ke dalam badan perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan semua surah-surah yang telah dibaca itu ke dalam tubuh kita supaya lenyap segala yang menyumbat saluran pembuluh jantung, lenyap segala kuman perosak itu.



*Setelah selesai tujuh kali baca, maka akhiri dengan bacaan berkat La illaha illaah Muhammad Rasulullah semampunya, tapi jangan kurang daripada 100 kali. Lakukan amalan ini, sebaik-baiknya 21 hari berturut-turut. Insya-Allah anda akan merasa mamfaat dan kesannya.


Cara Kedua



Kaedah dan perturannya hampir sama dengan cara rohani pertama di atas, cuma sedikit berbeza iaitu setelah selesai membaca semua surah di atas dan ketika membaca surah Al-Hasyir ayat 21, kita harus tingkatkan konsentrasi dan tumpuan sehingga seaakan-akan meresap ke dalam lubuk hati/jantung anda sendiri. Itulah tempat sumber hidup atau injap yang berdenyut dan bergerak-gerak.



Apabila jiwa dan fikiran kita meresap ke dalam hati dengan tumpuan terhadap Allah SWT, yakni melupakan ingatan dari enam arah atau enam penjuru - kiri kanan, hadapan belakang, atas bawah - minda kita semata-mata konsentrasi atau khusyuk hanya satu pandangan sahaja, yakni seakan-akan kita berada di pintu hati atau dalam hati kita sendiri sambil melaungkan bacaan Laailahaillaah Hulmalikul Haqqulmubin bermaksud Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Memerintahi Haq lagi Nyata. Dan maksud yang tersirat, Tiada Tuhan melainkan Allah yang melenyapkan, menghapuskan, menyembuhkan penyakit yang dihidap dengan KekuasaanNya Yang Mutlak lagi Nyata.



Kalimat itu harus dibaca terus-menerus dalam hati tanpa mengeluarkan huruf dan suara hanya dengan lafaz dan iktikad perasaan yang penuh konsentrasi sahaja dan lakukan paling kurang selama satu jam atau lebih sehingga rasa dan perasaan kita mengalami seakan-akan (ihsan/yaraahu) tubuh badan kita seakan-akan habis, lenyap dan tidak ada tubuh lagi dan yang tinggal hanya sebutan Laailahaillaah Hulmalikul Haqqulmubin sahaja.



Apabilakita telah penat atau mahu mengakhri wirid amalan ini, kita hendaklah tetap dalam konsentrasi itu sambil menarik nafas perlahan-lahan dengan mengecutkan perut sedikit dan mengembangkan bahagian dada hingga perut dan dada kita terasa agak pehuh. Setelah itu, tahan nafas tersebut seberapa lama yang boleh. Lakukan berulang kali sehingga tujuh kali ulang. Begitulah diamalkan seterusnya hingga penyakit jantung atau sumbatan jantung anda kembali sihat seperti sediakala.

No comments:

Post a Comment