Tuesday, September 13, 2011

PENYAKIT KENCING MANIS

AL-QURAN ITU PENAWAR






"Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya. Setiap penyakit jika suatu ubat itu tepat dan serasi untuk suatu penyakit, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah"










Di antara penyakit paling biasa yang cukup ditakuti manusia sama ada yang kaya atau miskin, berpangkat atau orang biasa adalah penyakit kencing manis atau diabetes. Hal ini disebabkan perubatan moden belum menemukan ubat atau penawar yang paling mujarab untuk menyembuhkannya sehingga pulih seperti sediakala. Pakar perubatan dan ahli sains tidak berdiam diri untuk mencari penawar yang mujarab Pelbagaihasil penemuan dijadikan ubat dan penawar sama berbentuk pil, kapsul dan cecair. Usaha manusia untuk mencari penawar bagi penyakit kencing manis masih diteruskan tetapi hanya Allah SWT yang memberi hidayah dan sama ada ubat itu boleh mengawal menyembuhkan penyakit berkenan.










Harus diketahui bahawa mula terbentuk dan terjadinya penyakit kencing manis pada diri seseorang adalah disebabkan kerosakan organ penting pada tubuh manusia , seperti buah pinggang dan organ dalam perut iaitu usus kecil dan besar. Dua jenis organ ini sangat penting dalam menghadamkan dan menyaring makanan dan minuman di dalam perut. Apabila kedua-kedua organ itu rosak, dan ia bermasalah sewaktu menghadamkan dan mencerna makanan maka peranan organ lain dikhuatiri turut tergendala dan kurang berfungsi dalam memproseskan makanan dan minuman yang masuk ke dalam perut.










PERINGKAT PENGUBATAN









Ada beberapa peringkat pengubatan kencing manis yang boleh dilakukan sendiri oleh orang yang telah dijangkiti penyakit berkenaan dan juga bahan-bahan ramuan herba yang mudah diperolehi.






Peringkat Pertama






Bagi orang yang telah menghidap kencing manis pada tahap bacaan 10 ke atas, maka cubalah amalkan ramuan ubat-ubatan seperti dibawah ini.






Ambil tujuh biji buah jambu batu yang masih muda sebesar ibu jari kaki, kesemuanya diketuk sampai pecah dan lumat lalu dimasukkan ke dalam periuk. Ambil tujuh biji ciku muda juga diketuk sampai pecah dan lumat dan masukkan ke dalam periuk yang sama dan diisikan air sebanyak 40 gelas lalu rebuslah sampai mendidih sehingga tinggal 28 gelas sahaja barulah api dimatikan. Setelah sejuk tapis dan ambil airnya. Selepas itu amalkan dengan membaca surah Al-Fatihah (sekali), surah Al-Ikhlas (tiga kali) dan semua bacaan surah tersebut kirimkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw dan kepada para sahabatnya dan sekalian Muslimin yang mengikutinya sampai akhir zaman dengan niat dalam hati supaya dengan berkat kemuliaan mereka dikabulkan Allah swt segala hajat dan harapan kita.






Setelah itu bacakan pula pada air rebusan yang 28 gelas itu surah Al-Fatihah (sekali) surah Al-Ikhlas (tiga kali) surah Al-Falaq (sekali) surah An-Nas (sekali) dan ayat Kursyi (sekali) dengan diniatkan dalam hati "Berbangkit berbangun semua saraf organ tubuhku dengan berkat kemuliaan surah-surah dan kalam Allah tersebut dan berkat kemuliaan Nabi Muhammad saw serta berkat sekalian kaum Muslimin dan Muslimat yang hidup atau yang telah mati"






Setelah selesai, minumlah air tersebut satu gelas pada waktu pagi, satu gelas padawaktu petang. Setiap satu gelas air tersebut sebelum diminum hendaklah dicampur dan dimasukkan satu atau dua biji kuning telur ayam kampung. Sila amalkan selama tujuh hari berturut-turut, yakni sampai habis ubat sebanyak 28 gelas itu. Memang agak merumitkan tapi amalkan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keazaman. Insya-Allah akan membuahkan hasil positif.






Peringkat Kedua






Dalam masa tujuh hari sewaktu minum ubat yang diterangkan pada peringkat pertama di atas hendaklah dilakukan selepas menunaikan solat fardu lima waktu. Kalau mahu wirid biasa berwiridlah terlebih dahulu dan selepas itu hendaklah amalkan aturan dibawah ini ia salah satu amalan khas untuk mengubati penyakit kencing manis bagi menguatkan, menghidupkan urat-urat saraf organ buah pinggang dan organ perut (usus).






Baca surah Al-Fatihah (sekali) surah Al-Ikhlas (tiga kali) Selawat atas Nabi (tiga kali) lalu terus baca Ya Allah (tiga kali) dan Ya Hayyun Qayyum terus menerus sekurang-kurangnya 100 kali. Setelah cukup membaca 100 kali dan sebelum mengakhirinya hendaklah kecutkan perut sambil menarik nafas perlahan-lahan seakan-akan kita memasukkan fadilat isim Ya Hayyun Qayyum itu ke dalam tubuh kita sehingga perut terasa agak penuh dan padat, lalu tahan nafas seberapa boleh. Apabila mengeluarkan nafas, keluarkan perlan-lahan dan ulangi sehingga tujuh kali selepas solat fardu lima waktu. Insya Allah anda akan merasa sendiri hasilnya.






Kaedah amalan






1. Solat Fardu



2. Baca Wirid biasa



3. Baca surah Al-Fatihah (sekali)



4. Baca surah Al-Ikhlas (tiga kali)



5. Baca Selawat keatas Nabi (tiga kali)



6. Baca Ya Allah (tiga Kali)



7. Baca Ya Hayyun Ya Qayyum (100 kali)



8. Kecutkan perut sambil tarik nafas perlahan -lahan



9. Tahan nafas dan keluarkan perlahan-lahan (tujuh kali)



10. Amalkan selama tujuh hari berturut-turut.









PERINGKAT KETIGA






Ambil 21 helai daun kacang tujuh urai, segenggam kecil daun rumput rawa ( atau salah satu dari tumbuhan ini kerana daun kacang tujuh urai agak sukar diperolehi) suku biji buah limau nipis, semuanya digabung jadi satu lalu dicampurkan dengan tiga cawan air masak suam dan diblender sampai halus lalu ditapis dan ambil airnya. Selepas itu masukkan ke dalam satu gelas dan dimasukkan sebutir kuning telur itik lalu diadun dan lakukan solat tahajud atau solat hajat dua rakaat.






Selepas memberi salam bacakan pada ubat tersebut surah Al-Fatihah (sekali) surah Al Ikhlas (tiga kali) Selawat keatas Nabi (tiga kali) dan surah Al-Mukminun ayat 12 hingga 14 (tujuh kali) dan diakhiri dengan membaca berkat kalimat La ilaha illaallah Muhammad Rasulullah (100 kali).






PERINGKAT KEEMPAT






Peringkat ini adalah untuk berubat secara rohani. Setelah mematuhi peraturan makan dan minum seharian seperti yang dinasihatkan doktor dan tidak lupa menunaikan solat fardu lima waktu dengan tidak mengabaikannya maka amalkan kaedah berikut.






Biasakan bangun dalam sepertiga malam lalu solat taubat dua rakaat. Bagi rakaat pertama sesudah membaca surah Al-Fatihah, bacalah surah Al-Ikhlas dan pada rakaat kedua sesudah membaca surah Al-Fatihah, bacalah surah Al-Kafirun. Selepas salam ingat segala dosa dan kesalahan mana-mana yang dapat diingat terutama dosa meninggalkan solat dan dosa kepada ibubapa. Selepas itu bacalah istighfar (tiga, lima atau seratus kali).






Selepas itu lakukan solat sunat tahajud dua rakaat. Rakaat pertama baca surah Al-Ikhlas dan ayat Kursyi selepas membaca surah Al-Fatihah. Selepas salam ubah cara duduk dengan bersila dan baca istighfar (tiga atau lima kali) dan baca Selawat (satu kali atau tiga kali), lalu terus bulatkan fikiran dan tumpukan kepada hati (jantung) yang bergerak-gerak dan memalu-malu di bawah renggang dua jari pada dada, lalu hati menghadap kepada Allah swt dengan benar-benar minta pertolongab kepadaNya sepenuh jiwa danraga, lalu bacalah kalimat dibawah ini (tujuh kali) iaitu






"LA ILAHA ILA ALLAHU MUHAMMADUR RASULULLAH'



FI KULLI LAMHATIN WA NAFASIN 'ADA DAMA WASIAHU 'ILMULLAH



(jangan terputus bacaan dua kalimat ini)









Setelah selesai membaca kalimat itu tujuh kali lalu terus membaca dua kalimat tauhid






"LA ILAHA ILLA ALLAHU MUHAMMADUR RASULULLAH"






terus menerus dalam keadaan penuh tumpuan dengan suara berbisik yang seakan-akan terbit dari lubuk hati dan memancarkan suara tersebut ke dalam badan dengan mengecutkan sedikit perut serta mengembangkan dada. Biasakan diri melakukan dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh sehingga peluh membasahi badan.