Monday, January 31, 2011

KEPERCAYAN KEPADA ALLAH






Rukun Iman yang pertama ialah kepercayaan atau keimanan kepada Allah (Al-Imananu bilah) iaitu tulang belakang keimanan, sumber segala macam kepercayaan dalam agama Islam. Bila kepercayan kepada Allah ini lemah, maka akan lemahlah segala segi keagamaan seseorang itu.

Beriman dengan kewujudan Allah merupakan hubungan kuat dan pertalian yang kukuh diantara Khaliq dengan makhluk (di antara Allah dengan manusia) dimana manusia adalah makhluk Allah yang paling mulia di dalam alam dunia ini sedang semulia-mulia benda ada didalam tubuh manusia adalah hati, dan semulia-mulia sifat yang ada didalam hati itu adalah keimanan.

Manusia berakal dan mempunyai kesanggupan mempergunakan akal dan fikirannya, akan taksub memperhatikan alangkah luasnya alam semesta. Bumi, matahari, berjuta-juta bintang-bintang dan planet-planetnya berjalan dengan teratur di angkasaraya sehingga menyebabkan hidup dan kehidupan yang teratur pula pada segala makluk yang hidup, adalah semua itu perkara-perkara besar yang tidak dapat melintas begitu sahaja di hadapan akal fikiran manusia sebagaimana melintasnya seekor nyamuk kecil di hadapan mata. Semua itu adalah masalah maha besar yang menggerakkan fikiran manusia yang sanggup mempergunakan akal.....

Bila pemikiran demikian diteruskan dan tiada terhentinya, tidak terhalang oleh manusia berbagai rupa benda atau penghalang, pasti pemikiran demikian mendesak timbulnya pertanyaan: Siapakah yang menciptakan itu semua? Siapakah yang mengatur itu semua ? Tidaklah mungkin bila semua itu terjadi dengan sendirinya sahaja. Bumi, matahari akan teratur dengan sendirinya sahaja. Jangankan bumi dan matahari serta berjuta-juta bintang yang besar dan luas, sebiji pasir dan sehelai bulu hidung yang amat halus sahaja, tidak mungkin akan terjadi dengan sendirinya....

Jadi..... semua itu pasti ada yang menciptakannya. Pasti ada yang mengaturnya. Pasti yang mencipta itu bukan sesuatu yang ada didalam fikiran kita manusia. Yang menciptakan itu pasti suatu ZAT. Yang Maha Besar dan Maha Agung jauh lebih besar dari bumi, bulan dan matahari itu sendiri hingga tak tercapai akal fikiran manusia. Ya ZAT yang menciptakan dan mengatur segala yang ada inilah yang dinamakan Allah Yang Maha Besar. ALLAHU AKBAR.

Monday, January 24, 2011

SEPOHON KAYU

Bismillahirrahmannirrahim

Cuba kita renungkan pada sepohan kayu.Ianya ada dua bahagian. Bahagian yang dipermukaan bumi menjulang kelangit yang dinamakan batang berserta rimbunan daun-daun hijau dihujung ranting-ranting dahannya. Didalam tanah terjunam masuk ke perut bumi pula bahagian akar yang banyak sekali, ada yang besar dan panjang, dan ada pula yang halus seperti rambut dan pendek.

Islam juga mempunyai dua bahagian ibarat sepohon kayu itu. Yang kelihatan dan tidak. Yang kelihatan pada zahirnya adalah rukun Islam yang lima itu dan pada batinnya atau pada kepercayaannya ( rukun iman) . Pekerjaan otak dan fikiran semata-semata. Banyak yang harus dipercayai oleh orang Islam tetapi yang pokok hanya enam perkara.

Setiap orang Islam, otak dan fikirannya harus yakin dan percaya sepenuh-penuhnya 6 perkara tersebut:


1. Percaya tentang adanya Tuhan yang menciptakan seluruh alam.


2. Percaya tentang adanya Malaikat, makhluk ghaib yang selalu menjaga alam ini.


3. Mempercayai semua Rasul yang diutus Allah kepada manusia untuk mengajarkan agama yang benar .


4. Mempercayai semua kitab suci Allah yang diturunkan kepada Rasul-Rasul itu.


5. Percaya bahawa semua manusia yang sudah mati akan dihidupkan kembali di Alam Akhirat, hidup yang kekal dan abadi, dimana semua perbuatan manusia selama hidup di dunia diperhitungkan dan di balas dengan balasan yang setimpal.


6. Percaya terhadap Qadha dan Qadhar, iaitu bahawa semua apa yang terjadi itu adalah dengan kekuasaan Allah semata.



Disamping Rukun Iman yang 6 perkara tersebut diatas ini, setiap orang Islam di dalam hidupnya harus menjalankan atau melakukan 5 perkara yang tersebut dibawah ini yang dinamakan Rukun Islam iaitu:-


1. Mengucap dua kalimat syahadat, iaitu:

"Asyhadu-an-la-ilaha--illallaah wa-asy hadu anna Muhammadan Rasulullah"

Ertinya:

"Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah"


2. Mengerjakan Solat (sembahyang) 5 waktu sehari semalam.


3. Mengerjakan puasa di bulan Ramadhan


4. Mengeluarkan zakat harta setelah sampai nisabnya sekali setahun.


5. Mengerjakan ibadah Haji ke Mekah sekali seumur hidup bagi yang mampu.



Islam ibarat sepohon kayu. Rukun Iman sebagai akar tunjang dan Rukun Islam sebagai batang, dahan dan ranting. Dengan mudah dapatlah kita mengerti bahawa Rukun Iman mempunyai kedudukan yang jauh lebih penting dari Rukun Islam.

Bila akar tunjangnya tidak hdup, tidak kuat, tidak terjunam jauh ke perut bumi atau akar itu tidak mendapatkan tanah yang subur maka akibatnya pokok kayu akan hidup bagaikan mati. Ataupun kalau terus hidup akan kelihatan batang, dahan dan ranting tidak subur. Bila ia berdaun atau berbunga, daun dan bunganya mudah berguguran bila ditiup angin walupun sedikit sahaja. Dan tak ada bunganya yang menjadi buah. Jadi akar kayu yang tidak kuat atau tidak dapat baja menyebabkan batang kayu tidak berbuah dan tak berguna.

Begitu pulalah keadaan seseorang Islam yang tidak beriman atau lemah imannya kerana tidak dipupuk dan dipelihara ugamanya, akan merana tidak ada usaha dan kegiatan padanya untuk melakukan ibadah yang dinamakan Rukun Islam yang lima. Orang yang berugama Islam yang tidak melakukan ibadah maka ugamanya ibarat pokok kayu yang tak berbuah.

Jadi bila kita dapati sekarang ramai umat Islam yang meninggalkan solat lima waktu, tidak mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, tidak mengeluarkan zakat harta sekali setahun sekalipun dia orang kaya atau jutawan, tidak mengerjakan ibadat haji sekalipun mampu dan berupaya, apalagi kalau ada orang Islam yang rusak budi pekertinya, itu semuanya adalah karena lenyap atau lemahnya keimanan di dada mereka.Tidak ada usaha yang harus dilakukan terhadap mereka selain usaha-usaha yang memperkukuhkan keimanan itu ,iaitu usaha memupuk dan menyuburkan keimanan itu.

Monday, January 10, 2011

Tangisan

Kita semua sudah pandai menangis dan sudah biasa menangis. Ada di antara kita yang sedih dan menangis kerana kerana menderita kesakitan atau mendapat berita tentang kesakitan yang di khabarkan oleh doktor tentang penyakit kanser. Contohnya macam aku (non-hodgkin lymphoma ). Sebenarya tangisan itu tidak perlu kerana ianya adalah ketentuan Allah. Ada tangisan yang besar dan lebih bermakna dari itu.



Tangislah kerana Allah disebabkan kekurangan diri kita menghargakan Allah pada nilai yang sebenarnya. Tangislah kerana Allah, inilah tangisan para Nabi dan Rasul, tangisan para Wali Allah. Inilah tangisan suci yang berkaliber besar. Mereka yang menangis kerana kebendaan atau kesakitan menunjukkan mereka yang berjiwa kecil, berjiwa lemah. Tetapi mereka yang menangis kerana Allah itulah mereka yang berjiwa besar, berjiwa kuat. Airmata yang di titiskan sebanyak mana pun tidak dapat melegakan kesakitan atau mengembalikan barang yang hilang. Namun airmata yang menetes kerana Allah walaupun setitik tinggi nilai harganya.



Tuhanlah yang mencipta alam semesta dan mencipta diri ini dari setitis mani yang bercampur dari kedua ibu dan bapa menjadi segumbal darah. Lalu menjadi segumbal daging dan tulang yang kemudian ditiupkan kepada roh. Roh itu mula bergerak, berperasaan, berkembang begitu rupa sehingga kita lahir ke dunia ini dan dapat mendengar dan melihat dan akhirnya dapat ketawa dan menangis akhirnya dapat duduk dan berdiri berjalan dan berlari.



Penyakit pun datangnya dari Allah. Tetapi mengapa ianya datang pada diri kita. Why me ? Dan sesunguhnya setiap penyakit itu ada penawarnya. Mungkin di sebalik kesengsaraan menanggung siksaan itu ada hikmahnya. Dalam kita berusaha untuk mencari penawar janganlah berlebih-lebihan dan berhati-hati kerana ditakuti nanti akan timbul unsur-unsur syirik. Sesungguhnya Allah tidak memberi keampunan terhadap mereka yang mempersekutukan Dia (syirik) . Dan sesungguhnya syirik itu adalah sebesar-besar dosa. Satu dosa yang tak dapat diampuni oleh Allah S.W.T.


Chemotherapy


Chemotherapy atau kimo adalah diantara kaedah yang biasa digunakan untuk merawat penyakit kanser. Tapi apa itu chemotherapy ? Kadang-kadang perkataan kimo itu amat menakutkan walaupun ianya bukan hantu atau jembalang. Jangan menangis !

Sunday, January 9, 2011

NON-HODGKIN LYMPHOMA

Terminologi Lymphoma merujuk kepada barah yang dihasilkan dari sistem limfatik badan. Sistem limfatik termasuk noda limfa (juga dikenali sebagai kelenjar limfa), thymus, limpa, tonsil, adenoids dan sum-sum tulang, (dipanggil limfatik atau saluran limfa) yang berkaitan. Walaupun banyak jenis barah yang akhirnya merebak ke bahagian sistem limfa, Lymphoma adalah yang paling ketara kerana ianya berasal daripada tempat tersebut.




Dalam Lymphoma, sebahagian sel dalam sistem limfatik dikenali sebagai limfositik, meningkat tanpa kawalan. Lymphoma yang berlainan di kategori mengikut jenis sel yang merebak dan bagaimana penyakittersebut ditunjukkan."








Apa cerita kat atas ni aku pun tak berapa nak faham. Aku bukan doktor atau ada belajar tinggi-tinggi pasal perubatan cuma yang aku tahu doktor kata aku ada sakit kanser . Kanser ini rupanya ada banyak jenis. Salah satunya ialah Lymphoma.Lymphoma itu apa kalau barah paru-paru ke, barah payudara barah otak ke mungkin tau juga Lymphoma adalah penyakit barah darah yang paling common. Lymphoma terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hodgkin Lymphoma (HL) dan Non-Hodgkin Lymphoma (NHL) Lymphoma berlaku apabila pertumbuhan sel darah putih pada kadar yang abnormal dan tidak dapat dikawal. Dibadan kita terdapat dua jenis sel darah putih yang bolih berkembang menjadi lymphoma iaitu B-lymphocytes (B-cell) dan T-lymphocytes (T-cell). Diffuse Large B-cell Lymphoma (DLBCL) adalah jenis NHL yang paling biasa. Jenis inilah yang kena dekat aku. Dia ini jenis aggressive lymphoma (cepat membiak).Tanda-tanda awal pada diri aku sakit perut je!.





Non-Hodgkin lymphoma (also called non-Hodgkin's lymphoma, NHL, or just lymphoma) is cancer that starts in cells called lymphocytes, which are part of the body's immune system. Lymphocytes are in the lymph nodes and other lymphoid tissues (such as the spleen and bone marrow). Other types of cancer (lung or colon cancers, for example), can start in other organs and then spread to lymphoid tissue. But these cancers are not lymphomas. Lymphomas start in the lymphoid tissue and can then spread to other organs.




There are 2 main types of lymphomas.


<!--[if !supportLists]-->· 1. <!--[endif]-->Hodgkin lymphoma (also known as Hodgkin's lymphoma, Hodgkin disease, or Hodgkin's disease) is named after Dr. Thomas Hodgkin, who first described it.


<!--[if !supportLists]-->· 2. <!--[endif]-->Non-Hodgkin lymphoma (NHL)


The cells of these 2 types of lymphoma look different under a microscope. But in some cases, special lab tests may be needed to tell them apart.



Diffuse large B-cell lymphoma: This kind makes up about 1 out of every 3 cases of lymphoma. The cells are large, and the cancer often grows quickly. It can affect any age group but is mostly found in older people. About half of all people who have this kind of lymphoma are cured with treatment. Cure is most likely if the lymphoma was found in only one part of the body (localized).