Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Friday, June 17, 2011

PENYAKIT JANTUNG

Penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun untuk terbentuk didalam dada secara tidak disedari. Sakit jantung adalah satu penyakit yang mempunyai spektrum yang luas kerana ia berkait dengan masalah lain seperti tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung berfungsi dengan sempurna. Namun, yang paling penting ialah mengawal tekanan darah tinggi supaya jantung tidak terbeban atau tidak terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah keseluruh badan. Apabila jantung dipaksa bekerja lebih kuat daripada sepatutnya, ia boleh menjadi besar (kembang) dan kurang cekap, akhirnya menyebabkan kegagalan jantung bekerja.



Jantung atau kalbu terbahagi kepada dua bahagian iaitu rohani dan jasmani. Jantung yang berupa rohani terbahagi tujuh peringkat atau tahap kehalusan (latihaif) yakni latihaif qalbi, lathaif roh, lathaif sir, lathaif khafi, lathaif akhfa, lathaif natiqah dan lathaif kulu jasad. Jantung adalah pusat atau sumber hidup bagi setiap manusia. Dengan jantunglah manusia atau badan dapat hidup dan bernafas.





Bengkak jantung



Apabila seseorang terbiasa atau membiasakan dirinya bersikap pemarah dalam menghadapi sesuatu perkara yang menyebabkan otak terpaksa berfikir dengan terpaksa, maka ia lah ciri-ciri awal terbentuknya bengkak jantung. Apabila marah itu terbantut dan tidak dapat dilepaskan maka marah tersebut akan bergumpal di dalam ruang bebola jantung. Wap panas daripada perasaan marah yang tidak lepas itu akan melembikkan urat atau saraf-saraf jantung. Disebabkan panas ruang kamar jantung akan berubah membesar dan bengkak.



Seseorang yang pemarah, pada hakikatnya telah memelihara anak iblis atau syaitan. dari masa ke semasa, anak iblis tersebut akan beransur-ansur menjadi remaja dan dewasa. Seterusnya ia akan menguasai seseorang itu dan apabila iblis itu telah menguasai diri seseorang maka perjalanan seseorang itu akan gersang . Justeru, dalam ajaran Islam dilarang keras umatnya bersifat pemarah dan panas baran kerana orang yang bersifat begitu lazimnya dipengaruhi iblis yang dijadikan daripada api yang bernyala-nyala. Maka umat Islam wajib menjauhi sifat pemarah supaya terhindar daripada penyakit bengkak jantung.



"Bukankah Aku telah memerintahkan kamu wahai anak Adam supaya kamu jangan patuh kepada syaitan,

Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu"





Kembalikan fungsi asal jantung

Cara Pertama



Ambil air daripada cucian beras sebanyak tiga gelas, dikisar dengan sebiji buah keras. Bacakan surah Al-Kautsar tujuh kali lalu minum air tersebut sampai habis. Amalkan sekali setiap hari sekurang-kurangnya selama tujuh hari berturut-turut.



Cara Kedua



Selain minum air suam yang mencukupi sukatannya setiap hari yakni enam hingga tujuh gelas sehari, maka dalam masa tujuh hari hendaklah membisakan makan atau minum yang pahit-pahit seperti buah peria, pucuk daun betik dan rebusan air daripada daun hempedu ular kerana darah yang mengandungi campuran pahit tidak mudah dihinggapi kuman, malah ia boleh membantu menguatkan organ.



Di samping membiasakan diri beramal dengan membaca wirid selepas solat fardu lima waktu, ketika menghadapi sesuatu masalah atau perkara yng dipandang agak berat dan rumit, maka hendaklah didahulukan dengan membaca Aauzubilla himinassyaitan nirrajiim (21 kali) lalu tarik nafas perlahan-lahan. Amalan ini adalah sebagai benteng atau taming (perisai) supaya jiwa tidak dipengaruhi bisikan syaitan dalam menghadapi masalah atau perkara rumit tersebut. Insya-Allah sifat pemarah dan perkara rumit tersebut akan beransur-ansur lenyap dan kita akan menjadi manusia yang berfikiran normal, menjadi lebih waras dan bijaksana.



Saluran Pembuluh Tersumbat


Pertama


Pembuluh jantung yang tersumbat kerana lemak dan minyak yang melekat menampal pada dinding saluran pembuluh bahagian dalam jantung. Kebanyakan orang yang menghidapi masalah sumbatan lemak pada dinding bahagian dalam pembuluh jantung adalah orang darahnya bersifat sejuk melebihi daripada sifat panas. Apabila seseorang itu tidak membiasakan diri memanaskan badan dengan bekerja, berjoging, bersenam dan sebagainya, maka sudah tentu minyak dan lemak daripada makanan dan minuman yang dimakan setiap hari akan membeku pada saluran jantung. Apabila sudah terbiasa begini dan tidak ssgera diatasi apa lagi semakin menebal sehingga saluran jantung tersumbat dan tertutup yang berisiko dan bahaya besar pada seseorang termasuk boleh membawa maut secara mengejut.


Kedua


Pembuluh jantung yang tersumbat kerana darah yang membeku di dalam ruang kamar jantung berpunca kerana beberapa faktor termasuk disebabkan seseorang itu pernah terkejut mendengar sesuatu berita atau masalah yang datang secara tiba-tiba atau melihat sesuatu yang memeranjatkan. Maka aliran darah didalam tubuh akan mengejut dan berhimpun masuk ke dalam jantung secara tidak normal. Apabila darah tersebut mengalir untuk keluar dari jantung, dipam oleh organ jantung darah tersebut tersekat-sekat, maka ketika itu jantung akan terasa sakit kerana sekatan daripada darah yang bergumpal dan membeku tersebut.


Kaedah amalan


Ambil serbuk tepung senamaki (sejenis tumbuhan renek) sebanyak tiga sudu teh, kulit limau nipis (tiga biji). Selepas itu dikisar atau ditumbuk lumat, lalu masukkan air sembilan gelas dan panaskan sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapis dan ambil airnya, kemudian masukkan sembilan sudu madu lebah asli, lalu gaulkan hingga sebati. Setelah itu bacakan padanya surah Al-Fatihah (sekali), surah Al-Ikhlas (tiga kali) surah Al-Falaq (sekali) surah An-Nas (sekali), ayat Kursyi (sekali) dan surah Al-Hasyir ayat 21 (sekali), lalu minum air tersebut, segelas setiap kali mahu tidur malam selama sembilan malam berturut-turut.


Kaedah amalan rohani


Cara pertama


* Memadailah sekali dalam sehari mengamalkannya atau sekali dalam seminggu iaitu pada sepertiga malam antara jam dua pagi hingga sebelum masuk waktu solat Subuh. Selepas bangun dari tidur, terus melakukan mandi taubat. Baca niat taubat dalam hati, "Nauwwaitul gushlu taubata 'annjami'izzunuubyi sunatan lillaahi Taala". maksudnya, "Sahaja aku mandi taubat daripada sekalian dosa aku (zahir batin) sunat kerana Allah Taala" Dan terus mandi menyiram air bermula dari kepala.


* Selesai mandi, terus ambil wuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Surah yang dibaca dalam rakaat pertama selepas membaca surah Al-Fatihah ialah surah Al-Kafirun dan rakaat kedua surah Al-Ikhlas. Setelah selesai salam, terus lakukan solat sunat tahajud dua rakaat pula dengan membaca ayat Kursyi dan surah Al-Ikhlas selepas membaca Surah Al-Fatihah.


* Selepas salam, duduk bersila dan tetap menghadap ke arah kiblat, lalu tumpukan kepada niat dan tujuan iaitu; "Semoga Allah lenyapkan segala sumbatan yang menyumbat pembuluh jantung dengan Keagungan dan Kebesaran Kalamullah". Lalu baca surah Al-Fatihah (sekali) dengan niat dikirimkan kepada Nabi Muhammad, keluarganya, para sahabatnya dan sekalian Muslimin yang hidup dan yang telah meninggal dunia supaya mendapat limpah syafaat daripada mereka yang menjadi kekasih Allah.


* Selepas itu, ulangi membaca surah Al-Fatihah (sekali) diikuti surah Al-Ikhlas (tiga kali), surah Al-Falaq (sekali), surah An-Nas (sekali), ayat Kursyi (sekali) dan surah Al-Hasyir ayat 21 (tujuh kali). Setiap kali ketika membaca surah Al-Hasyir ayat 21 itu, maka hendaklah tarik nafas ke dalam badan perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan amalan semua surah-surah yang telah dibaca itu ke dalam tubuh kita supaya lenyap segala yang menyumbat saluran pembuluh jantung, lenyap segala kuman perosak itu.



*Setelah selesai tujuh kali baca, maka akhiri dengan bacaan berkat La illaha illaah Muhammad Rasulullah semampunya, tapi jangan kurang daripada 100 kali. Lakukan amalan ini, sebaik-baiknya 21 hari berturut-turut. Insya-Allah anda akan merasa mamfaat dan kesannya.


Cara Kedua



Kaedah dan perturannya hampir sama dengan cara rohani pertama di atas, cuma sedikit berbeza iaitu setelah selesai membaca semua surah di atas dan ketika membaca surah Al-Hasyir ayat 21, kita harus tingkatkan konsentrasi dan tumpuan sehingga seaakan-akan meresap ke dalam lubuk hati/jantung anda sendiri. Itulah tempat sumber hidup atau injap yang berdenyut dan bergerak-gerak.



Apabila jiwa dan fikiran kita meresap ke dalam hati dengan tumpuan terhadap Allah SWT, yakni melupakan ingatan dari enam arah atau enam penjuru - kiri kanan, hadapan belakang, atas bawah - minda kita semata-mata konsentrasi atau khusyuk hanya satu pandangan sahaja, yakni seakan-akan kita berada di pintu hati atau dalam hati kita sendiri sambil melaungkan bacaan Laailahaillaah Hulmalikul Haqqulmubin bermaksud Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Memerintahi Haq lagi Nyata. Dan maksud yang tersirat, Tiada Tuhan melainkan Allah yang melenyapkan, menghapuskan, menyembuhkan penyakit yang dihidap dengan KekuasaanNya Yang Mutlak lagi Nyata.



Kalimat itu harus dibaca terus-menerus dalam hati tanpa mengeluarkan huruf dan suara hanya dengan lafaz dan iktikad perasaan yang penuh konsentrasi sahaja dan lakukan paling kurang selama satu jam atau lebih sehingga rasa dan perasaan kita mengalami seakan-akan (ihsan/yaraahu) tubuh badan kita seakan-akan habis, lenyap dan tidak ada tubuh lagi dan yang tinggal hanya sebutan Laailahaillaah Hulmalikul Haqqulmubin sahaja.



Apabilakita telah penat atau mahu mengakhri wirid amalan ini, kita hendaklah tetap dalam konsentrasi itu sambil menarik nafas perlahan-lahan dengan mengecutkan perut sedikit dan mengembangkan bahagian dada hingga perut dan dada kita terasa agak pehuh. Setelah itu, tahan nafas tersebut seberapa lama yang boleh. Lakukan berulang kali sehingga tujuh kali ulang. Begitulah diamalkan seterusnya hingga penyakit jantung atau sumbatan jantung anda kembali sihat seperti sediakala.

Friday, June 3, 2011

KAEDAH PENGUBATAN GUNA AYAT-AAT SUCI

Bagi kita yang menghidap penyakit kronik, cubalah menyelami ke dalam nadi Al-Quran itu yang berada dalam lubuk hati anda sendiri. Selepas itu amalkan kaedah seperti di bawah ini.






Baca surah Al -Fatihah (sekali), surah Al-Ikhlas (tiga kali) dan Selawat Nabi (tiga kali ), lalu tumpukan perhatian anda kepada hati dan jantung anda sendiri. Setelah khusyuk terhadapnya, ikutilah gerak nadi jantung dengan menyebut-nyebut kalimah Allah, Allah, Allah terus menerus sehinggahlah hati kita itu sendiri yang ingin berhenti atau istirehat menyebut kalimat isbat tersebut. Jangan izinkan nafsu mempengaruhi hati untuk berhenti menyebut-nyebut nama Allah, Allah. Allah. Lakukan amalan wirid ini tanpa jemu dan malas kerana ia berupa perintah tegas daripada Allah SWT sebagaimana FirmanNya dalam surah Al-Muzammil ayat 8-9 yang bermaksud: "Dan berzikirlah menyebut nama Allah dan tumpukan perhatianmu kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan (khusyuk). Dialah Tuhan timur dan barat. Tiada Tuhan melainkan Dia. maka jadilah Dia penjaga, pemelihara dan menyempurnakan urusanmu"






Cara pengubatan seperti ini sebenarnya sudah dilakukan sejak turun-temurun oleh ahli syufah di Madinah di zaman Rasulullah dahulu, walaupun di zaman sekarang diabaikan oleh kebanyakkan umat Islam. Begitu juga dengan jiwa atau rohani manusia , jika tubuh badan sihat tetapi batin atau jiwanya sakit maka hidupnya tetap sengsara, seumpama sengsaranya tubuh yang sakit itu. Sebagai seorang Islam yang mukhlis dan jujur, Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW agar disampaikan berita gembira kepada umat Islam, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: "Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu)orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'innalillahi wainna ilahirajiun'. Mereka itulah orang-orang yang mendapat keberkatan yang sempurna dari Tuhan mereka". surah Al-Baqarah ayat 155-157.






Disebutkan di dalam Al-Musnad bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud; "Tidak seseorang pun yang tertimpa musibah lalu dia mengucapkan: "Sesunguhnya aku adalah milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali. Ya Allah, berilah aku pahala daripada musibah yang aku deritai sekarang dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya". Kalimat-kalimat ini merupakan ubat yang paling berpengaruh bagi orang-orang yang ditimpa musibah dan paling bermanfaat baginya di dunia dan akhirat. Hal ini disebabkan kalimat-kalimat itu mengandungi dua kekuatan yang besar dan jika difahami dengan fikiran yang waras dan sedar sebagai seorang Muslim, maka dia akan terhibur terhadap musibah yang dideritanya, sama ada musibah zahir atau batin.

Friday, May 27, 2011

PENYAKIT KANSER PAYUDARA

"Dan Kami turunkan Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman"




Penyakit kanser payudara memang digeruni terutama wanita. Setiap wanita dewasa sudah pasti gementar apabila disahkan doktor menghidap barah payudara kerana penyakit itu memang sukar diubati dan boleh membawa maut. Penyakit kanser payudara ini mungkin terjadi disebabkan apabila saluran sel-sel atau jaringan organ payudara tersumbat oleh minyak dan lemak daripada makanan dan minuman yang membeku pada jaringan dalam payudara. Justeru bagi isteri dianjurkan agar suaminya rajin melihat dan merawat payudaranya terutama pada sekeliling buah dada sebelum tidur dan sebagainya. Bagi wanita yang masih mempunyai bayi yang sedang menyusu, seharusnya rajin memberi anaknya susu ibu dengan teratur selama dua tahun dan jangan terlalu bergantung pada susu dalam tin (sama ada tepung atau cecair).




Berdasarkan pengubatan al-Quran, kanser payudara terbahagi kepada dua jenis iaitu kanser segar yang berupa daging yang bercampur lemak membeku dan berakar laksana akar bijidaripada buah kedondong. Jenis kedua adalah ketumbuhan dalam jaringan payudara yang mengandungi unsur panas membara dan berdenyut laksana disentuh api. Pada peringkat awal, kanser tidak terasa sakit. Semakin lama kian membesar dan apabila urat-urat atau saluran darah terhalang kerana bengkaknya semakin membesar, maka ketika itu barulah menyedari bahawa dia menghidap kanser payudara.





KAEDAH MERAWAT SENDIRI



Sebelum mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan atau dirawat dengan pelbagai peralatan canggih di hospital termasuk membuang payudara yang sudah rosak atau dikemoterapi, adalah lebih baik merawat sendiri dan mengubati dulu dengan mengamalkan petua di bawah ini.




PERTAMA




Sebelum tidur malam, rebus beras kira-kira segenggam sampai bertukar hampir menjadi lontong atau nasi himpit. Dalam keadaan panas masukkan ke dalam satu plastik ikat dengan getah dan bungkus kali kedua dengan kain yang agak tebal. Selepas itu ikat semula dengan tali atau supaya tidak terburai.




1. Bacakan surah Al-Fatihah sekali



2. Bacakan surah Al-Al-Ikhlas tiga kali



3.Selawat Nabi tiga kali




Dengan niat bersungguh-sungguh di dalam hati supaya penyakit kanser itu dilenyapkan oleh Allah SWT dengan berkat kemuliaan surah-surah yang telah dibaca itu dan setelah selesai membaca bacaan tersebut , lalu urut-urutkan bungkusan nasi panas itu ke payudara hingga panasnya meresap ke dalam payudara sambil membaca kalimat takbir - Allahu Akbar terus menerus sampai nasi itu dingin. Lakukan kaedah ini setiap malam sebelum tidur selama 21 malam. Insya-Allah anda akan melihat manfaatnya.




KEDUA




Ambil sepotong halia tua sebesar ibu jari dikisar (blender) dengan segelas air lalu panaskan sehingga mendidih. Setelah dingin tapis dan ambil airnya lalu masukkan tiga sudu madu lebah yang asli, tiga sudu air rebusan daun sanna, lalu bacalah;


1. Surah Al-Fatihah- sekali



2. Surah Al-Ikhlas - sekali



3. Surah Al-Falaq - sekali



4. Surah An-Nas - sekali



5. Ayat Kuryi - sekali



6 Surah Al-Hasyir ayat 21 -tujuh kali




Selepas itu minumlah air ramuan ubat tersebut sekali sahari selama 21 hari.





KETIGA




Semasa mengamalkan minum ubat tersebut diatas, bangun pada sepertiga malam (jam dua pagi hingga menjelang Subuh), lakukan dahulu mandi taubat, baca niat dalam hati sebelum menyiram air mandi yang niatnya:-




" Nawwaitu ghuslu taubata 'annjamiizzunuubi sunnatan lillaahi Taala"



bermaksud



"Sahaja aku mandi taubat dari sekelian dosa aku sunat kerana Allah Taala"




lalu terus bersiram mandi dan selepas mandi terus ambil wuduk dan lakukan solat taubat kerana dua rakaat yang niatnya;



"Ushalli sunnatat taubata, rakaataini sunnatan lillahi Taala"



bermaksud



"Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala"



Pada rakaat pertama selepas baca surah Al-Fatihah, bacalah surah Al-Kafirun , rakaat kedua selepas baca surah AlFatihah, bacalah surah Al-Ikhlas dan selepas salam, duduk bersila sambil membaca surah Al-Fatihah sekali, surah Al-Ikhlas tiga kali dengan niat dikirimkan bacaan surah-surah tersebut kepada Nabi SAW, kepada ahli keluarganya para sahabatnya dan sekaliankaum Muslimin dan Muslimat.





KEEMPAT





Selepas itu baca kembali surah Al-Fatihah (sekali), surah Al-Ikhlas (tiga kali), surah Al-Fil (21 kali) dan ketika setiap kali baca surah Al-Fil tersebut maka hendaklh dihembuskan atau ditiup pada ketulan kanser pada payudara tersebut dan diingat dalam hati maksud atau erti ayat terakhir dari surah Al-Fil itu, yakni maka hancurluluh penyakit kanser payudara tersebut laksana daun dimakan ulat. Begitu diulang-ulang bacaan tersebut sebanyak 21 kali selama meminum ubat tersebut.




Sebagai manusia kita hanya berusaha dan berikhtiar. Kita wajib yakin bahawa Allah SWT amat mudah bagiNya untuk melenyapkan penyakit itu kembali menjadi air, menjadi angin, menjadi peluh dan sebagainya, dengan berkat kemuliaan dan keagungan wahyuNya yang berupa surah-surah yang dibaca itu dan berkat kemuliaan Nabi Muhammad SAW. Dan sebagai seorang Islam kita wajib meyakini bahawa tidak ada suatu penyakit pun yang mampu melawan Firman Allah SWT .








Friday, May 20, 2011

PENYAKIT KANSER USUS

AL-QURAN ITU PENAWAR




"Dan setiap penyakit itu ada ubatnya, maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah Azza Wajalla."








Doa-doa yang dibaca, pada hakikatnya bukan merupakan faktor utama kesembuhan. Doa-doa yang dilafazkan hanya salah satu usaha rawatan, ataupun usaha untuk memperoleh kesihatan yang baik. Kesembuhan yang sebenar adalah kemakbulan dari Allah SWT apabila doa-doa yang dibaca itu dikabulkan. Kemustajaban doa yang dibaca pula berkait rapat dengan tahap ataupun kualiti diri seseorang di sisi Allah. Semakin dekat seseorang itu kepada Allah, maka semakin mudah doa-doa yang dipohon itu dikabulkan. Orang yang hampir kepada Allah ialah mereka yang bersifat ikhlas warak, zuhud dan taqwa. Apabila seorang hamba itu hampir kepada Allah, maka Allah akan mengasihinya. Orang-orang yang dikasihi Allah ialah merka yang melakukan amalan-amalan yang difardukan, juga amalan sunat secara istiqamah selain memiliki akhlak mulia. Allah akan memberi kekuatan dan memperkenankan doa-doa seandainya seseorang itu memohon keselamatan dan perlindungan daripada pelbagai jenis penyakit.










Kaedah Rawatan Penyakit Kanser Usus








Pertama







1. Ambil 21 helai pucuk daun jambu batu.







2. Satu biji buah keras







3. Diblender dengan segelas air masak suam, kedua bahan tadi.







4. Ditapis ambil airnya







5. Bacakan padanya satu kali surah Al-Fatihah







6. Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali







7. Surah Al-Kautsar sebanyak tiga kali







8. Selawat keatas Nabi tiga kali .








Lalu minum tatkala mahu tidur malam sahaja. Amalkan sekali setiap malam selama tujuh malam berturut-turut.











Kedua







1. Tiga sudu kecil (sudu teh ) serbuk teh asli







2. Tiga potong sebesar ibu jari tangan kulit manggis yang masak hitam







3. Diremdam kedua-duanya dengan segelas air panas







4. Setelah sejuk/dingin tapis air ambil airnya







5. Diblender satu biji isi buah keras bersama dengan bahan-bahan tadi






6. Bacakan padanya satu kali surah Al-Fatihah







7. Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali







8. Surah Al-Kautsar sebanyak tiga kali







9. Selawat keatas Nabi tiga kali .







Lalu minum tatkala mahu tidur malam sahaja. Amalkan sekali setiap malam selama tujuh malam berturut-turut.

Friday, May 13, 2011

PENYAKIT KANSER (BAHAGIAN LUAR)

AL-QURAN ITU PENAWAR





"Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya, maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin dengan izin Allah Azza Wajallah"




Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Segala puji-pujian ke hadrat Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam semesta. Kita berharap dan memanjatkan doa agar sentiasa di dalam keadaan sihat walafiat sepanjang masa namun jika kita jatuh sakit - sama ada ringan atau berat - itu adalah ujian daripada Allah. Kita tidak harus sedih dan berduka kerana setiap penyakit ada ubatnya. Allah SWT yang menjadikan penyakit dan Dialah yang menyediakan penawarnya. Setiap sesuatu yang terjadi termasuk ditimpa penyakit mempunyai sebab musabab yang secara langsung berkait dengan rahsia Ilahi yang tidak difahami manusia atau tidak terjangkau minda manusia untuk memikirnya. Allah menyuruh setiap hambanya agar berikhtiar, berdoa dan memohon kepadaNya dan Allah akan memperkenankannya, sama ada cepat atau lambat, dikabulkan ketika seseorang itu hidup di dunia ataupun di akhirat kelak. Justeru, bukan sesuatu yang mustahil doa-doa yang dibaca oleh seseorang itu boleh membantu menyembuhkan penyakit dengan izin Allah biar betapa berat derita yang ditanggung atau betapa besar masalah yang terpaksa digalas.



Mari kita sama-sama berkongsi petua amalan-amalan yang perlu dilakaukan untuk penawar beberapa penyakit.



PENYAKIT KANSER (BAHAGIAN LUAR)




Cara Pertama



Setiap kali selepas solat fardu lima waktu:-



1. Bacalah surah Al-Fatihah - satu kali



2. Baca pula surah Al-Ikhlas - tiga kali



3. Selawat Nabi - tiga kali



4. Teruskan membaca surah Al-Fil - 21 kali



(Setiap satu kali baca surah Al-Fil tersebut hendaklah ditiupkan atau dihembuskan pada tempat penyakit kanser tersebut dan setiap menghembuskan itu hendaklah ingat maksud niat dalam hati seperti, "Ya Allah lenyapkanlah penyakit kanser ini" sebagaimana hancur dan lenyapnya tentera pasukan bergajah seperti yang dinyatakan dalam ayat terakhir dalam surah Al-Fil. Lakukan 21 kali tiupan.)



Begitulah dilakukan setiap kali selepas solat lima waktu selama 21 hari!





Cara Kedua



1. Ambil tujuh gelas air dari tempat yang deras/jeram.



2. Letakkan dalam satu bekas



3. Lalu masukkan tujuh butir garam kasar.



4. Bacakan surah Al-Fil - tujuh kali



5. Baca ayat ke-105 dari surah Thaha - 21 kali


(yang ertinya "Dan mereka bertanya kepada engkau tentang gunung-gunung -bengkak, - maka katakan, 'Tuhan akan menghancurkan dengan sehancur-hancurnya.")



6. Setelah selesai dibacakan surah dan ayat tersebut, setiap kali selepas menunaikan solat Asar, sapukan air ubat tersebut pada penyakit kanser itu, dan lakukan selama 21 hari berturut-turut.



Friday, April 29, 2011

APA ITU KANSER

Sudah hampir setahun aku disahkan olih doktor mengidap penyakit kanser NHL (Non-Hodgkin Lymphoma ) tahap 2e. Tapi tahu tak anda apa itu kanser? Mari kita sama berkongsi infomasi tentang kanser.




The body is made up of hundreds of millions of living cells. Normal body cells grow, divide, and die in an orderly way. During the early years of a person's life, normal cells divide faster to allow the person to grow. After the person becomes an adult, most cells divide only to replace worn-out, damaged, or dying cells.


Cancer begins when cells in a part of the body start to grow out of control. There are many kinds of cancer, but they all start because of this out-of-control growth of abnormal cells.


Cancer cell growth is different from normal cell growth. Instead of dying, cancer cells keep on growing and form new cancer cells. These cancer cells can grow into (invade) other tissues, something that normal cells cannot do. Being able to grow out of control and invade other tissues are what makes a cell a cancer cell.


In most cases the cancer cells form a tumor. But some cancers, like leukemia, rarely form tumors. Instead, these cancer cells are in the blood and bone marrow.


When cancer cells get into the bloodstream or lymph vessels, they can travel to other parts of the body. There they begin to grow and form new tumors that replace normal tissue. This process is called metastasis (muh-tas-tuh-sis).


No matter where a cancer may spread, it is always named for the place where it started. For instance, breast cancer that has spread to the liver is still called breast cancer, not liver cancer. Likewise, prostate cancer that has spread to the bone is called metastatic prostate cancer, not bone cancer.


Different types of cancer can behave very differently. For example, lung cancer and breast cancer are very different diseases. They grow at different rates and respond to different treatments. That is why people with cancer need treatment that is aimed at their own kind of cancer.


Not all tumors are cancerous. Tumors that aren't cancer are called benign (be-nine). Benign tumors can cause problems-- they can grow very large and press on healthy organs and tissues. But they cannot grow into other tissues. Because of this, they also can't spread to other parts of the body (metastasize). These tumors are almost never life threatening.

Friday, April 22, 2011

PENAWAR PENYAKIT KANSER















POKOK BELALAI GAJAH




Jangan berputus asa dan putus harapan untuk hidup sekiranya disahkan oleh pakar perubatan bahawa anda menghidap kanser payudara atau apa-apa penyakit berkenaan kanser kerana ada penyakit ada penawarnya. Berita baik untuk pesakit kanser yang kronik pada peringkat 3 dan 4. Selalunya bila disahkan oleh pakar perubatan pada tahap ini. Sudah dianggap terlambat untuk diubati lagi. Pesakit hanya akan diberitahu oleh doktor berapa lama jangka hayat pesakit itu boleh hidup sahaja.




Sedikit infomasi untuk dikongsi bersama sebagai panduan dan pengetahuan tentang pokok Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass ini. InsyaAllah ada yang sembuh dari pemakanannya.




Tengok cara untuk makan daunnya. Sehat dan sakit seseorang itu adalah ketentuan Ilahi. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan seeorang itu jika hambaNya berusaha untuk mencari penawarnya yang dianugerahkan kepada kita diatas muka bumi ini. Pokok ini hanya sebab musabab untuk menyembuh penyakit sahaja.





Sabah Snake Grass




Saya disah menghidap penyakit kanser Non-Hodgkin Lymphoma Cancer- DLBCL- Stage 2e with various lymph nodes affected. Penyakit cancer bermula pada bulan September 2009 and confirm by doctor on May 2010. Setelah usus besar yang membengkak di operate dibuang sepanjang 13cm pada 12 May 2010(RIGHT HEMICOLECTOMY). Rawatan chemotherapies yang pertama bermula pada 11 June 2010 sebanyak 6 kali (1 complete cycle) selama hampir 5 bulan. CT scan pada 27 Oktober 2010 menunjukkan 'no evidence of tumor'





Today, after almost 1 year, I have recovered and is still living. Alhamdulillah !.Thanks to Allah and with Sabah Snake Grass (Clinacanthus) which I planted outside my house. My wife blended the leaves with green apple (minus skin and seeds) and drank them after breakfast everyday. It was as an alternative treatment besides modern treatment, I went for a blood test and P.E.T (Positrion Emission Tomoraphy) scan. The oncologist said that there was no scan evidence of active lymphoma.






Number of leaves used for treatment for Cancer:




Stage 1 : 30 leaves everyday




Stage 2 : 50 leaves everyday




Stage 3 : 100 leaves everyday







Stage 4 : 150 - 200 leaves everyday





When the patients get better, reduce the number of leaves.








Direction for juicing SSG




a) Pour half cup of clean water in a blender




b) Add 1 or 2 ice cubes to prevent heating during blending







c) Add 1 quarter of lemon or half a lime juice (provide Vitamin C and prevent oxidization )




d) Wash the required fresh SSG leaves and put them into the blender




e) Peel a green apple and remove the core/seeds




f ) Cut the apple into 8 pieces




g) Put in the pieces of apple




h) Blend and drink immediately or within 5 minutes. (consume daily)




i ) If your body is "cooling" add a few slices of ginger or drink warming herbs




For Muslim, sila amalkan membaca surah Al-Fatihah 1X, surah Al-Ikhlas 3X, Selawat Nabi 3X sebelum meminumnya. Insya-Allah

(Sila hubungi e-mail aikay46@yahoo.com untuk keterangan lanjut dan mencuba daun pokok ini)






Food to avoid :




Sugar and products made with sugar, honey, ikan kembong , chicken meat, duck meat, yam, glutenous rice, margarine, durians, bird nest, ginseng and other rejuvenating herbs. Besides SSG, apricot seeds, lemon grass and many types of fresh raw vegetable and fruit juices can also be used for treating cancer.







I believe all chronic diseases can be cured with the combination of detoxification, maintaing blood Ph 7.35-7.4, increasing body oxygen, eating natural nutrients and herbs, a healthy lifestyle and good eating habits.There are quite a number of patients with cancer and other chronic diseases recovering and got cured based on the above and natural treatments.







Sunday, January 9, 2011

NON-HODGKIN LYMPHOMA

Terminologi Lymphoma merujuk kepada barah yang dihasilkan dari sistem limfatik badan. Sistem limfatik termasuk noda limfa (juga dikenali sebagai kelenjar limfa), thymus, limpa, tonsil, adenoids dan sum-sum tulang, (dipanggil limfatik atau saluran limfa) yang berkaitan. Walaupun banyak jenis barah yang akhirnya merebak ke bahagian sistem limfa, Lymphoma adalah yang paling ketara kerana ianya berasal daripada tempat tersebut.




Dalam Lymphoma, sebahagian sel dalam sistem limfatik dikenali sebagai limfositik, meningkat tanpa kawalan. Lymphoma yang berlainan di kategori mengikut jenis sel yang merebak dan bagaimana penyakittersebut ditunjukkan."








Apa cerita kat atas ni aku pun tak berapa nak faham. Aku bukan doktor atau ada belajar tinggi-tinggi pasal perubatan cuma yang aku tahu doktor kata aku ada sakit kanser . Kanser ini rupanya ada banyak jenis. Salah satunya ialah Lymphoma.Lymphoma itu apa kalau barah paru-paru ke, barah payudara barah otak ke mungkin tau juga Lymphoma adalah penyakit barah darah yang paling common. Lymphoma terbahagi kepada dua bahagian iaitu Hodgkin Lymphoma (HL) dan Non-Hodgkin Lymphoma (NHL) Lymphoma berlaku apabila pertumbuhan sel darah putih pada kadar yang abnormal dan tidak dapat dikawal. Dibadan kita terdapat dua jenis sel darah putih yang bolih berkembang menjadi lymphoma iaitu B-lymphocytes (B-cell) dan T-lymphocytes (T-cell). Diffuse Large B-cell Lymphoma (DLBCL) adalah jenis NHL yang paling biasa. Jenis inilah yang kena dekat aku. Dia ini jenis aggressive lymphoma (cepat membiak).Tanda-tanda awal pada diri aku sakit perut je!.





Non-Hodgkin lymphoma (also called non-Hodgkin's lymphoma, NHL, or just lymphoma) is cancer that starts in cells called lymphocytes, which are part of the body's immune system. Lymphocytes are in the lymph nodes and other lymphoid tissues (such as the spleen and bone marrow). Other types of cancer (lung or colon cancers, for example), can start in other organs and then spread to lymphoid tissue. But these cancers are not lymphomas. Lymphomas start in the lymphoid tissue and can then spread to other organs.




There are 2 main types of lymphomas.


<!--[if !supportLists]-->· 1. <!--[endif]-->Hodgkin lymphoma (also known as Hodgkin's lymphoma, Hodgkin disease, or Hodgkin's disease) is named after Dr. Thomas Hodgkin, who first described it.


<!--[if !supportLists]-->· 2. <!--[endif]-->Non-Hodgkin lymphoma (NHL)


The cells of these 2 types of lymphoma look different under a microscope. But in some cases, special lab tests may be needed to tell them apart.



Diffuse large B-cell lymphoma: This kind makes up about 1 out of every 3 cases of lymphoma. The cells are large, and the cancer often grows quickly. It can affect any age group but is mostly found in older people. About half of all people who have this kind of lymphoma are cured with treatment. Cure is most likely if the lymphoma was found in only one part of the body (localized).




Saturday, July 24, 2010

Chemotherapy

Anda tahu apa itu "chemotherapy' ? Chemotherapy itu adalah kaedah rawatan yang biasa untuk penyakit kanser. Aku dah selamat menjalani satu cycle kimo ini. Semua sekali ada sebanyak enam kali. (satu cycle). Jarak di antara satu lebih kurang 21 hari. Ruang masa rehat di ambil untuk badan baikpulih. Mula-mula dulu dengar saje perkataan chemotherapy dah amat mengerunkan , menakutkan walaupun ianya bukan nya hantu atau jembalang. Dari dengar cerita-cerita orang dan sumber-sumber bahan bacaan memang amat menakutkan. Bila masa diri ini akan menjalani rawatan ini mula-mula dahulu, punyalah kecut juga perut.





Rupa-rupanya dari pengalaman sendiri chemotherapy ini memang teruk pun. Bukan niat nak menakut-nakutkan tapi itulah dia. Cara rawatan ini di lakukan adalah dengan memasukkan ubat melalui saluran darah (vein ) dan mulut (makan pil - 18 x 5 biji sekali makan). Ubat-ubat itu namanya R-CHOP .( nama dadah lah tu) Apabila ubat-ubat itu dimasukkan kedalam tubuh badan yang bertujuan untuk membunuh segala sel-sel kanser yang ada didalam badan tetapi dia tak pandai memilih yang mana satu sel-sel kenser atau bukan. Jadi habis dibunuhnya semua sel-sel badan termasuk sel-sel yang sihat. Sel-sel darah putih (anti-body ) dan darah merah pun habis dia bedalnya. Bila anti-body berkurangan, badan kita terdedah kepada berbagai penyakit pulak. Kesan sampingan ini yang leceh. Dah jadi satu hal pulak, tak boleh terdedah kepada orang ramai ditakuti nanti akan dapat apa-apa jangkitan. Makanan pun kena jaga, makan yang 'fully cooked' je yang boleh makan dan lepas tu adalah pulak beberapa pantang larang pasal makan . Kalau ikut kata orang lagi lah teruk. Itu tak boleh ini tak boleh. Habis apa yang boleh? Alamak susahnya hidup!. Pantang yang paling best ialah pantang jumpa, telan saje. Jangan nanti sendiri susah .So patut-patut fikir sendiri lah.





Antara 'side effect' kimo ini adalah ramput gugur, muntah-muntah , hilang selera makan, kulit badan kering dan gatal. Segala rambut, janggut, misai dan bulu-bulu dibadan mula gugur. Botak kepala. Nasib baik rambut di kepala aku tak berapa nak ada, jadi tak lah ketara sangat kah! kah! kah!. Best licin semuanya yang kat ari-ari pun licin. Kat ketiak pun sama. Apabila darah merah yang membawa oxygen berkurangan, badan rasa letih yang teramat sangat letihnya. Sendi-sendi rasa lengoh. Lari sepuluh kilometer pun tak seletih ni. Aduyai !





Tapi hidup kena teruskan. Kena kuatkan semangat. Doa mohon darinya kekuatan semoga cepat sembuh. Solat jangan tinggal . Ke masjid/surau selalu kalau larat. Dapatkan kekuatan diri, insyaallah selamat.

Sunday, July 26, 2009

LINTAH PUN BOLEH JADI UBAT

HIRUDOTERAPI merupakan terapi penyembuhan penyakit dengan menggunakan lintah sebagai ubat untuk tujuan pengubatan, yang diperkenalkan Avicenna dalam karyanya The Canon of Medicine. Ibnu Sina juga mengenalkan penggunaan lintah sebagai rawatan untuk sebagai penyakit kulit.Terapi Lintah menjadi salah satu cara yang disukai masyarakat Eropah pada abad pertengahan. Dalam era lebih maju, pengubatan dengan lintah diperkenalkan oleh Abd-el-Latif pada abad ke 12M, yang menulis bahawa lintah dapat digunakan untuk menbersihkan jaringan penyakit setelah operasi pembedahan . Dia melakukannya, walaupun ia mengerti risiko menggunakan lintah. Ia memberikan saranan untuk pesakit bahawa lintah harus dibersihkan sebelum digunakandan kotoran dan debu yang melekat pada lintah harus dihilangkan sebelum digunakan. Dia seterusnya menulis bahawa setelah lintah menghisap darah, keluar garam harus yang dititiskan di bahagian tubuh manusia jelas NurdeenDeuraseh, dalam karyanya bertajuk Ahadith of the Prophet on healing in Three Things (al-Shifa'fi Thalatha) : An Interpretational", Journal of the International Society for the History of Islamic Medicine.

petik dari Majalah I