Kita semua sudah pandai menangis dan sudah biasa menangis. Ada di antara kita yang sedih dan menangis kerana kerana menderita kesakitan atau mendapat berita tentang kesakitan yang di khabarkan oleh doktor tentang penyakit kanser. Contohnya macam aku (non-hodgkin lymphoma ). Sebenarya tangisan itu tidak perlu kerana ianya adalah ketentuan Allah. Ada tangisan yang besar dan lebih bermakna dari itu.
Tangislah kerana Allah disebabkan kekurangan diri kita menghargakan Allah pada nilai yang sebenarnya. Tangislah kerana Allah, inilah tangisan para Nabi dan Rasul, tangisan para Wali Allah. Inilah tangisan suci yang berkaliber besar. Mereka yang menangis kerana kebendaan atau kesakitan menunjukkan mereka yang berjiwa kecil, berjiwa lemah. Tetapi mereka yang menangis kerana Allah itulah mereka yang berjiwa besar, berjiwa kuat. Airmata yang di titiskan sebanyak mana pun tidak dapat melegakan kesakitan atau mengembalikan barang yang hilang. Namun airmata yang menetes kerana Allah walaupun setitik tinggi nilai harganya.
Tuhanlah yang mencipta alam semesta dan mencipta diri ini dari setitis mani yang bercampur dari kedua ibu dan bapa menjadi segumbal darah. Lalu menjadi segumbal daging dan tulang yang kemudian ditiupkan kepada roh. Roh itu mula bergerak, berperasaan, berkembang begitu rupa sehingga kita lahir ke dunia ini dan dapat mendengar dan melihat dan akhirnya dapat ketawa dan menangis akhirnya dapat duduk dan berdiri berjalan dan berlari.
Penyakit pun datangnya dari Allah. Tetapi mengapa ianya datang pada diri kita. Why me ? Dan sesunguhnya setiap penyakit itu ada penawarnya. Mungkin di sebalik kesengsaraan menanggung siksaan itu ada hikmahnya. Dalam kita berusaha untuk mencari penawar janganlah berlebih-lebihan dan berhati-hati kerana ditakuti nanti akan timbul unsur-unsur syirik. Sesungguhnya Allah tidak memberi keampunan terhadap mereka yang mempersekutukan Dia (syirik) . Dan sesungguhnya syirik itu adalah sebesar-besar dosa. Satu dosa yang tak dapat diampuni oleh Allah S.W.T.
Chemotherapy
Chemotherapy atau kimo adalah diantara kaedah yang biasa digunakan untuk merawat penyakit kanser. Tapi apa itu chemotherapy ? Kadang-kadang perkataan kimo itu amat menakutkan walaupun ianya bukan hantu atau jembalang. Jangan menangis !
No comments:
Post a Comment