Monday, August 31, 2009

Sepekan berlalu......

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah kalau sekadar nak menahan lapar dan dahaga tidak menjadi masaalah tapi yang lain-lain itu agak perit sedikitlah kerana diri ini masih lemah
keimanannya disisi Tuhan tapi harus berusaha memperbaikinya. Semoga Ramadhan kali ini
lebih bermakna dari sebelumnya.


Antara isu-isu yang menarik minggu lepas ialah PRK Permatang Pasir. Keputusan
yang tidak mengejutkan. Dari awal lagi calon BN kena lanyak cukup-cukup. Tak bernafas
lansung . Tiada projek-projek segera. Jamban tan-jamban tan segera pun tiada.Yang ada mee segera dan anak emas . Anak emas melepas terus lemas. Hidup Pakatan.


Lepas itu kes towkey-towkey China berebut kuasa. Kesalahannya dua tahun lepas
dan kemudian dapat orang nombor dua dalam parti dipilih oleh ahli-ahli. Maknanya ahli-ahli
terima dia. Macamana boleh kena buang. Tak fahamlah aku, ini mesti ada cerita disebalik
cerita ini. Pandai-pandai lah engkau orang tampal kapal yang dah bocor tu.

Hari Jumaat lagi best. Ada cerita sensasi yang tak berapa sensasi di media arus perdana.Semua cerita bertapis-tapis. Berlapik-lapik. Cerita pasal kepala lembu. Sensitif betul ni. Kalau tak betul-betul mahu jadi macam 13Mei. Pergaduhan kaum. Kalau niat betul demi Islam, aku respek lah tapi banyak yang harus diambil kira dulu. Jangan nak terus melalak. Siapa lah agaknya yang menjadi dalang dibelakang tabir. Semua tak mengaku. KJ kata bukan orang UMNO. Ibrahim Sabri dan Mahyudin kata dia orang PAS. Tapi takkan orang PAS maki-hamun MB Pakatan, MP Pakatan, ADUN Pakatan. Bawa banner TAKE BEER. Itu tagline orang UMNO.

kah!kah! kah!

No comments:

Post a Comment