"Dan Kami turunkan Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman"
Penyakit kanser payudara memang digeruni terutama wanita. Setiap wanita dewasa sudah pasti gementar apabila disahkan doktor menghidap barah payudara kerana penyakit itu memang sukar diubati dan boleh membawa maut. Penyakit kanser payudara ini mungkin terjadi disebabkan apabila saluran sel-sel atau jaringan organ payudara tersumbat oleh minyak dan lemak daripada makanan dan minuman yang membeku pada jaringan dalam payudara. Justeru bagi isteri dianjurkan agar suaminya rajin melihat dan merawat payudaranya terutama pada sekeliling buah dada sebelum tidur dan sebagainya. Bagi wanita yang masih mempunyai bayi yang sedang menyusu, seharusnya rajin memberi anaknya susu ibu dengan teratur selama dua tahun dan jangan terlalu bergantung pada susu dalam tin (sama ada tepung atau cecair).
Berdasarkan pengubatan al-Quran, kanser payudara terbahagi kepada dua jenis iaitu kanser segar yang berupa daging yang bercampur lemak membeku dan berakar laksana akar bijidaripada buah kedondong. Jenis kedua adalah ketumbuhan dalam jaringan payudara yang mengandungi unsur panas membara dan berdenyut laksana disentuh api. Pada peringkat awal, kanser tidak terasa sakit. Semakin lama kian membesar dan apabila urat-urat atau saluran darah terhalang kerana bengkaknya semakin membesar, maka ketika itu barulah menyedari bahawa dia menghidap kanser payudara.
KAEDAH MERAWAT SENDIRI
Sebelum mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan atau dirawat dengan pelbagai peralatan canggih di hospital termasuk membuang payudara yang sudah rosak atau dikemoterapi, adalah lebih baik merawat sendiri dan mengubati dulu dengan mengamalkan petua di bawah ini.
PERTAMA
Sebelum tidur malam, rebus beras kira-kira segenggam sampai bertukar hampir menjadi lontong atau nasi himpit. Dalam keadaan panas masukkan ke dalam satu plastik ikat dengan getah dan bungkus kali kedua dengan kain yang agak tebal. Selepas itu ikat semula dengan tali atau supaya tidak terburai.
1. Bacakan surah Al-Fatihah sekali
2. Bacakan surah Al-Al-Ikhlas tiga kali
3.Selawat Nabi tiga kali
Dengan niat bersungguh-sungguh di dalam hati supaya penyakit kanser itu dilenyapkan oleh Allah SWT dengan berkat kemuliaan surah-surah yang telah dibaca itu dan setelah selesai membaca bacaan tersebut , lalu urut-urutkan bungkusan nasi panas itu ke payudara hingga panasnya meresap ke dalam payudara sambil membaca kalimat takbir - Allahu Akbar terus menerus sampai nasi itu dingin. Lakukan kaedah ini setiap malam sebelum tidur selama 21 malam. Insya-Allah anda akan melihat manfaatnya.
KEDUA
Ambil sepotong halia tua sebesar ibu jari dikisar (blender) dengan segelas air lalu panaskan sehingga mendidih. Setelah dingin tapis dan ambil airnya lalu masukkan tiga sudu madu lebah yang asli, tiga sudu air rebusan daun sanna, lalu bacalah;
1. Surah Al-Fatihah- sekali
2. Surah Al-Ikhlas - sekali
3. Surah Al-Falaq - sekali
4. Surah An-Nas - sekali
5. Ayat Kuryi - sekali
6 Surah Al-Hasyir ayat 21 -tujuh kali
Selepas itu minumlah air ramuan ubat tersebut sekali sahari selama 21 hari.
KETIGA
Semasa mengamalkan minum ubat tersebut diatas, bangun pada sepertiga malam (jam dua pagi hingga menjelang Subuh), lakukan dahulu mandi taubat, baca niat dalam hati sebelum menyiram air mandi yang niatnya:-
" Nawwaitu ghuslu taubata 'annjamiizzunuubi sunnatan lillaahi Taala"
bermaksud
"Sahaja aku mandi taubat dari sekelian dosa aku sunat kerana Allah Taala"
lalu terus bersiram mandi dan selepas mandi terus ambil wuduk dan lakukan solat taubat kerana dua rakaat yang niatnya;
"Ushalli sunnatat taubata, rakaataini sunnatan lillahi Taala"
bermaksud
"Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala"
Pada rakaat pertama selepas baca surah Al-Fatihah, bacalah surah Al-Kafirun , rakaat kedua selepas baca surah AlFatihah, bacalah surah Al-Ikhlas dan selepas salam, duduk bersila sambil membaca surah Al-Fatihah sekali, surah Al-Ikhlas tiga kali dengan niat dikirimkan bacaan surah-surah tersebut kepada Nabi SAW, kepada ahli keluarganya para sahabatnya dan sekaliankaum Muslimin dan Muslimat.
KEEMPAT
Selepas itu baca kembali surah Al-Fatihah (sekali), surah Al-Ikhlas (tiga kali), surah Al-Fil (21 kali) dan ketika setiap kali baca surah Al-Fil tersebut maka hendaklh dihembuskan atau ditiup pada ketulan kanser pada payudara tersebut dan diingat dalam hati maksud atau erti ayat terakhir dari surah Al-Fil itu, yakni maka hancurluluh penyakit kanser payudara tersebut laksana daun dimakan ulat. Begitu diulang-ulang bacaan tersebut sebanyak 21 kali selama meminum ubat tersebut.
Sebagai manusia kita hanya berusaha dan berikhtiar. Kita wajib yakin bahawa Allah SWT amat mudah bagiNya untuk melenyapkan penyakit itu kembali menjadi air, menjadi angin, menjadi peluh dan sebagainya, dengan berkat kemuliaan dan keagungan wahyuNya yang berupa surah-surah yang dibaca itu dan berkat kemuliaan Nabi Muhammad SAW. Dan sebagai seorang Islam kita wajib meyakini bahawa tidak ada suatu penyakit pun yang mampu melawan Firman Allah SWT .